Rujuklah Tafsir Muktabar: Jangan Memandai2

Dalam kempen terbaru P/raya Teluk Intan, ada pihak suruh sokong calon DAP berdasarka ayat Al-Quran yang ada membawa kisah pertembungan antara Rom dan Parsi. Dalam surah Ar-Rum ayat 1-4 bermaksud:

“Alif Lam Mim. Rom telah dikalahkan (oleh Parsi). Di sebuah kota yang rendah. Kemudian selepas dari itu mereka pula bakal mengalahkan (Parsi). Ia akan berlaku dalam masa beberapa tahun. Segala urusan adalah milik Allah, sebelum dan sesudahnya. Dan pada kemenangannya itu membuatkan orang beriman bergembira.

Hujah mereka : “Umat Islam mengharapkan kemenangan Rom. Bukan menyokong kekufuran mereka, dan bukan menyokong siri penentangan mereka terhadap islam, tetapi kerana mereka agak baik jika dibandingkan dengan Parsi.Jika perjuangan Islam lebih ringan dengan menghadapi Rom dibandingkan dengan Parsi, Perjuangan PAS pula lebih ringan menghadapi DAP daripada BN.

Bagi al-faqir, ayat tersebut perlu dilihat dengan tafsiran yang muktabar dan bukan boleh secara sewenang2nya mentafsirkan ayat Quran demi kepentingan mana2 kumpulan.

Pertama sekali kita tengok sebab nuzul ayat ini.Menurut Mufassirun, berlaku peperangan antara Parsi dan Rum.Kaum Musyrik berharap agar Parsi mengalahkan Rum kerana Parsi beragama Majusi.Muslimin pula berharap kemenangan Rum atas Parsi kerana mereka Ahli Kitab. Ditaqdirkan Parsi menang ke atas Rum.Maka Kufar Mekah berkata kepada Muslimin; “Sesungguhnya kalian Ahli Kitab.Nasrani pun Ahli Kitab.Kami dan Parsi Ummiyyun.Saudara kami, Parsi telah menang ke atas saudara kamu, Rum.Kamu juga jika berperang dengan kami, pasti kami akan menang.”

Maka Allah menurunkan ayat ini.Lalu Sayyidina Abu Bakar keluar berkata kepada kuffar Mekah dan berkata: “Kamu gembira dengan kemenangan saudara kalian.Jangan gembira.Demi Allah, Rum akan menang ke atas Parsi..Nabi kami SAW yang mengkhabarkannya.”

Bangun Ubai b Khalaf berkata: “Engkau dusta.” As-Siddiq berkata: “Engkau lebih dusta wahai musuh Allah.Kata Ubai: “Beri tempoh dan kita bertaruh.” Kedua2nya bersetuju dengan tempoh 3 tahun.Lalu Sayyidina Abu Bakar berjumpa Nabi SAW dan menceritakan perkara tersebut.Waktu itu belum diharamkan bertaruh.Baginda bersabda: “Yang aku sebut beberapa tahun, antara 3 hingga 9 tahun.Maka tambahlah taruhan dan panjangkan tempoh.”

Sayyidina Abu Bakar berjumpa Ubai dan meminta agar tambahkan pertaruhan dan panjangkan tempoh.Lalu Ubai bersetuju.Rum berjaya mengalahkan Parsi pada hari Hudaibiyah, yakni 7 tahun setelah mereka bertaruh.Ayat ini jelas menerangkan kesahihan Nubuwwah Baginda dan al-Quran benar datangnya daripada Allah kerana ia menceritakan tentang ilmu ghaib.

Jadi persoalannya di sini, apa kaitan ayat ini dengan mengajak pengundi sokong calon DAP?Adakah dasar parti tersebut berdasarkan wahyu Ilahi?Fikirkanlah dan berhati-hati dalam mentafsirkan ayat al-Quran.

Comments

Popular posts from this blog

Biografi Ringkas Imam an-Nawawi رحمه الله

Makrifah Tauhid Bagi Jazam

Aurat Lelaki Ketika Solat