Tingkatan hamba Allah

Manusia sebagai makhluk Allah swt ada 3 tingkat.
a) Tingkatan al-‘Ibaad(العباد)
Orang2 yang dalam tingkatan ini mereka mengerjakan solat,puasa dll dari ajaran2 agama.Juga apabila mereka menjauhkan larangan2 Allah, maksud mereka ialah semoga dapat masuk syurga, berbahagia di dalamnya dan terlepas dari azab siksaan neraka.Atau maksud mereka ialah untuk kebahagiaan duniawi dan ukhrawi dan diselamatkan oleh Allah swt dari macam2 malapetaka, baik di dunia maupun di akhirat.

b) Tingkatan al-Muridin(المريدين)
Orang2 yang dalam tingkatan ini mereka berbuat taat pada ajaran2 agama tidak lain maksud mereka kecuali untuk bagaimana sampai kepada Allah.Bagaimana agar terbuka segala sesuatu yang menutup hati mereka.Semoga hati mereka dilimpahkan rahsia2 halus dan yang baik2 oleh Allah swt.

c) Tingkatan al-‘Aarifin(العارفين)
Hamba2 Allah yang dalam tingkatan ini meskipun mereka beramal ibadat begitu banyak tetapi sedikit pun mereka tidak melihat bahawa mereka mengerjakan ibadat itu untuk maksud2 di atas. Tidak terbayang di dalam hati mereka bahawa mereka beramal.Tetapi hati mereka selalu tertuju bahawa Allah swt yang berbuat segala sesuatu pada hakikatnya.Mereka tenggelam dalam lautan ridha qadar Ilahi dan mereka bergantung pada tali qadha’ yang Maha Pengasih dan Penyayang sebagaimana firman Allah swt:
[
و الله خلقكم وما تعملون
“Dan sesungguhnya Allah telah menciptakan kamu dan apa2 yang kamu perbuat.”(al-Qasas:68)


Tingkatan pertama dan kedua belum baik apabila dibandingkan dengan tingkatan ketiga.Sebab apabila kita masih dalam tingkatan pertama dan kedua maka akibatnya ialah sebagai berikut:

a) Pada tingkat pertama apabila seseorang itu mengerjakan perbuatan maksiat dalam erti yang luas seperti tidak menjalankan perintah Allah swt, maka mengakibatkan kurang harapnya kepada Allah atas maksudnya iaitu bahagia di syurga dan selamat dari azab dan siksaan neraka. Harapnnya kepada Allah kuat dan bertambah apabila ia beramal.Tetapi apabila tidak, maka harapannya yang tadi akan turun dan berkurang.

b) Demikian pula pada tingkatan al-Muridin.Dengan amal ibadat maka ia gembira.Kerana itu maka ibadatnyalah yang menjadi sebab menyampaikan harapan-harapannya.Tetapi apabila ibadatnya berkurang, maka akan berkurang pula harapannya kepada Allah swt.Inilah akibatnya apabila kita berpegang pada amal, tetapi tidak berpegang kepada Allah.

c) Adapun tingkatan ketiga ini adalah tingkatan yang mulia di sisi Allah swt.Sebab apabila kita telah sampai pada tingkatan ini, kita akan tenggelam di dalam qadar dan qadha’ Allah.Sama saja dapa kita apakah kita mengerjakan taat, maka tidak terlihat oleh kita bahawa itu adalah kerana daya dan kekuatan kita.Ataukah kita pernah meninggalkan ajaran2 agama, namun hati kita selalu mengharapkan keridhaanNya dan takut kepadaNya.Tidak bertambah harapan kita kepada Allah apalagi kerana ihsan yang kita kerjakan.Dan tidak pula berkurang taqwa kita kepadaNya disebabkan kesalahan yang kita lakukan.

Kerana itu jalan satu2nya bagi kita untuk sampai ke tingkatan ketiga ini ialah dengan Mujahadah yakni kita harus memerangi hawa nafsu kita dengan latihan2 seperti yang telah diatur oleh ilmu penyucian jiwa.Dan kita harus banyak zikrullah dalam segala gerak geri kita seperti yang diatur oleh ilmu tersebut.Maka dengan latihan2 memerangi hawa nafsu dan selalu zikrullah swt kita akan sampai ke tingkatan al-“Aarifin sebagaimana telah digambarkan di atas.

Comments

Popular posts from this blog

Biografi Ringkas Imam an-Nawawi رحمه الله

Makrifah Tauhid Bagi Jazam

Aurat Lelaki Ketika Solat