Posts

Showing posts from July, 2015

Manaqib Syeikh Judah Ibrahim q.s

Image
Gambar di atas adalah Syeikh Muhammad Abu Zaid yang merupakan murid kanan Dr Judah al-Mahdi dan Khalifah Tariqat Naqsyabandiyah al-Khalidiyah al-Judiyah sekarang Manaqib Syeikh Judah Ibrahim r.a(datuk kepada Dr. Judah al-Mahdi an-Naqsyabandi) Dilahirkan di Kampung al-Aziziyyah di markaz(barangkali mukim kalau di Malaysia) Munya Al-Qomhi dalam negeri asy-Syarqiyyah.Tarikh lahirnya ialah 30 Sya'ban 1264 Hijriyyah.Maka bersinarlah dunia dan terang benderanglah langit dengan kelahirannya.Bagaimana tidak sedangkan beliau adalah syarif daripada keturunan Nabi Muhammad SAW. Beliau ialah As-Sayyid As-Syeikh Judah Bin As-Sayyid Ibrahim Bin As-Sayyid Mustafa Judah  رضى الله عنه وعنا به . Bapanya bernama Sayyidi Ibrahim bin Sayyid Mustafa Judah r.a.Nasabnya sampai kepada Qutub pertama iaitu Maulana al-Imam al-Hasan bin Sayyidina Ali Karamallu Wajhah wa radyiallahu anhuma fid darain. Amin. Ibunya yang mulia bernama Sayyidah Syammah yang bersambung nasabnya sampai kepada Maul

Pesanan Kepada Penguasa Muslimin

Image
Mereka ini tergolong para pekerja pejabat, biar mereka amir, sultan, raja dan siapa saja yang bertanggungjawab untuk menerajukan urusan kaum Muslimin yang wajib menjalankan nasihat dan peringatan kepada mereka, menyedarkan dan mengancam mereka. Ketahuilah bahawa para penjawat yang menguruskan kendali kaum Muslimin adalah tidak boleh tidak sangat diperlukan.Dan jawatan pemerintah itu adalah suatu perkara yang berat sekali, sedang orang yang mengendalikan jabatan pemerintah itu selalunya dalam bahaya.Jika mereka menjalankan tugas yang diserahkan ke tangan mereka, niscaya mereka akan penat dan lelah.Tetapi jika mereka menyia-nyiakannya pula, niscaya mereka akan binasa dan merana.Sebab Rasulullah SAW telah bersabda: “Setiap kamu bertanggungjawab, dan setiap penanggungjawab akan ditanya tentang tanggungjawabnya.” Sabdanya lagi: “Sesungguhnya kamu senang sekali hendak memegang jawatan pemerintah, dan sesungguhnya jawatan itu akan membawa penyesalan kelak di hari kiamat.”

Ratib al-Haddad

Image
Ratib al-Haddad ini mengambil nama sempena nama penyusunnya, iaitu Imam Abdullah bin Alawi al-Haddad, seorang pembaharu Islam (mujaddid) yang terkenal.Daripada doa2 dan zikir2 karangan beliau, Ratib al-Haddadlah yang paling terkenal dan masyhur.Ratib yang bergelar al-Ratib al-Syahir (Ratib Yang Termasyhur) disusun berdasarkan inspirasi, pada malam Lailatul Qadar 27 Ramadhan 1071 Hijriyah (bersamaan 26 Mei 1661). Ratib ini disusun bagi menunaikan permintaan salah seorang murid beliau, 'Amir dari keluarga Bani Sa'd yang tinggal di sebuah kampung di Syibam, Hadhramaut. Tujuan 'Amir membuat permintaan tersebut ialah bagi mengadakan suatu wirid dan zikir untuk amalan penduduk kampungnya agar mereka dapat mempertahan dan menyelamatkan diri daripada ajaran sesat yang sedang melanda Hadhramaut ketika itu. Pertama kalinya Ratib ini dibaca ialah di kampung 'Amir sendiri, iaitu di Kota Syibam setelah mendapat izin dan ijazah daripada al-Imam Abdullah al-Haddad sendiri.

Ke Arah Kesatuan Pemikiran dan Pemulihan Akhlak

Image
Assalamualaikum semua yang membaca blog saya.Agak lama jugak saya tidak menulis di blog ini.Barangkali jika ia dapat bersuara ia akan menjerit: "Hoi hang pi mana lama sangat sampai lupa kat aku?" Pertama sekali saya ingin memohon maaf jika ada yang terasa hati dengan tulisan2 saya sama ada di blog, Facebook, Watsap dan seumpamanya.Jika ada yang saya unfriend dalam FB dan keluar grup WS tak bermakna saya ingin memutuskan tali silaturrahim.Akan tetapi saya terpaksa melakukan perkara demikian untuk menjaga hati ini. Setelah diamati secara mendalam, saya dapati dua perkara yang perlu menjadi keutamaan umat Islam zaman ini iaitu Kesatuan Pemikiran dan Pemulihan Akhlak.Inilah yang menjadi sasaran musuh kita sama ada musuh yang kita nampak ataupun yang tersembunyi. Menurut Imam Ghazali dalam kitab Minhajul 'Abidin, dalam perjalanan kita menuju Allah terdapat empat seteru kita iaitu dunia, makhluk, syaitan dan nafsu kita.Musuh yang paling hebat sekali ialah nafsu k