Wednesday, February 15, 2012

Kajian Dr Asmadi Mengenai Wahabi(Part Akhir)


6.0 KESIMPULAN

Sukar untuk penulis membuat kesimpulan terhadap Sheikh Muhammad Abd alWahhab dan gerakan yang mendokong pemikirannya. Dari satu sudut, kitab-kitabnya menunjukkan kekerasan pegangan sehingga boleh menyesatkan dan menggunakan kekerasan kuasa terhadap pihak lain. Namun, dalam masa yang sama didatangkan kata-katanya dalam 'al-maqallat' nya seolah-olah beliau menafikan beliau menyesatkan, atau mengkafir kaum Muslimin.

Demikian juga di kalangan pendokong gerakannya di tanah air kita kerap di dengar menyesatkan bahkan mengkafirkan pihak yang bertentangan, namun dalam masa yang sama mereka menafikan menyesatkan dan mengkafirkan orang lain!

Namun, kata-kata ulama-ulama aliran ini yang datang selepasnya seperti Sheikh Uthaimin dan Sheikh Fauzan, dengan jelas mengeluarkan ulama-ulama besar dari golongan Ahlussunnah wal Jamaah! Saya hanya mampu mengatakan aliran Najdiyyin ini bertambah 'ghuluw' dan bercanggah dengan beberapa perkara pegangan Ahlussunah wal Jamaah, namun saya masih 'reserve' pandangan saya pada membalas semula tuduhan 'sesat' dan sebagainya yang mungkin dilemparkan kepada kita yang tidak sependapat dengannya.

Pada masyarakat umum, saya menyeru berpeganglah kepada huraian al-Imam Abd alQahir bin Tahir al-Baghdadi (wafat 429H) mengenai siapakah Ahlussunnah wal Jamaah dan 'gigitlah ianya dengan geraham-geraham kita sekuat-kuatnya' dan jangan dicampur dengan amalan-amalan yang ganjil yang sememangnya ditolak oleh seluruh ulama yang haq dalam Ahlussunnah wal Jamaah. Imam al-Baghdadi Rahimahullah memperincikan lapan golongan yang termasuk dalam Ahlussunnah wal Jamaah (lihat bukunya dari halaman 240-243):

• Golongan pertama, mereka yang menguasai ilmu khususnya dalam bab Tauhid (meng-esa-kan Allah) dan kenabian, hukum-hukum wa'ad (khabar gembira) dan wa'id (ancaman siksa), pahala dan balasan, syarat-syarat ijtihad, pemerintahan dan kepimpinan. Mereka yang melalui jalan ini ialah ulama Kalam (Tauhid) yang bebas dari fahaman tasybih (menyerupakan sifat Allah dengan makhluk) dan bebas dari fahaman ta'til (yang menafikan sifat-sifat yang Azali bagi Allah SWT)), dan bebas dari bidaah al-Rafidhah, Khawarij, Jahmiah, Najariah dan seluruh pengikut bidaah dan hawa nafsu.

• Golongan kedua ialah imam-imam fiqh samada kumpulan yang cenderung pada rakyun (dalil aqal) atau hadith. Iaitu mereka yang beriktikad (berkeyakinan) pada perkara usuluddin dengan mazhab-mazhab sifat pada Allah dan pada sifat-sifatnya yang azali (membicarakan sifat-sifat Allah SWT sebagaimana sifat 20), dan mereka bebas dari fahaman Qadariah dan Muktazilah; mereka menetapkan melihat Allah Taala dengan mata (di akhirat kelak) dengan mata tanpa tasybih (menyerupakan Allah dengan makhluk), tanpa ta'til' (menafikan sifat-sifat Allah). Termasuk dalam golongan ini ialah murid-murid kepada Malik, al-Shafie, alAuza'i, al-Thauri, Abu hanifah, Ibn Abu Laila (wafat148H), sahabat-sahabat Abu Thaur (wafat240H), sahabat-sahabat Ahmad bin Hanbal (wafat241H), ahli al-Zahir, keseluruhan ulama fiqh yang beriktikad dalam bab-bab akal ini dengan prinsip-prinsip Sifat (tauhid yang membahaskan Sifat-sifat Allah). Dan mereka tidak mencampurkannya dengan apa-apa dari ahli bidaah dan hawa nafsu.

• Golongan ketiga ialah mereka yang menguasai ilmu-ilmu yang berkaitan dengan periwayatan hadith dan sunnnah yang disampaikan oleh Nabi SAW, mereka berupaya membezakan antara sahih dan cacat antaranya, mengetahui sebab-sebab 'al-jarh wa al-ta'dil' (kredibiliti seorang rawi), dan mereka tidak memasukkan ilmu mereka dengan apa-apa dari ahli bidaah dan nafsu yang menyesatkan.

• Golongan ke empat ialah kaum yang menguasai kebanyakan topik-topik sastera Arab, nahu dan saraf. Mereka berada atas jalan pakar bahasa seperti alKhalil (wafat175H), Abu 'Amr bin al-'Ala` (wafat 145), Sibawaih (wafat 180H), al-Farra' (wafat 207H), al-Akhfash (wafat 215H), al-Asma'i, al-Mazini (wafat 236H), Abu Ubaid (wafat 224H) dan seluruh imam-imam Nahu samada ulama-ulama Kufah atau Basrah, yang mana mereka tidak mencampurkan ilmu mereka dengan sesuatu dari bidaah al-Qadariah, atau Rafidhah atau Khawarij. Maka sekiranya seseorang itu cenderung ke arah nafsu yang menyesatkan, maka bukanlah ia dari golongan Ahlussunnah walaupun katakatanya adalah 'hujah' dalam ilmu bahasa dan Nahu.

• Golongan ke lima, antaranya ialah mereka yang menguasai ilmu yang berkaitan dengan jenis-jenis qiraat untuk al-Quran, dan jenis-jenis tafsiran al-19Quran, penakwilannya berdasarkan mazhab-mazhab Ahlussunnah, tanpa berpegang dengan takwilan ahli nafsu yang sesat.

• Golongan ke enam ialah, antaranya ialah para ahli zuhud sufi yang mempunyai ilmu maka jauh pandangan, yang telah dinilai maka ia diiktibarkan, mereka redha dengan hidup yang ringkas, mereka mengatahui bahawa penglihatan, pendengaran dan hati dipertanggungjawabkan terhadap kebaikan dan kejahatan; menghisab dengan neraca zarah-zarah, justeru menyediakan diri mereka dengan sebaik-baik perisapan untuk hari Kiamat. Perkataan mereka berjalan di atas dua jalan iaitu secara jelas dan isyarat di atas jalan ahli hadis, tanpa mereka 'membeli' pandangan yang mempermainkan hadis. Mereka tidak melakukan kebaikan kerana riak, tidak pula meninggalkan kebaikan kerana malu kepada orang lain. Agama mereka hanya satu dan menafikan 'pentasybihan' (menyerupakan Allah dengan makhluk), mazhab mereka ialah tafwidh (menyerahkannya) kepada Allah SWT, bertawakkal kepadanya, penyerahan kepada-Nya, tenang dengan apa yang direzekikanNya.

• Golongan ke tujuh ialah, antaranya kaum yang terikat dengan barisan hadapan peperangan dengan orang-orang kafir, berjihad melawan musuh-musuh Islam, mereka menjadi benteng melindungi umat Islam, meninggalkan isteri-isteri mereka dan negara mereka, dan menzahirkan pada barisan hadapan mereka Mazhab ASWJ.

• Golongan ke lapan ialah, antaranya kebanyakan negara-negara yang secara kebiasaannya terdapat syiar ASWJ, bukannya negara yang menzahirkan syiar ahli hawa-nafsu yang sesat.

Rujukan:

-------------- (2007). Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab Antara Fakta dan

Palsu (Himpunan kertas kerja Seminar Antarabangsa Syeikh Muhammad bin

Abdul Wahhab). Shah Alam: Karya Bestari.

__________, (1996). Prosiding Seminar Akidah Ahlussunnah wa al-Jama'ah.

Kajang: Badan Perkhidmatan dan Penerangan Islam (BPPI).

___________, (1994). Tokoh-Tokoh Islam (Prosiding Seminar). Kajang: Badan

Perkhidmatan dan Penerangan Islam (BPPI).

Abdul Qadeer al-Mandeely (1994). 'Syeikh Muhammad Abd. Wahhab dan

dakwahnya' dalam Tokoh-tokoh mujaddid Islam. Kajang: Badan

Perkhidmatan Penerangan Islam Selangor dan Wilayah Persekutuan (BPPI). 20

Abu Zahrah, Muhammad (1996). Tarikh al-Mazahib al-Islamiah. Kaherah: Dar alFikr al-'Arabi.

1

Al-Zuhayli, Wahbah (1999). Al-Bida' al-Munkarah,

Damsyik: Dal al-Maktabi.

Al-Baghdadi, Abd al-Qahir bin Tahir bin Muhammad. (2005) Al-Farq baina alFiraq. Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah.

al-Sa'di Dr. Abd al-Malik: al-Bid'ah fi al-Mafhum al-Islami al-Daqiq (2008).

Karak: Matba'ah al-Azhar.

Al-Zuhayli, Wahbah (1999). Al-Bida' al-Munkarah, Damsyik: Dal al-Maktabi

Azwira Abdul Aziz (2006) Siapakah Ahli Sunnah Yang Sebenar?. Johor Bharu:

Penerbitan Jahabersa.

Ibn Humaid al-Hanbali, Muhammad ibn Abdullah al-Najdi (t.t). al-Suhub alWabilah 'ala Daroih al-Hanabilah. (t.t): Maktabah al-Imam Ahmad.

Ismail Lutfi Fathoni (2006).Hakikat Ahli Sunnah wal Jama'ah dan Peranan

Ulamaknya. Kota Bharu: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan.

Johari Mat et. all.(2006). Ahlussunnah wal Jamaah Arus Perdana. Kota Bharu:

Dian Darulnaim Sdn. Bhd.

Mohd Asri Zainul Abidin et.all.(2006). Al-Imam al-Syafie Kegemilangan Ilmu dan

Pemikiran (Himpunan Kertas Kerja Seminar). Shah Alam: Karya Bestari.

Mohd Yaakub bin Mohd Yunus (2006). Fahaman Wahabi Menular: Satu Analisis

Terhadap Dakwaan Yang ditimbulkan oleh Akhbar Utusan. Johor Bharu:

Penerbitan Jahabersa.

Muhammad bin Abd al-Wahhab (1979). Ma'a Aqiedatus Salaf Kitabut Tauhid

Bersihkan Tauhid Anda Dari Noda Syirik (diselenggara: Mustafa Al 'Aliem).

Surabaya: Penerbit P.T Bina Ilmu.

Muhammad Fuad Kamaluddin (2004). Wahhabisme: Dari Neraca Syara'. Rembau:

Madrasah al-Taifiqiah al- Husainiah.

Muhammad Salih Uthaimin (t.t). Liqa' al-Bab al-Maftuh. (t.t): Dar al-Watan li alNasyr

Syed Ahmad bin Syed Zaini Dahlan (2008). Permata Yang berharga: Hujah

Menolak Fahaman al-Wahhabi (terjemahan Syed Zain bin Husain alHabshi).

Zulkifli Mohamad al-Bakri (2005). Hukum Bacaan al-Quran untuk Si mati:

Adakah Sampai Pahala? Sungai Merab: Darul Fuqaha Enterprise.

Wednesday, February 8, 2012

Kajian Dr Asmadi Mengenai Wahabi(Part 4)

Ustaz Azhar kata Wahabi bodoh(gambar hiasan)

3. Kata-kata Sheikh Muhammad Salih Uthaimin yang menjadi rujukan aliran Najdiyyin:
Apabila Sheikh Muhammad Salih Uthaimin ditanya adakah al-Nawawi dan Ibn hajar sama ada boleh menjadikan mereka dari golongan Ahlussunnah wal Jamaah? Dia menjawab: Pada apa yang mereka berpegang pada masalah al-Asma' dan al-Sifat, mereka berdua BUKAN dari Ahlussunnah wal Jamaah!

Kenyataan dan fatwa sebegini akan berterusan menjadi fitnah di kalangan umat Islam.Sekiranya Imam besar tersebut dengan mudah dikeluarkan dari golongan Ahlussunnah, apatah lagi Mufti-mufti, tok-tok guru, ustaz-ustaz yang ada di negara kita!

4. Rasional boleh menggunakan kekerasan dalam menghapuskan perkara yang 'dikatakan bid'ah'.

Apabila mempertahankan pandangan Sheikh Muhammad Abd al-Wahhab menggunakan kuasa memerangi perkara yang dikatakan 'bid'ah,, seorang penulis berkata:

Dalam menjelaskan maksud hadith ini (hadith boleh memerangi mereka yang engkar membayar zakat), an-Nawawi rahimahullah memetik kata-kata alKhattabi RH:

Maksudnya: (Teguran) daripada 'Umar RA ini kerana (dia) bergantung kepada zahir sabda (Nabi SAW) dan sebelum (dia) memerhatikan syarat-syaratnya. Kemudian al-Nawawi berkata: Maksudnya: Tidak dapat tidak, bersama (ucapan syahadah) ini mesti beriman dengan semua perkara yang di bawa oleh Nabi SAW sebagaimana ia datang dalam riwayat yang lain oleh Abi Hurairah.

Apa yang dapat difahami daripada hadith Abu Malik al-Asyja'ie, kata-kata Abu Bakr dan para ulama di atas ialah, bahawa ucapan syahadah hanya boleh menjamin keselamatan nyawa dan harta sekiranya tidak dilakukan perkaraperkara yang boleh membatalkannya. Sebaliknya jika dilakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan syahadah itu, maka tiada lagi jaminan keselamatan nyawa dan harta. Tafsiran ini dapat difahami dengan jelas melalui sabda Nabi SAW:

Maksudnya: Maka terselamatlah nyawa dan hartanya melainkan dengan haknya.
Tafsiran para ulama ini dilihat sama dengan pengangan Muhammad Ibn Abd alWahhab. Atas keyakinan itulah, beberapa tindakan dilakukan utuk mengaplikasikan menegakkan al-amr bil ma'ruf wa al-nahyu 'an al-munkar pada 'perkara-perkara yang dikatakan bid'ah.

Menurut Muhammad Abdul Qadeer al-Mandeely, pada tahun 1158H, Muhammad Abd al-Wahhab telah pergi ke Dar'iah dan menjadi tetamu bagi Abdul Rahman bin Suwailim dan Ahmad b. Suwailim. Semasa di sana beliau dikunjungi oleh orang ramai untuk mempelajari dan mempelajari ilmu agama darinya. Kemudian beliau telah bersetuju dengan Muhammad b Sa'ud Amir Dar'iah untuk berjuang berjihad di jalan Allah bagi melaksanakan tuntutan 'amar al-ma'ruf dan nahi munkar' serta menegakkan syariat agama Islam.

Antara tindakannya:
i. Berusaha keras melarang umat Islam daripada menziarahi Maqam Nabi SAW.
ii. Melarang orang ramai berselawat ke atas Nabi SAW secara kekerasan.
iii. Menempelak dan mencaci pendapat imam mazhab yang empat.
iv. Memusnahkan mimbar-mimbar yang dikhususkan bagi setiap mazhab dan tempat-tempat pengajian di Mekah.
v. Menghina dan menyesatkan ulama.
vi. Mengkafirkan ahli Sufi, Tariqat dan Asya'irah.
vii. Mengkhianati kitab-kitab karangan ulama dengan menokok tambah kandungan kitab yang asal dan membuang mana-mana kandungan yang tidak sesuai dengan prinsip mereka.

Kesimpulannya, aliran ini telah meletakkan 'ijtihad' mereka bahawa 'sesuatu itu bid'ah' setara dan setaraf dengan ijtihad Sayyidina Abu Bakar al-Siddiq yang memutuskan 'boleh memerangi mereka yang enggan membayar zakat'. Justeru, perkara bid'ah ini perlu juga diperangi secara kekerasan sekiranya mempunyai kekuasaan.

5. Perbuatan mengubah kandungan kitab ulama silam.

Sudah kedapatan usaha mengubah kandungan kitab-kitab ulama silam. Perkara ini sudah diperkatakan oleh ramai ilmuan khususnya kitab 'al-Ibanah fi Usul al-Diyanah' karangan Imam Abu Hassan al-'Asy'ari dan banyak kitab-kitab lain. Ini menyebabkan penulis lebih menggemari 'cetakan lama' untuk memastikan perkara tersebut tidak berlaku. Rupa-rupanya 'usaha tadlis dan tasywih' yang berlaku dalam hadith-hadith nabi, berlaku semula dalam kitab-kitab ulama.

Penulis memetik penulisan Sheikh Muhammad Fuad yang berjaya mendokumenkan perkara ini bagi mengelak ianya sebagai tuduhan tanpa asas. Antara petikannya ialah:

Sebagai bukti dakwaan ini, guru kami al-Muhaddith al-Musnid Mahmud Sa'id Mahduh menyatakan di dalam kitab Raf'ul Minarah, bahawa sebahagian dari pihak yang tidak bertanggungjawab telah melakukan pengkhianatan terhadap kitab alAzkar karangan Imam al-Nawawi yang ditahqiq oleh Syeikh Abdul Qadir Arnaut. Mereka telah menyebarkan kitab ini setelah membuang kisah al-'Utbi yang tedapat di dalam cetakan asal. Kitab ini dicetak oleh Percetakan Dar al-Huda di Riyadh pada 1409H. Mereka telah memadamkan terus kisah al-'Utbi RA yang menceritakan, ketika Imam al-'Utbi sedang duduk di sisi maqam Nabi SAW, maka datang seorang Arab Dusun lalu berkata: Salam sejahtera ke atasmu, wahai Rasulullah SAW! Aku mendengar Allah SWT berfirman:

وﻟﻮ أﻧﻬﻢ إذ ﻇﻠﻤﻮا أﻧﻔﺴﻬﻢ ﺟﺎءوك ﻓﺎﺳﺘﻐﻔﺮوا اﷲ واﺳﺘﻐﻔﺮ ﻟﻬﻢ اﻟﺮﺳﻮل ﻟﻮﺟﺪوا اﷲ ﺗﻮاﺑﺎ رﺣﻴﻤﺎ

"Seandainya mereka telah menganiaya diri mereka (membuat dosa), lalu mereka datang kepadamu (Nabi Muhammad SAW) dan memohon keampunan kepada Allah dan Rasul juga memohon keampunan bagi mereka, nescaya mereka akan mendapati Allah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani." (al-Nisa': 64).

"Sesungguhnya aku datang kepadamu kerana memohon keampunan daripada segala dosaku, dan mengharapkan syafa'atmu kepada Tuhanku, wahai Rasulullah!" Setelah itu, dia mendendangkan beberapa bait syair yang bermaksud:

"Wahai penghuni kuburan yang tulang belulangnya di tanah yang suci ini, kerana kandungannya yang baik, tanah dan bukitnya juga dipuji-puji; jiwaku bersedia berkorban terhadap siapa yang mendiami kuburan ini. Yang bersifat bersih diri, murah hati lagi dihormati"

Berkata al-'Utbi: "Kemudian orang Arab Dusun tersebut beredar dari situ. Peristiwa tersebut terbawa-bawa dalam tidurku lalu aku bermimpi melihat Nabi SAW berkata kepadaku: "Wahai 'Utbi! Dapatkan lelaki itu dan sampaikan berita gembira kepadanya.

Mereka bukan sahaja membuang kisah tersebut, malah telah memasukkan fakta yang diselewengkan daripada fakta asal. Mereka telah menukar fakta asal, sebagaimana yang ditulis oleh Imam Nawawi di dalam kitab al-Azkar dan memasukkan 'Fasal pada menziarahi kubur Nabi SAW.

Syeikh Mamduh Sa'id Mamduh menyatakan, beliau menyangka bahawa pentahqiq kitab iaitu Syeikh Abdul Qadir Arnaut yang telah melakukan penyelewengan. Untuk mendapatkan kepastian, beliau menemui anak Syeikh Abdul Qadir yang bernama Mahmud di Dubai. Tetapi beliau menafikan bahawa penyelewengan tersebut dilakukan oleh bapanya. Syeikh Abdul Qadir sendiri mengeluarkan surat akuannya menafikan penyelewengan yang tidak dilakukannya.

Antara kandungan surat tersebut:
"Penyelewengan yang berlaku di dalam kitab ini bukanlah datang daripada saya selaku Hamba Allah yang Faqir kepada AllahYang Maha Tinggi lagi Berkuasa. Ia bukan dilakukan ileh pemilik Darul Huda, Ustaz Ahmad al-Nuhas tetapi dilakukan oleh Hal Ehwal Kawalan Percetakan" (Tamat nukilan).

Pada pandangan penulis, bahayanya usaha penipuan ini ialah, hanya mereka yang mempelajari kitab-kitab ulama silam yang mampu mengenal kepalsuan tersebut, namun bagaimana pula masyarakat awam dan mereka yang taksub pada penghujahan aliran ini? Pada saya ini adalah pengkhianatan besar terhadap tamadun ummah dan turathnya!

Tuesday, February 7, 2012

Kisah Syeikh Said al-Hindi


Berkata Ibn Battutah: Syeikh Said al-Hindi telah mengadap raja India, Muhammad Syah yang kemudian mengurniakan wang yang banyak kepadanya dan digunakan oleh beliau untuk dating ke Mekah.Di Mekah, Amir ‘Utaifah telah memenjarakannya dan meminta supaya beliau menyerahkan wangnya.Syeikh Said enggan berbuat demikian lalu beliau diseksa dengan ditekan kakinya.Akhirnya beliau menyerahkan 25000 dirham nuqrah.Kemudian Syeikh Said pulang semula ke negeri India dan aku melihatnya semasa berada di negeri tersebut.Beliau menumpang di rumah Amir Saifuddin Ghada ibn Hibatillah ibn Isa ibn Muhanna, amir orang Arab di Syam.Ghada ini telah tinggal di negeri India dan berkahwin dengan saudara perempuan raja India.

Raja India telah mengurniakan sejumlah wang kepada Syeikh Said.Beliau menyertai Wasyl, salah seorang pembantu Amir Ghada yang mahu menunaikan haji.Amir ini pula mengutus Wasyl supaya dia dapat membawa pulang pembantunya.Amir Ghada memberikan sejumlah wang kepada Wasyl dan beberapa hadiah yang berharga termasuklah sehelai jubah kehormat yang telah dikurniakan oleh raja India pada malam perkahwinannya dengan saudara perempuan baginda.Jubah ini diperbuat daripada sutera berwarna biru dan disulam dengan emas serta ditatah dengan permata, sehingga warnanya tidak kelihatan kerana terlalu banyak permata yang meliputinya.Amir itu turut memberikan 50000 dirham kepada Wasyl supaya dia boleh membeli seekor kuda yang benar2 terlatih untuknya.Syeikh Said pun bermusafir dengan ditemani oleh Wasyl dan mereka berdua telah membeli berbagai2 barang dengan wang yang dimiliki.

Apabila mereka berdua tiba di Pulau Suqutrah iaitu tempat tumbuhan lidah buaya suqutri memperoleh namanya, mereka telah diserang oleh lanun2 India yang dating dalam kumpulan kapal yang banyak.Penumpang2 kapal bertungkus-lumus mempertahankan diri dan akhirnya banyak yang terkorban di kedua2 pihak.Wasyl yang merupakan seorang pemanah telah berjaya membunuh beberapa orang lanun itu.Walau bagaimanapun, lanun2 tersebut berjaya mengalahkan kumpulan Wasyl dan telah melontarkan sebilah lembing kea rah Wayl sehingga dia luka parah dan meninggal dunia selepas itu.Setelah merampas semua harta, lanun2 tersebut membiarkan mereka menaiki kapal dengan barang serta sisa bekalan.

Kemudian mereka pergi ke ‘Adan dan di sanalah Wasyl meninggal dunia.Lanun2 tersebut biasanya tidak membunuh atau membuat seseorang lemas kecuali semasa peperangan.Mereka Cuma mengambil wang orang tersebut dan membebaskannya.Mereka juga tidak menangkap mamluk kerana berasal daripada rumpun bangsa yang sama.Syeikh Said telah menerima berita daripada raja India bahawa baginda hendak menyebarkan seruan ‘Abbasiyah di negerinya, sama seperti apa yang pernah dilakukan oleh raja2 India yang terdahulu.Contohnya seperti Sultan Syamsuddin Lalmisyi dan puteranya, Nasiruddin ataupun Sultan Jalaluddin Fairuz Syah serta Sultan Ghiyathuddin Balaban yang jubah kehormat mereka dibawa dari Baghdad.

Setelah Wasyl meninggal dunia, Syeikh Said mengadap Khalifah Abu al-‘Abbas, putera Khalifah Abu al-Rabi’ Sulaiman al-‘Abbas di Kaherah dan memaklumkan perkara tersebut kepada baginda.Khalifah lalu menulis sepucuk surat dengan tulisannya sendiri dan mewakilkan Syeikh Said sebagai penggantinya untuk pergi ke negeri India.Syeikh Said membawa surat tersebut ke Yaman dan di sana beliau telah membeli 3 helai jubah berwarna hitam.Kemudian beliau belayar pulang ke India.Apabila tiba di Kinbayat yang terletak dalam jarak sejauh perjalanan selama 40 hari dari Delhi iaitu ibu kota India, seorang pelapor menulis surat kepada raja untuk memaklumkan kedatangan Syeikh Said kepada Baginda yang membawa perintah khalifah serta suratnya sebagai jawapan .

Monday, February 6, 2012

Kajian Dr Asmadi Mengenai Wahabi(Part 3)


Selepas itu, beliau membahaskan satu persatu isu yang dikatakan bid'ah dan di bawah ini ringkasan pandangannya:

Isu-isu Pandangan Dr Wahbah al-Zuhayli

Takwil sifat Allah SWT

ﻣﺬهﺐ اﻟﺴﻠﻒ: إﺛﺒﺎت ﺻﻔﺎت اﻟﺒﺎري ﺑﻤﻌﺎن ﺗﻠﻴﻖ ﺑﺬاﺗﻪ ﺗﻌﺎﻟﻰ، ﻓﻨﺆﻣﻦ ﺑﺄﺳﻤﺎء اﷲ وﺻﻔﺎﺗﻪ اﻟﺤﺴﻨﻰ ﻋﻠﻰ ﻣﺮاد اﷲ، ﻣﻔﻮﺿﻴﻦ آﻴﻔﻴﺘﻬﺎ إﻟﻰ اﷲ تعالى ﻣﺬهﺐ اﻟﺨﻠﻒ: ﺗﺄوﻳﻞ هﺬﻩ اﻟﺼﻔﺎت ﺑﺤﺴﺐ ﻣﺎ ﻳﻠﻴﻖ ﺑﻜﻤﺎﻟﻪ ﺗﻌﺎﻟﻰ، وهﺬا أوﻓﻖ وأﺣﻜﻢ ﻋﻘﻼ واﻟﻔﺮﻳﻘﺎن ﻣﺘﻔﻘﺎن ﻋﻠﻰ ﺗﻨﺰﻳﻪ اﷲ ﺗﻌﺎﻟﻰ ﻋﻦ ﻣﺸﺎﺑﻬﺔ اﻟﺤﻮادث، أو ﻋﻦ اﻟﺘﺸﺒﻴﻪ واﻟﻜﻴﻒ واﻟﺘﺠﺠﺴﻴﻢ واﻟﻤﺬهﺐ اﻟﺤﻖ: إﻧﻤﺎ هﻮ اﻟﺘﻮﺣﻴﺪ، دون اﻟﺘﺸﺒﻴﻪ واﻟﺘﺠﺴﻴﻢ، ﻓﻼ ﻣﺒﺎﻟﻐﺔ ﻓﻲ اﻟﺘﺄوﻳﻞ، ﻷن ذﻟﻚ ﻳﺆدي إﻟﻰ اﻟﺘﻌﻄﻴﻞ، وﻻ ﻣﺒﺎﻟﻐﺔ ﻓﻲ اﻹﺛﺒﺎت اﻟﻈﺎهﺮي، ﻷن ذﻟﻚ ﻳﺆدي إﻟﻰ اﻟﺘﺠﺴﻴﻢ. واﻟﺘﻮﺳﻂ ﻓﻲ ذﻟﻚ: هﻮ إﻗﺮار اﻟﺼﻔﺔ، ﻣﻊ إﻋﺘﻘﺎدﻧﺎ أن ﻟﻬﺎ ﺗﺄوﻳﻼ اﺳﺘﺄﺛﺮ اﷲ ﺑﻌﻠﻤﻪ ﻣﻊ ﺗﻨﺰﻳﻪ اﻋﺘﻘﺎدﻧﺎ ﻋﻦ اﻟﺘﺸﺒﻴﻪ واﻟﺘﻌﻄﻴﻞ، وهﺬا هﻮ ﻣﺬهﺐ اﻟﺴﻠﻒ، ﻓﻴﺼﻴﺮ اﻟﺨﻼف ﻟﻔﻈﻴﺎ.

Mazhab al-Salaf: Mengithbatkan sifat al-Bari (Allah SWT) dengan makna yang layak dengan Zat-Nya Taala, maka kita beriman dengan nama-nama Allah dan sifat-sifat al-husna tersebut mengikut kehendak Allah SWT. Dan tafwidhkan (serahkan) bagaimana (kaifiah) kepada Allah SWT. Mazhab al-Khalaf: Mentakwilkan sifatsifat ini mengikut apa yang layak untuk kesempurnaan Allah SWT, dan ini lebih benar dan lebih tetap secara aqalnya.

Kedua-dua kumpulan bersepakat pada mensucikan Allah SWT dari menyerupai makhluk, atau dari tasybih, atau dari al-kaif dan dari tajsim: Mazhab yang haq ialah bertauhid tanpa tasybih dan tajsim. Tidak berlebihlebihan pada takwil, kerana ia boleh membawa kepada ta'til, dan tidak berlebih-lebihan pada menetapkan makna zahir, kerana ia boleh membawa kepada tajsim. Dan pertengahan pada perkara tersebut ialah mengiqrarkan sifat dengan berkeyakinan padanya hanya Allah sahaja yang mengetahui berserta mensucikan keyakinan kita dari tasybih dan ta'til. Maka inilah mazhab al-Salaf, maka jadilah khilaf (dengan khalaf) secara lafzi zahaja.

Penambahan dalam Tasauf

دﺧﺎﺋﻞ ﻓﻲ اﻟﺘﺼﻮف واﻟﻤﺘﺼﻮﻓﺔ اﻟﻤﺨﻠﺼﻮن ﻳﻌﻨﻮن ﺑﺬآﺮ اﷲ ﺳﺮا وﺟﻬﺮا، وﻻ ﻣﺎﻧﻊ ﻣﻦ ذﻟﻚ ﻷن ﻋﻠﻤﺎء اﻹﺳﻼم ﻗﺮروا أﻓﻀﻠﻴﺔ اﻟﺠﻬﺮ ﺑﺎﻟﺬآﺮ إذا ﺧﻼ ﻣﻦ اﻟﺮﻳﺎء، أو إﻳﺬاء ﻣﺼﻞ أو ﻗﺎرئ أو ﻧﺎﺋﻢ ﻓﺈن اﻟﺘﺰم اﻟﻤﺘﺼﻮﻓﺔ ﻣﺎ ﺟﺎء ﻓﻲ اﻟﻘﺮﺁن واﻟﺴﻨﺔ، ﻓﻼ اﻋﺘﺮاض ﻋﻠﻴﻬﻢ، وأﻣﺎ إن ﺗﻐﺎﻟﻰ ﺑﻌﻀﻬﻢ، ﻓﻘﺎل ﺑﻔﻜﺮة وﺣﺪة اﻟﻮﺟﻮد (أو اﻟﺤﻠﻮل واﻻﺗﺤﺎد ﺑﻤﻌﻨﻰ أن اﷲ ﺗﻌﺎﻟﻰ ﻗﺪ ﺣﻞ ﻓﻲ ﺟﻤﻴﻊ أﺟﺰاء اﻟﻜﻮن، أو ﺑﻤﻌﻨﻰ أن اﻟﻤﺨﻠﻮق) ﻋﻴﻦ اﻟﺨﺎﻟﻖ، أو اﺳﺘﻐﺮق ﻓﻲ ﺑﻌﺾ اﻟﺸﻄﺤﺎت اﻟﻤﻜﻔﺮة ﺑﺄﻧﻪ هﻮ اﷲ أو اﻟﺤﻖ، أو ﺷﻮﻩ ﻣﺒﺪأ اﻟﺘﻮﺣﻴﺪ، أو ﻗﺎل ﺑﺈﺳﻘﺎط اﻟﻔﺮاﺋﺾ، ﻓﻬﺬا ﻻ ﺷﻚ ﺿﻼل وآﻔﺮ ﺻﺮﻳﺢ ﻳﺨﺎﻟﻒ ﻋﻘﺎﺋﺪ اﻷﻣﺔ اﻹﺳﻼﻣﻴﺔ.

Orang-orang Tasauf yang ikhlas mementingkan zikrullah sama ada secara senyap mahupun jahar. Tidak ada halangan pada perkara tersebut kerana para ulama Islam menetapkan kelebihan zikir secara al-jahr sekiranya tiada riyak. Atau mengacau orang yang bersolat, atau orang yang tidur. Sekiranya orang tasauf itu beriltizam dengan al-Quran dan sunnah, maka tidak dibantah ke atas mereka. Namun apabila sebahagian mereka berlebihlebihan (ghuluw), dengan mengatakan wehdah al-wujud (al-hulul atau alilhad), iaitu Allah Taala telah menjelma pada setiap bahagian ala mini, atau dengan makna 'makhluk itulah alkhaliq', atau tenggelam dalam sebahagian 'kegelinciran yang menyebabkan kekufuran' seperti 'Dia adalah Allah atau al-haq', atau 'memburukkan pegangan tauhid', atau mengatakan 'diangkat perkara fardhu darinya', maka ini, tanpa ragu-ragu, adalah sesat dan kufur nyata, bertentangan dengan aqidah umat Islam.

Menyeru(Istighasah)

اﻻﺳﺘﻐﺎﺛﺔ ﺑﻐﻴﺮ اﷲ

Tidak boleh beristighathat dengan orang yang telah mati atau yang tiada di sisi.

Tabarruk dengan para orang-orang Soleh ketika mereka hidup

Tidak ada halangan bertabarruk dengan orang soleh dengan meminta doa atau berubat, namun ulama khilaf pada perkara 'bertabarruk' pada 'individu orang-orang soleh (sentuhan dan sebagainya), dan tidaklah ianya dari perkara 'bid'ah munkarah'

Baca 'basmalah' dengan 'jahar'.

Perkara khilaf dan bukan bid'ah munkarah.

Qunut solat subuh Tidak betul mengatakannya 'bid'ah'.

Mayat mendapat faedah dari bacaan al-Quran

Mayat mendapat faedah dari bacaan orang lain.

Bertawassul dengan Nabi SAW

Membenarkan tawassul dengan Nabi SAW secara umum (ketika hidup dan mati).

Menziarahi kubur Nabi SAW

Ini masalah khilafiah, tidak boleh digelar sebagai bid'ah. Jumhur ulama membenarkan kecuali Ibn Taymiyyah.

Berdoa secara berjemaah, dan majlis zikir.

Tidak boleh mengatakan bid'ah pada zikir berjemaah selepas solat di masjid dan selainnya. Yang haqnya meninggikan suara dengan berzikir dalam keadaan tidak mendatangkan 'kekacauan/ keraguan, maka berhalaqah untuk zikir adalah tidak salah.

5.0 ISU-ISU YANG TELAH DAN AKAN TERUS MENGUNDANG FITNAH

Pada pengamatan penulis, terdapat isu-isu yang akan berterusan menerjah pemikiran umat, sama ada pendokong mahupun penentang Gerakan Najdiyyin ini. Antara perkara-perkara tersebut.

1. Kata Sheikh Muhammad Abd al-Wahhab dalam kitabnya, Kasy al-Syubuhat:

Bermaksud: Fasal Ketiga: Menerangkan peng-esa-an ibadah ialah makna 'La Ilaha Illallah', sesungguhnya orang-orang kafir pada zaman Nabi SAW adalah lebih mengetahui akan maknanya daripada orang-orang yang mendakwa beragama Islam di zaman kita.

Tauhid ialah makna katamu: 'La Ilaha illah'. Adalah 'ilah' pada pandangan mereka (orang-orang kuffar tersebut): Semua perkara yang dimaksudkan untuk perkara-perkara berikut, sama ada malaikat, atau nabi, atau wali, atau pokok, atau kubur, atau jin. Mereka tidak bermaksud (mempertikaikan) bahasawanya Dia (Allah) maha pencipta, pemberi rezeki, pentadbir kerana mereka mengetahui bahawasanya kesemuanya itu untuk Allah semata-mata, sebagaimana aku katakan kepadamu. Hanyasanya, yang mereka (orang-orang kafir) maksudkan dengan al-ilah: Apa yang dimaksudkan oleh 'para musyrikin' di zaman kita dengan lafaz 'sayyid'. Maka telah datang Nabi SAW kepada mereka (orang-orang Kafir) menyeru kepada kalimah Tauhid.

Perhatikan beberapa pandangan Sheikh Muhammad Abd al-Wahhab"

1. Mereka tidak bermaksud (mempertikaikan) bahawasanya Dia (Allah) maha pencipta, pemberi rezeki, pentadbir kerana mereka mengetahui bahawasanya kesemuanya itu untuk Allah semata-mata, sebagaimana aku katakan kepadamu.

2. Hanyasanya, yang mereka (orang-orang kafir) maksudkan dengan al-ilah: Apa yang dimaksudkan oleh 'para musyrikin' di zaman kita dengan lafaz 'sayyid'.

Ini yang membawa fitnah iaitu 'menjadikan sesuatu sebagai tuan' itu sama darjat sahaja dengan kuffar. Dilaksanakan fahaman ini pada tawassul, tabarruk dan istighathat.

2. Kata-kata ulama yang menjadi antara rujukan utama aliran Najdiyyin ialah Dr Saleh bin Fauzan dalam kitabnya al-Irsyad Ila Sahih al-I'tiqad:

Bermaksud: Bahagian ini, telah mengingkarinya (inkari ayat-ayat sifat) firqah alJahmiyyah dan anak-anak murid mereka iaitu al-Mu'tazilah dan Asyairah.

Siapa firqah al-Jahmiyyah? Menurut al-Imam Abd al-Qahir bin Tahir al-Baghdadi (wafat429H) mengatakan:

Al-Jahmiyyah: Pengikut Jahm bin Safwan yang berpegang kepada manusia tergagah dan terpaksa dalam amaln mereka (tiada upaya) dan mengingkari usaha keseluruhannya, dan mendakwa syurga dan neraka pupus dan hancur…..dan mendakwa juga bahawasanya ilmu Allah SWT baharu, dan dia melarang dari menyifatkan Allah dengan sesuatuK atau hidup, atau berilmu, atau berkehendak…. Justeru, Dr Saleh Fauzan memasukkan Asyairah dan pengikut ke dalam golongan ini!

Lihat apa kata-kata Imam al-Baghdadi terhadap al-Jahmiyyah:

Sahabat-sahabat kami mengkafirkannya (Jahm bin Safwan) pada kesemua kesesatan mereka yang kami sebutkan- mereka mengangkat senjata ke atas Sultan- Dia menentang bersama-sama Suraij bin al-Harith terhadap Nasr bin Sayyar. Salim bin Ahwar al-Mazini membunuhnya pada akhir pemerintahan Bani Marwan. Pengikutnya sekarang (zaman al-Baghdadi) di Nahrawand. Telah pergi kepada mereka pada zaman ini, Ismail bin Ibrahim bin Kabus al-Syirazi al-Dili, dan beliau menyeru mereka kepada mazhab Sheikh kami Abu Hassan al-Asy'ari dan telah bersetuju sebahagian mereka dan telah menjadi mereka ahlussunnah dalam satu kesatuan, segala puji bagi Allah.

Jadi, apabila ulama ahlussunnah mengkafirkan al-Jahmiyyah, seolah-olah Asyairah juga termasuk yang dikafirkan oleh mereka. Walhal Imam al-Baghdadi berkata pula diempat baris terbawah nukilan tersebut: Telah pergi kepada mereka pada zaman ini, Ismail bin Ibrahim bin Kabus al-Syirazi al-Dili, dan beliau menyeru mereka kepada mazhab Sheikh kami Abu Hassan al-Asy'ari dan telah bersetuju sebahagian mereka dan telah menjadi mereka ahlussunnah dalam satu kesatuan, segala puji bagi Allah. Imam al-Baghdadi dengan jelas mengatakan Sheikhnya adalah al-Imam Abu Hassan al-Asy'ari dan mereka adalah ahlussunnah!

Bahawasanya: Hanyasanya, telah mengingkarinya para pembuat bid'ah daripada al-Jahmiyyah dan al-Mu'tazilah dan al-'Asyairah yang mana mereka berjalan atas jalan para musyrikin Quraisy Mekah yang kufur terhadap al-Rahman.

Kalau fatwa-fatwa ini dipegang secara taksub, maka terbukti mereka mengklasifikasikan ulama Ahlussunnah yang mengikut penafsiran Asyairah adalah sesat. Bukan setakat sesat, tapi setaraf dengan para musyrikin. Selain itu, apabila kita membuka kitab-kitab tabaqat, kita tidak akan berjumpa dengan penulis sejarah ulama-ulama yang menklasifikasikan seseorang sebagai al-Asy'ari alJahmi. Namun, Dr Salleh Fauzan telah membuat pengklasifisian nyata dengan mengkelompokkan Asyairah dalah firqah yang sesat dan musyrik. Semoga Allah SWT ampunkan dosanya.

Sunday, February 5, 2012

Kajian Dr Asmadi Mengenai Wahabi(Part 2)

(Gambar hiasan)

Imam Abu Zahrah kemudiannya memperincikan beberapa kritikan terhadap Wahhabiyah:

1. Wahhabi berkembang melalui kekuatan senjata:

Imam Abu Zahrah berkata:

أن اﻟﻮهﺎﺑﻴﺔ ﻟﻢ ﺗﻘﺘﺼﺮ ﻋﻠﻰ اﻟﺪﻋﻮة اﻟﻤﺠﺮدة، ﺑﻞ ﻋﻤﺪت إﻟﻰ ﺣﻤﻞ اﻟﺴﻴﻒ ﻟﻤﺤﺎرﺑﺔ اﻟﻤﺨﺎﻟﻔﻴﻦ ﻟﻬﻢ ﺑﺎﻋﺘﺒﺎر أﻧﻬﻢ ﻳﺤﺎرﺑﻮن اﻟﺒﺪع، وهﻲ ﻣﻨﻜﺮ ﺗﺠﺐ ﻣﺤﺎرﺑﺘ

Bermaksud: Sesungguhnya al-Wahabiyyah tidak hanya menggunakan dakwah semata-mata, sebaliknya sengaja mengangkat senjata untuk memerangi orangorang yang menentang di atas alas an memerangi 'bid'ah', iaitu mungkar yang wajib diperangi.

Beliau berkata lagi: Muhammad bin Sa'ud (datuk keluarga Saudi sekarang) memimpin fikrah wahhabiyyah dalam peperangan, iaitu besan kepada kepada Sheikh Muhammad Abdul Wahhab yang menganuti mazhabnya dan amat ekstrem kepada kefahamannya. Dia memulakan usaha menggunakan kekuatan senjata dan mengisytiharkan bahawasanya dia mahu menegakkan sunnah dan mematikan bid'ah.

2. Wahhabi meruntuhkan masjid yang ada kubur-kubur.

Imam Abu Zahrah berkata:

أﻧﻬﺎ آﺎﻧﺖ آﻠﻤﺎ ﻣﻜﻦ ﻟﻬﺎ ﻣﻦ ﻗﺮﻳﺔ أو ﻣﺪﻳﻨﺔ أﺗﺖ ﻋﻠﻰ اﻷﺿﺮﺣﺔ هﺪﻣﺎ وﺗﺨﺮﻳﺒﺎ....... وﻟﻜﻦ ﻳﻈﻬر أﻧﻬﻢ آﺎﻧﻮا ﻳﻬﺪﻣﻮن اﻟﻤﺴﺠﺪ ﻣﻊ اﻟﻀﺮﻳﺦ أﺧﺬا ﻣﻦ اﻟﺨﺒﺮ اﻟﺬي اﺳﺘﻨﻜﺮ ﻓﻴﻪ اﻟﻨﺒﻲ ﺻﻠﻰ اﷲ ﻋﻠﻴﻪ وﺳﻠﻢ ﻋﻤﻞ ﺑﻨﻲ إﺳﺮاﺋﻴﻞ إذ اﺗﺨﺬوا ﻣﻦ ﻗﺒﻮر أﻧﺒﻴﺎﺋﻬﻢ ﻣﺴﺎﺟﺪ

Bermaksud: Sesungguhnya mereka, apabila menguasai sesuatu kampong atau Bandar, mereka ke kubur-kubur lantas meruntuhkannya dan merosakkannya……telah zahir adalah mereka mmeruntuhkan masjid yang ada kubur dengan berpandukan satu khabar (hadith) yang menunjukkan Nabi SAW menyanggah amalan Bani Israel yang menjadi kubur para nabi sebagai masjid.

3. Wahhabi memusnahkan kubur-kubur sahabat

Imam Abu Zahrah mengatakan lagi: Mereka bukan setakat itu sahaja, mereka pergi ke kubur yang kelihatan dan membinasakannya iaitu ketika mana mereka mendapat kuasa di Tanah Hijaz, mereka membinasakan kubur-kubur Sahabat dan meratakannya setara bumi. Kini tidak ada lagi kubur-kubur tersebut kecuali papan tanda yang menunjukkan tempat kubur. Mereka membenarkan menziarahi kubur, tetapi hanya setakat ziarah untuk mengucapkan selamat pada empunya kibur. Orang yang menziarahi mengatakan: "As-salamu 'alaik".(Abu Zahrah, Muhammad (1996). Tarikh al-Mazahib al-Islamiah. Kaherah: Dar al-Fikr al-'Arabi. H.212-214. )

4. Wahhabi terikat dengan perkara-perkara kecil.

Wahhabi amat terikat dengan perkara-perkara kecil yang tiada pun penyembahan atau unsur-unsur penyembahan dan mengisytiharkan menyanggahinya, umpamanya gambar fotografi. Kita boleh dapat dari fatwa-fatwa mereka dan bukbuku kecil tulisan ulama-ulama mereka. Namun pemimpin-pemimpin mereka tidak peduli pun pandangan ini dan melontarkannya ke dinding.

5. Wahhabi memperluaskan makna bid'ah kepada makna yang amat luas dan pelik.

Mereka memperluaskan makna bid'ah kepada makna yang amat luas dan pelik sehingga mereka mengatakan meletakkan tabir di Raudhah Syarifah sebagai perkara bid'ah. Justeru, mereka melarang mempebaharui tabir tersebut

6. Hanya Wahhabi yang benar.

Ulama Wahhabi mendakwa pandanganyalah yang 'benar', yang tidak menerima 'salah'. Manakala pandangan orang lain adalah 'salah', tidak mengandungi 'kebenaran'. Bahkan mereka mengatakan, perbuatan orang lain mendirikan kubur dan mengelilinginya sebagai hampir kepada penyembahan, di sini mereka seperti Khawarij yang mengkafirkan orang lain dan memerangi mereka.

Menurut Imam Abu Zahrah lagi: Pandagan-pandangan Wahhabi ini tidak merbahaya pada ketika mereka di padang pasir, namun mereka bercampur dengan orang lain apabila keluarga Saaud menguasai Hijaz maka ia adalah sesuatu yang merbahaya.

Namun, Raja Terdahulu, Abdul Aziz Al Saud telah berdepan perkara ini dan hanya menjadikan pandangan ini hanya untuk mereka dan bukan untuk selain dari mereka, dan berjalan usahanya dan langkahnya yang agak ke depan sehingga dia mengarahkan pembuatan tabir al-Raudhah sebagai ganti tabir yang telah reput, namun dia menangguhkan peletakan tabir baru ini sehingga tamatnya pembaikan Masjid Nabawi dan beliau mati sebelum melakukannya. Semoga penggantinya meneruskan usahanya.

Daripada maklumat yang diterima, Raja Abdullah Abd al-'Aziz yang memerintah kerajaan Arab Saudi sekarang, telah melantik ulama Ahlussunah wal Jamaah yang beraliran Asyairah untuk menyertai Majlis Fatwa mereka.Ini menggambarkan sudah terdapat keterbukaan Kerajaan Arab Saudi mengenai perkara ini.

4.0 Pandangan 'mujamalah' (Kelihatan menyokong tetapi menyanggah hampir kesemua pandangan)

Sebagaimana yang penulis nyatakan di awal artikel ini, terdapat ramai ulama yang menggunakan 'konsep mujamalah'. Mereka memuji Sheikh Muhammad Abd al-Wahhab sebagai al-muslih secara nyata, namun mereka menghuraikan kemudiannya kebatilan pandangan tersebut satu persatu.

Penulisan ini cuba menelusuri Prof Dr Wahbah Zuhayli yang menggunakan uslub ini dalam kitabnya al-Bida' al-Munkarah:

إﻧﻨﻲ ﻣﻨﺬ اﻟﺒﺪء ﻣﻊ اﺗﺠﺎﻩ أهﻞ اﻟﺴﻨﺔ آﺎﻹﻣﺎم اﻟﻨﻮوي وﻏﻴﺮﻩ، وﻣﻨﻬﺎ إﺻﻼﺣﺎت اﻟﻤﺼﻠﺢ اﻟﺸﻴﺦ ﻣﺤﻤﺪﺑﻦ ﻋﺒﺪ اﻟﻮهﺎب رﺣﻤﻪ اﷲ، ﻟﻠﺤﻴﻠﻮﻟﺔ ﺑﻴﻦ اﻻﻧﺤﺮاف وﺑﻴﻦ اﻟﻌﻮام اﻟﺬﻳﻦ ﻳﻤﺎرﺳﻮن ﻃﻘﻮﺳﺎ ﺷﺎذة، أو ﺗﺼﺪر ﻋﻨﻬﻢ ﻋﺒﺎرات ﻏﻴﺮ ﺻﺤﻴﺤﺔ وﻻ ﻻﺋﻘﺔ، آﺎﻟﻄﻠﺐ ﻣﻦ اﻷﻣﻮات اﻟﺼﻠﺤﺎء أو اﻷوﻟﻴﺎء ﺗﺤﻘﻴﻖ رﻏﺒﺔ أو ﻣﻨﻊ ﺿﺮ....إﻟﺦ

Bermaksud: Sesungguhnya aku semenjak dahulu bersama-sama pembawaan ulama Ahlussunnah seperti al-Imam al-Nawawi dan selainnya. Antaranya 'islah-islah' seorang Muslih iaitu Muhammad bin Abd al-Wahhab Rahimahullah, untuk menghalang antara 'kesesatan' dan 'orang-orang awam' yang mengamalkan bentuk ibadah yang ganjil. Atau keluar daripada mereka perkataan yang tidak benar dan tidak sepatutnya, seperti meminta dari jenazah orang-orang Soleh dan wali-wali samada untuk memenuhi hajat atau menghalang bahaya….

Beliau berkata lagi:

وإﻧﻨﻲ أﻳﻀﺎ ﻣﻊ اﻟﺴﻠﻔﻴﺔ ﻓﻲ ﺗﻨﺰﻳﻪ اﷲ ﺗﻌﺎﻟﻰ، وﻟﻜﻨﻲ ﻟﺴﺖ ﻣﻊ اﻷﺣﺪ ﻓﻲ اﻷﺳﻠﻮب اﻟﻤﻨﻔﺮ واﻻﺗﻬﺎم اﻟﺴﺮﻳﻊ ﺑﺎﻟﻜﻔﺮ واﻟﻀﻼل أو وﺻﻒ إﻧﺴﺎن ﺑﺎﻟﻘﺒﻮري (أي ﻋﺎﺑﺪ اﻟﻘﺒﺮ) ﻟﻤﺠﺮد زﻳﺎرة اﻟﻘﺒﻮر اﻟﺘﻲ هﻲ ﺳﻨﺔ ﺛﺎﺑﺘﺔ.

Bermaksud: Sesungguhnya aku bersama-sama al-Salafiyyah pada mensucikan Allah Taala, namun bukanlah aku bersama-sama dengan seseorang yang menggunakan cara yang menyebabkan masyarakat lari, atau cepat membuat tuduhan kafir, sesat, atau menggelarkan seseorang dengan quburi (penyembah kubur) apabila dia menziarahi kubur,walhal amalan tersebut merupakan sunnah yang thabit.

Beliau berkata lagi:

وﻣﻦ ﺗﺄول ﺑﻌﺾ ﺻﻔﺎت اﷲ ﻻ ﻳﻜﻔﺮ آﺘﺄوﻳﻞ وﺟﻪ اﷲ ﺑﺄﻧﻪ آﻨﺎﻳﺔ أو ﻣﺠﺎز ﻋﻦ اﷲ ﺗﻌﺎﻟﻰ، ﻓﺬﻟﻚ أﺳﻠﻮب ﻋﺮﺑﻲ ﻣﻌﺮوف، وﺗﺄوﻳﻞ اﻟﻴﺪ ﺑﺎﻟﻘﺪرة، وﻧﺤﻮ ذﻟﻚ ﻣﻤﺎ ﻳﺘﻘﺒﻠﻪ اﻟﻌﻘﻞ، ﻷن آﻼ ﻣﻦ اﻟﺴﻠﻒ واﻟﺨﻠﻒ ﻳﻨﺰهﻮن اﻟﺨﺎﻟﻖ ﻋﻦ ﻣﺸﺎﺑﻬﺔ اﻟﺤﻮادث وإن آﺎن اﻷﺳﻠﻢ اﻹﻳﻤﺎن ﺑﺎﻟﺼﻔﺎت اﻟﺤﺴﻨﻰ ﷲ ﺗﻌﺎﻟﻰ ﻣﻦ ﻏﻴﺮ ﺗﺸﺒﻴﻪ، وﻻ ﺗﻌﻄﻴﻞ وﻻ ﺗﺄوﻳﻞ.

Bermaksud: Sesiapa yang mentakwilkan sebahagian sifat-sifat Allah, tidak kufur seperti mentakwilkan 'wajhullah', kerana ia adalah 'kinayah' atau 'majaz' terhadap Allah SWT. Itu adalah uslub bahara Arab yang terkenal. Maka ditakwilkan 'al-yad' dengan 'al-qudrah', dan selainnya yang aqal boleh menerimanya, kerana kesemua alSalaf dan al-Khalaf mensucikan Pencipta (al-Khaliq) dari menyerupai perkara baru. Walaupun yang paling selamat ialah berimannya dengan asma' Allah Taala al-husna tanpa tasybih, tanpa ta'til dan tanpa ta'wil.