Kajian Dr Asmadi Mengenai Wahabi(Part 4)

Ustaz Azhar kata Wahabi bodoh(gambar hiasan)

3. Kata-kata Sheikh Muhammad Salih Uthaimin yang menjadi rujukan aliran Najdiyyin:
Apabila Sheikh Muhammad Salih Uthaimin ditanya adakah al-Nawawi dan Ibn hajar sama ada boleh menjadikan mereka dari golongan Ahlussunnah wal Jamaah? Dia menjawab: Pada apa yang mereka berpegang pada masalah al-Asma' dan al-Sifat, mereka berdua BUKAN dari Ahlussunnah wal Jamaah!

Kenyataan dan fatwa sebegini akan berterusan menjadi fitnah di kalangan umat Islam.Sekiranya Imam besar tersebut dengan mudah dikeluarkan dari golongan Ahlussunnah, apatah lagi Mufti-mufti, tok-tok guru, ustaz-ustaz yang ada di negara kita!

4. Rasional boleh menggunakan kekerasan dalam menghapuskan perkara yang 'dikatakan bid'ah'.

Apabila mempertahankan pandangan Sheikh Muhammad Abd al-Wahhab menggunakan kuasa memerangi perkara yang dikatakan 'bid'ah,, seorang penulis berkata:

Dalam menjelaskan maksud hadith ini (hadith boleh memerangi mereka yang engkar membayar zakat), an-Nawawi rahimahullah memetik kata-kata alKhattabi RH:

Maksudnya: (Teguran) daripada 'Umar RA ini kerana (dia) bergantung kepada zahir sabda (Nabi SAW) dan sebelum (dia) memerhatikan syarat-syaratnya. Kemudian al-Nawawi berkata: Maksudnya: Tidak dapat tidak, bersama (ucapan syahadah) ini mesti beriman dengan semua perkara yang di bawa oleh Nabi SAW sebagaimana ia datang dalam riwayat yang lain oleh Abi Hurairah.

Apa yang dapat difahami daripada hadith Abu Malik al-Asyja'ie, kata-kata Abu Bakr dan para ulama di atas ialah, bahawa ucapan syahadah hanya boleh menjamin keselamatan nyawa dan harta sekiranya tidak dilakukan perkaraperkara yang boleh membatalkannya. Sebaliknya jika dilakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan syahadah itu, maka tiada lagi jaminan keselamatan nyawa dan harta. Tafsiran ini dapat difahami dengan jelas melalui sabda Nabi SAW:

Maksudnya: Maka terselamatlah nyawa dan hartanya melainkan dengan haknya.
Tafsiran para ulama ini dilihat sama dengan pengangan Muhammad Ibn Abd alWahhab. Atas keyakinan itulah, beberapa tindakan dilakukan utuk mengaplikasikan menegakkan al-amr bil ma'ruf wa al-nahyu 'an al-munkar pada 'perkara-perkara yang dikatakan bid'ah.

Menurut Muhammad Abdul Qadeer al-Mandeely, pada tahun 1158H, Muhammad Abd al-Wahhab telah pergi ke Dar'iah dan menjadi tetamu bagi Abdul Rahman bin Suwailim dan Ahmad b. Suwailim. Semasa di sana beliau dikunjungi oleh orang ramai untuk mempelajari dan mempelajari ilmu agama darinya. Kemudian beliau telah bersetuju dengan Muhammad b Sa'ud Amir Dar'iah untuk berjuang berjihad di jalan Allah bagi melaksanakan tuntutan 'amar al-ma'ruf dan nahi munkar' serta menegakkan syariat agama Islam.

Antara tindakannya:
i. Berusaha keras melarang umat Islam daripada menziarahi Maqam Nabi SAW.
ii. Melarang orang ramai berselawat ke atas Nabi SAW secara kekerasan.
iii. Menempelak dan mencaci pendapat imam mazhab yang empat.
iv. Memusnahkan mimbar-mimbar yang dikhususkan bagi setiap mazhab dan tempat-tempat pengajian di Mekah.
v. Menghina dan menyesatkan ulama.
vi. Mengkafirkan ahli Sufi, Tariqat dan Asya'irah.
vii. Mengkhianati kitab-kitab karangan ulama dengan menokok tambah kandungan kitab yang asal dan membuang mana-mana kandungan yang tidak sesuai dengan prinsip mereka.

Kesimpulannya, aliran ini telah meletakkan 'ijtihad' mereka bahawa 'sesuatu itu bid'ah' setara dan setaraf dengan ijtihad Sayyidina Abu Bakar al-Siddiq yang memutuskan 'boleh memerangi mereka yang enggan membayar zakat'. Justeru, perkara bid'ah ini perlu juga diperangi secara kekerasan sekiranya mempunyai kekuasaan.

5. Perbuatan mengubah kandungan kitab ulama silam.

Sudah kedapatan usaha mengubah kandungan kitab-kitab ulama silam. Perkara ini sudah diperkatakan oleh ramai ilmuan khususnya kitab 'al-Ibanah fi Usul al-Diyanah' karangan Imam Abu Hassan al-'Asy'ari dan banyak kitab-kitab lain. Ini menyebabkan penulis lebih menggemari 'cetakan lama' untuk memastikan perkara tersebut tidak berlaku. Rupa-rupanya 'usaha tadlis dan tasywih' yang berlaku dalam hadith-hadith nabi, berlaku semula dalam kitab-kitab ulama.

Penulis memetik penulisan Sheikh Muhammad Fuad yang berjaya mendokumenkan perkara ini bagi mengelak ianya sebagai tuduhan tanpa asas. Antara petikannya ialah:

Sebagai bukti dakwaan ini, guru kami al-Muhaddith al-Musnid Mahmud Sa'id Mahduh menyatakan di dalam kitab Raf'ul Minarah, bahawa sebahagian dari pihak yang tidak bertanggungjawab telah melakukan pengkhianatan terhadap kitab alAzkar karangan Imam al-Nawawi yang ditahqiq oleh Syeikh Abdul Qadir Arnaut. Mereka telah menyebarkan kitab ini setelah membuang kisah al-'Utbi yang tedapat di dalam cetakan asal. Kitab ini dicetak oleh Percetakan Dar al-Huda di Riyadh pada 1409H. Mereka telah memadamkan terus kisah al-'Utbi RA yang menceritakan, ketika Imam al-'Utbi sedang duduk di sisi maqam Nabi SAW, maka datang seorang Arab Dusun lalu berkata: Salam sejahtera ke atasmu, wahai Rasulullah SAW! Aku mendengar Allah SWT berfirman:

وﻟﻮ أﻧﻬﻢ إذ ﻇﻠﻤﻮا أﻧﻔﺴﻬﻢ ﺟﺎءوك ﻓﺎﺳﺘﻐﻔﺮوا اﷲ واﺳﺘﻐﻔﺮ ﻟﻬﻢ اﻟﺮﺳﻮل ﻟﻮﺟﺪوا اﷲ ﺗﻮاﺑﺎ رﺣﻴﻤﺎ

"Seandainya mereka telah menganiaya diri mereka (membuat dosa), lalu mereka datang kepadamu (Nabi Muhammad SAW) dan memohon keampunan kepada Allah dan Rasul juga memohon keampunan bagi mereka, nescaya mereka akan mendapati Allah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani." (al-Nisa': 64).

"Sesungguhnya aku datang kepadamu kerana memohon keampunan daripada segala dosaku, dan mengharapkan syafa'atmu kepada Tuhanku, wahai Rasulullah!" Setelah itu, dia mendendangkan beberapa bait syair yang bermaksud:

"Wahai penghuni kuburan yang tulang belulangnya di tanah yang suci ini, kerana kandungannya yang baik, tanah dan bukitnya juga dipuji-puji; jiwaku bersedia berkorban terhadap siapa yang mendiami kuburan ini. Yang bersifat bersih diri, murah hati lagi dihormati"

Berkata al-'Utbi: "Kemudian orang Arab Dusun tersebut beredar dari situ. Peristiwa tersebut terbawa-bawa dalam tidurku lalu aku bermimpi melihat Nabi SAW berkata kepadaku: "Wahai 'Utbi! Dapatkan lelaki itu dan sampaikan berita gembira kepadanya.

Mereka bukan sahaja membuang kisah tersebut, malah telah memasukkan fakta yang diselewengkan daripada fakta asal. Mereka telah menukar fakta asal, sebagaimana yang ditulis oleh Imam Nawawi di dalam kitab al-Azkar dan memasukkan 'Fasal pada menziarahi kubur Nabi SAW.

Syeikh Mamduh Sa'id Mamduh menyatakan, beliau menyangka bahawa pentahqiq kitab iaitu Syeikh Abdul Qadir Arnaut yang telah melakukan penyelewengan. Untuk mendapatkan kepastian, beliau menemui anak Syeikh Abdul Qadir yang bernama Mahmud di Dubai. Tetapi beliau menafikan bahawa penyelewengan tersebut dilakukan oleh bapanya. Syeikh Abdul Qadir sendiri mengeluarkan surat akuannya menafikan penyelewengan yang tidak dilakukannya.

Antara kandungan surat tersebut:
"Penyelewengan yang berlaku di dalam kitab ini bukanlah datang daripada saya selaku Hamba Allah yang Faqir kepada AllahYang Maha Tinggi lagi Berkuasa. Ia bukan dilakukan ileh pemilik Darul Huda, Ustaz Ahmad al-Nuhas tetapi dilakukan oleh Hal Ehwal Kawalan Percetakan" (Tamat nukilan).

Pada pandangan penulis, bahayanya usaha penipuan ini ialah, hanya mereka yang mempelajari kitab-kitab ulama silam yang mampu mengenal kepalsuan tersebut, namun bagaimana pula masyarakat awam dan mereka yang taksub pada penghujahan aliran ini? Pada saya ini adalah pengkhianatan besar terhadap tamadun ummah dan turathnya!

Comments

Popular posts from this blog

Biografi Ringkas Imam an-Nawawi رحمه الله

Makrifah Tauhid Bagi Jazam

Aurat Lelaki Ketika Solat