Posts

Showing posts from January, 2020

Sayyidina Ali dan Sayyidina Muawiyah

Image
وأول التشاجر الذي ورد + إن خضت فيه واجتنب داء الحسد Sahabat Nabi صلى الله عليه وسلم adalah sebaik-baik kurun, maka berhajat kpd jawapan apa yg berlaku antara mereka di antara perselisihan yg membawa kesamaran tentang kecelaan terhadap hak mereka. Sedangkan mereka tidak berterusan melakukan maksiat secara sengaja sekalipun mereka bukan maksum. Telah berlaku perselisihan antara Sayyidina Ali dan Sayyidina Muawiyah رضي الله عنهما . Para sahabat telah berpecah kpd 3 puak: 1-       Berijtihad dan zohir bahawa kebenaran bersama Ali dan berperang bersama dengannya. 2-       Berijtihad dan zohir bahawa kebenaran bersama Muawiyah dan berperang bersama dengannya. 3-       Tawaqquf. Berkata ulamak: Siapa yg betul dapat 2 pahala dan siapa yg salah dapat 1 pahala. Allah dan Rasul telah menyaksikan bagi mereka al-Adalah (keadilan). Yang dikehendaki dgn takwil perkara tersebut ialah kita memalingkan kepada tujuan yang baik kerana husnuzzon dengan mereka. Maka kita tidak m

Takrif Usul Feqh

Image
Pada post kali ini saya khususkan kepada para murid saya dalam ilmu Usul Feqh dan semua pencinta ilmu Islam secara amnya. Skop perbahasan utama ilmu Usul Feqh kita boleh pecahkan kepada tiga: 1)       Dalil2 Feqah. 2)       Kaedah2 istinbat hukum drpd dalil2 tersebut. 3)       Hal ehwal mustafid (mujtahid dan muqallid) 1 – Dalil2 feqah ada yg disepakti iaitu empat – Quran, Sunnah, Ijmak Ulamak dan Qiyas yang nyata. Dan ada juga dalil2 yg tidak disepakati seperti Istihsan, Masolih Mursalah, Syara’ man qablana, Uruf dan Adat, Qaulus Sohabi, Amal Ahlil Madinah dll. 2 – Kemudian kaedah2 istinbat hokum daripada dalil2 tersebut dari segi syarat2 istidlal seperti mendahuluikan nas daripada zohir, mutawatir daripada Aahad dll. Kerana maksud daripada mengetahui dalil2 feqah ialah istinbat hukum2 daripadanya. 3 – Hal ehwal mustafid (mujtahid dan muqallid) – Mujtahid mencari hukum daripada dalil2, manakala muqallid mengambil hukum daripada mujtahid. Oleh kera

Perkara Wajib Kita Tahu Tentang Penghulu Kita (Part 2)

Image
Nabi صلى الله عليه وسلم pun meningkat remaja. Ketika Baginda berumur 25 tahun 2 bulan 10 hari Baginda meminang Siti Khadijah رضي الله عنها untuk dirinya. Hadir bersama Abu Talib dan Bani Hasyim dan pembesar2 kaum Mudhor. Abu Talib berkhutbah yang bermaksud: “Segala puji tertentu bagi Allah Taala yang telah menjadikan kami daripada zuriat Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail, asal daripada Ma’add, unsur Mudhor. Dan Allah menjadikan kami penjaga rumahNya dan menguruskan tanah haramNya, dan menjadikan bagi kami rumah untuk buat ibadat haji dan menjadikan tanah haram ini aman dan menjadikan kami pemimpin2 terhadap manusia. Kemudian anak saudaraku ini Muhammad b. Abdullah tidak dapat dinilai dengan mana2 lelaki melainkan beliau yang terlebih baik. Walaupun beliau kurang dari sudut harta. Muhammad ini kamu telah kenal kaum kerabatnya. Dan beliau telah meminang Khadijah bt. Khuwailid. Segala mas kahwin diambil daripada hartaku. Beliau demi Allah selepas ini akan dating berita yang besa