Posts

Showing posts from May, 2014

Rujuklah Tafsir Muktabar: Jangan Memandai2

Image
Dalam kempen terbaru P/raya Teluk Intan, ada pihak suruh sokong calon DAP berdasarka ayat Al-Quran yang ada membawa kisah pertembungan antara Rom dan Parsi. Dalam surah Ar-Rum ayat 1-4 bermaksud: “Alif Lam Mim. Rom telah dikalahkan (oleh Parsi). Di sebuah kota yang rendah. Kemudian selepas dari itu mereka pula bakal mengalahkan (Parsi). Ia akan berlaku dalam masa beberapa tahun. Segala urusan adalah milik Allah, sebelum dan sesudahnya. Dan pada kemenangannya itu membuatkan orang beriman bergembira. ” Hujah mereka : “Umat Islam mengharapkan kemenangan Rom. Bukan menyokong kekufuran mereka, dan bukan menyokong siri penentangan mereka terhadap islam, tetapi kerana mereka agak baik jika dibandingkan dengan Parsi.Jika perjuangan Islam lebih ringan dengan menghadapi Rom dibandingkan dengan Parsi, Perjuangan PAS pula lebih ringan menghadapi DAP daripada BN. ” Bagi al-faqir, ayat tersebut perlu dilihat dengan tafsiran yang muktabar dan bukan boleh secara sewenang2nya mentafsir

Kesesatan Doktrin Syiah Imamiah (Bahagian Akhir)

Image
(Sambungan)  A. Doktrin Syiah Imamiah Berkaitan Para Sahabat Al-Majlisi (Syiah) dalam kitab Biharul Anwar juzu’ 69 m/s 90 berkata: “Daripada hamba Ali ibn al-Husain berkata: “Aku pernah bersama dengannya dalam sebahagian khalwatnya, maka aku berkata, “Sesungguhnya aku ada hak ke atas tuan.Bolehkah tuan memberitahuku tentang dua orang lelaki ini, (iaitu) Abu Bakar dan Umar? Maka Ali ib Husain berkata: “Kedua2nya adalah kafir, dan kafir (juga) orang yang mengasihi kedua2nya.” ULASAN ASWJ: “Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Abu Bakar r.a dan Umar r.a merupakan penghulu golongan dewasa ahli syurga dari kalangan manusia yang terawal dan terkemudian, selain para Nabi dan Rasul.” Syiah dalam kitab al-Anwar al-Nu’maniyyah juzu’ 1 m/s 62 berkata: “Sesungguhnya telah diriwayatkan dalam hadis2 yang khusus bahawa Abu Bakar sering solat di belakang Rasulullah SAW dalam keadaan berhala tergantung di lehernya, dan sujud Abu Bakar adalah kepada berhala tersebut.” ULASAN ASWJ: “

Kesesatan Doktrin Syiah Imamiah (Bahagian 1)

Image
Artikel ini menghimpunkan beberapa fikrah puak Syiah Imamiah Rafidhah untuk mengingatkan kaum Muslimin agar tidak terpedaya dengan kejahatan dan kefasiqan mereka.Jika ada jawapan daipada ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) akan ditulis ULASAN ASWJ.Tetapi sebelum itu elok ditulis sejarah ringkas tentang Syiah. Menurut sumber yang mutawatir dari para ulama ASWJ bahawa aliran Syiah ini berpunca dari Abdullah b Saba’, seorang Yahudi dari Yaman.Ibunya bernama Sauda’.Ia memeluk Islam ketika pemerintahan Sayyidina Uthman b Affan.Namun ia memendam dendam kesumat terhadap Islam disebabkan kedudukan bangsanya (Yahudi) yang terhina di muka bumi Allah selepas datangnya Islam.Oleh itu dia sentiasa berpindah-randah dari bumi Hijaz, Basrah, Kufah dan Syam untuk menghasut orang Islam.Usahanya selalu menemui kegagalan di negeri2 tersebut.Akhirnya dia berpindah ke Mesir dan mendapati bahawa bumi Mesir sangat subur untuk ditanam pokok2 fitnah dan adu domba. Imam Abd Qahir al-Baghdadi men