Posts

Showing posts from May, 2010

Taqdir dan Usaha

Dan mereka itu (ahli sihir) tidak memberi mudharat dengan sihirnya kepada seorangpun, kecuali dengan izin Allah.(surah al-Baqarah:102) Dan kamu tidak mampu (menempuh jalan itu), kecuali bila dikehendaki Allah.(al-Insan:30) Perniagaan, perkilangan, pengajian dll walau sekuat manapun usahanya tidak mampu untuk melawan taqdir Allah yang telah ditetapkan.Makna kalam hikmah ini: “Wahai anak Adam, berusahalah sebagaimana yang kamu mampu dan mahu tetapi ketahuilah ia tak akan lari daripada qada’ dan qadar Allah.Kena faham apa itu qada’ dan qadar. Rezeki kita telah tertulis di dalam ilmu Allah.Namun ini tak bermakna kita tak perlu berusaha dan beramal.kita diajar oleh Rasulullah SAW untuk mengucapkan La Haula Wala Quwwata Illa Billah.Tidak daya upaya untuk mengelakkan maksiat dan tiada kekuatan untuk melaksanakan taat kecuali dengan izin Allah. Kita disuruh apabila kita lapar untuk makan, apabila dahaga kita minum.Apabila sakit pula disuruh berubat.Namun begitu kita perlu yakin yang me

Tenangkanlah jiwamu

ارح نفسك من التدبير فما قام به غيرك عنك لا تقم به لنفسك “Tenangkanlah jiwamu dari urusan keperluan dunia sebab apa yang telah dijanjikan oleh Allah maka janganlah kamu ikut memikirkannya”. Masalah atau perkara2 yang belum terjadi janganlah kita fikirkan sehingga mengakibatkan jiwa dan fikiran kita akan menjadi risau.Yang nantinya akan membuat peluang bagi syaitan menggoncangkan iman kita.Misalnya berangan2 mengenai makan besok, bulan yang dating atau keperluan ini dan itu. Sebetulnya hal itu semua ada di tangan Allah.Manusia tak perlu risau.Sebaiknya bertawakkallah kepada Allah dengan sebenar-benar tawakkal pasti janji Allah akan kamu temui. Perhatikan hadis Rasulullah saw yang telah diriwayatkan oleh Imam Tirmizi sebagai berikut: لو انكم تتوكلون على الله حق توكله لرزقكم كما يرزق الطير تغدوا خماصا وتروح بطانا “Sendainya kamu semua bertawakkal kepada Allah dan berserah diri sepenuhnya, maka kamu akan mendapat rezqi seperti rezqinya burung2 di waktu pagi2 dalam keadaan lapar, d

Semangat berkobar tak dapat menerobos Takdir

سوابق الهمم لا تحرق اسوار الاقدار “Kesemangatan itu tidak dapat menerobos tirai kepastian yang telah ditentukan oleh Allah”. Sejak manusia ada dalam rahim ibu, Allah sudah menentukan akan nasibnya di alam dunia ini yaitu bahagia dan celaka.Kepastian yang sudah ditetapkan oleh Allah itu manusia tidak akan dapat menerobos dengan semangat kekuatan yang menggelora itu. Kita perhatikan Hadis Rasulullah SAW yang berbunyi: ان احدكم يجمع خلقه في بطن امه اربعين يوما نطفة ثم يكون علقة مثل ذلك ثم يكون مضغة مثل ذلك ثم يرسل اليه الملك فينفخ فيه الروح ويؤمر باربع كلمات بكتب رزقه واجله وعمله وشقي او سعيد-رواه البخاري “Sesungguhnya tiap orang di antara kamu dikumpulkan pembentukannya(kejadiannya) di dalam rahim ibunya dalam 40 hari berupa nutfah(mani), kemudian menjadi segumpal darah selama itu juga(40 hari), kemudian menjadi sekerat daging selama itu juga(40 hari). Kemudian diutuslah kepadanya Malaikat, maka ia meniupkan ruh kepadanya dan diperintahkan(ditetapkan) dengan 4 perkara: ditentuk

Tingkatan hamba Allah

Manusia sebagai makhluk Allah swt ada 3 tingkat. a) Tingkatan al-‘Ibaad(العباد) Orang2 yang dalam tingkatan ini mereka mengerjakan solat,puasa dll dari ajaran2 agama.Juga apabila mereka menjauhkan larangan2 Allah, maksud mereka ialah semoga dapat masuk syurga, berbahagia di dalamnya dan terlepas dari azab siksaan neraka.Atau maksud mereka ialah untuk kebahagiaan duniawi dan ukhrawi dan diselamatkan oleh Allah swt dari macam2 malapetaka, baik di dunia maupun di akhirat. b) Tingkatan al-Muridin(المريدين) Orang2 yang dalam tingkatan ini mereka berbuat taat pada ajaran2 agama tidak lain maksud mereka kecuali untuk bagaimana sampai kepada Allah.Bagaimana agar terbuka segala sesuatu yang menutup hati mereka.Semoga hati mereka dilimpahkan rahsia2 halus dan yang baik2 oleh Allah swt. c) Tingkatan al-‘Aarifin(العارفين) Hamba2 Allah yang dalam tingkatan ini meskipun mereka beramal ibadat begitu banyak tetapi sedikit pun mereka tidak melihat bahawa mereka mengerjakan ibadat itu

Antara tanda bangga dengan amal

Image
من علاملة الاعتماد عللى العمل نقصان الرجاء عند وجود الزلل “Sebahagian dari tanda2 orang yang selalu membanggakan amal perbuatannya ialah kurang pengharapan terhadap rahmat Allah ketika terjadi kelalaian pada dirinya” Dua sifat yang ada pada jiwa manusia semenjak ia lahir dari kandungan ibunya sampai menuju ke tempat terakhir iaitu sifat silap dan lupa.Kecuali Nabi Muhammad saw yang terhindar dari 2 sifat tersebut kerana beliau telah dianugerahi sifat maksum oleh Allah.Ertinya beliau terjaga dari berbagai macam sifat yang tercela. Oleh sebab itu kita sebagai makhluk yang dhoif selalu diharuskan untuk mengharapkan kurnia dan ampunan kapada Allah meskipun kita tidak mempunyai kesalahan.Lebih2 kita menanggung dosa atau salah, maka hendaklah kita mohon ampunan kepadaNya.Allah berfirman: يا ايها الذين ءامنوا توبوا اللى الله توبة نصوحا “Wahai orang2 yang beriman bertaubatlah kepada Allah dengan taubat nasuha(yang betul2)”(at-Tahrim: Panggilan ayat tersebut di atas ditujukan

Pengislaman Raja Pasai atas titah Syarif Mekah

Moleklah diperihalkan petikan menarik daripada catatan Sejarah Melayu karya Tun Seri Lanang mengenai pengislaman Raja Pasai yang pertama dan juga pemerintah Islam yang pertama di Alam Nusantara yang dinobatkan oleh Syarif Mekah(Syarif Ibrahim Khalil) sekitar abad ke 13 Masihi. Riwayatnya adalah seperti berikut: “Sebermula maka tersebutlah pada zaman Rasulullah SAW, baginda bersabda pada segala sahabat: “ Pada akhir zaman kelak, ada sebuah negeri di bawah angin, Samudera namaya.Maka apabila kamu mendengar khabarnya negeri Samudera itu, maka segeralah kamu pergi ke negeri itu.Bawa isi negeri Samudera masuk Islam kerana di dalam negeri itu banyak wali Allah akan jadi.Tetapi ada pula seorang fakir di negeri Mu’tabari namanya(Malabar di India), ialah kamu bawa beserta kamu.” Setelah beberapa lamanya kemudian daripada sabda Nabi SAW, maka terdengarlah kepada segala negeri, dating ke Mekah pun kedengaran nama negeri Samudera itu.Syarif di Mekah menyuruhkan sebuah kapal membawa segala perkak

Peranan Ahlul Bait di Nusantara

Sejarah Islam telah berkali-kali membuktikan bahawa ramai ahlul bait terpilih di zaman mereka sebagai pahlawan yang digeruni, penguasa yang semula jadi, ulamak yang luhur, pendita yang karamah, karyawan yang unggul dan da'i yang mukkhlisin.Hanyasanya yang membezakan di antara mereka ialah pengkhususan atau kepekatan pada sesetengah sifat sementara sifat2 unggul lain pada diri mereka terpendam pada darah daging.Sesetengah ahlul bait seperti Sayyidina Ali teristimewa pada sifat kepahlawanannya dan ilmu ladunni serta firasat yang dianugerahkan Allah Taala padanya. Ali Zainal Abidin, Jaafar As-Sadiq, Muhammad al-Baqir dan yang terkehadapan seperti para Wali Songo serta Habib Nuh(di Singapura) merupakan para pendakwah dan pendita yang penuh karamah.Syeikh Abd Qadir al-Jailani, wali agung dan seorang lagi ahlul bait terkemuka yang cukup dikenali sebagai ketua wali2 oleh para sufi. Syeikh Nizamuddin Muhammad, Syeikh Asyraf Ali Thanwi dan Sayyid Abd Rahman al-Idrus(Tokku Paloh) pula merupa