Tuan Minal al-Fatoni
Nama penuh beliau ialah Syeikh Wan Zainal `Abidin bin Wan Muhammad al-Fatani bin Wan Muhammad Dahan bin Wan Syamsuddin bin Wan Ja’far bin Wan Husein bin Ali. Ada juga pendapat lain yang menyebutkan bahawa beliau adalah daripada jalur yang kedua dari keturunan Syeikh Ibrahim Hadrami iaitu salasilahnya Wan Muhammad Dahan Syeikh Wan Muhammad Muhyiddin bin Syeikh Yahya bin Syeikh Ibrahim Hadrami. Salasilah ini bersambung melalui anak kedua Syeikh Ibrahim al-Hadrami iaitu Wan Jamilah Syandaniyah binti Syeikh Ibrahim al-Hadrami. Wan Jamilah adalah isteri kepada Syeikh Ja’far bin Syeikh Wan Husein bin Syeikh Ali, yang merupakan salah seorang daripada rangkaian salasilah Syeikh Zayn al-`Abidin al-Fatani. Menurut kajian salasilah ini juga, datuk beliau iaitu Syeikh Wan Muhammad Dahan al-Fatani telah mendapat tiga orang anak yang kesemuanya menjadi `ulama’ dan melahirkan beberapa keturunan para `ulama’. Ketiga-tiga anaknya itu ialah Syeikh Wan Muhammad al-Fatani yang menurunkan keturunan Puak Tu...