Kisah Syeikh Said al-Hindi


Berkata Ibn Battutah: Syeikh Said al-Hindi telah mengadap raja India, Muhammad Syah yang kemudian mengurniakan wang yang banyak kepadanya dan digunakan oleh beliau untuk dating ke Mekah.Di Mekah, Amir ‘Utaifah telah memenjarakannya dan meminta supaya beliau menyerahkan wangnya.Syeikh Said enggan berbuat demikian lalu beliau diseksa dengan ditekan kakinya.Akhirnya beliau menyerahkan 25000 dirham nuqrah.Kemudian Syeikh Said pulang semula ke negeri India dan aku melihatnya semasa berada di negeri tersebut.Beliau menumpang di rumah Amir Saifuddin Ghada ibn Hibatillah ibn Isa ibn Muhanna, amir orang Arab di Syam.Ghada ini telah tinggal di negeri India dan berkahwin dengan saudara perempuan raja India.

Raja India telah mengurniakan sejumlah wang kepada Syeikh Said.Beliau menyertai Wasyl, salah seorang pembantu Amir Ghada yang mahu menunaikan haji.Amir ini pula mengutus Wasyl supaya dia dapat membawa pulang pembantunya.Amir Ghada memberikan sejumlah wang kepada Wasyl dan beberapa hadiah yang berharga termasuklah sehelai jubah kehormat yang telah dikurniakan oleh raja India pada malam perkahwinannya dengan saudara perempuan baginda.Jubah ini diperbuat daripada sutera berwarna biru dan disulam dengan emas serta ditatah dengan permata, sehingga warnanya tidak kelihatan kerana terlalu banyak permata yang meliputinya.Amir itu turut memberikan 50000 dirham kepada Wasyl supaya dia boleh membeli seekor kuda yang benar2 terlatih untuknya.Syeikh Said pun bermusafir dengan ditemani oleh Wasyl dan mereka berdua telah membeli berbagai2 barang dengan wang yang dimiliki.

Apabila mereka berdua tiba di Pulau Suqutrah iaitu tempat tumbuhan lidah buaya suqutri memperoleh namanya, mereka telah diserang oleh lanun2 India yang dating dalam kumpulan kapal yang banyak.Penumpang2 kapal bertungkus-lumus mempertahankan diri dan akhirnya banyak yang terkorban di kedua2 pihak.Wasyl yang merupakan seorang pemanah telah berjaya membunuh beberapa orang lanun itu.Walau bagaimanapun, lanun2 tersebut berjaya mengalahkan kumpulan Wasyl dan telah melontarkan sebilah lembing kea rah Wayl sehingga dia luka parah dan meninggal dunia selepas itu.Setelah merampas semua harta, lanun2 tersebut membiarkan mereka menaiki kapal dengan barang serta sisa bekalan.

Kemudian mereka pergi ke ‘Adan dan di sanalah Wasyl meninggal dunia.Lanun2 tersebut biasanya tidak membunuh atau membuat seseorang lemas kecuali semasa peperangan.Mereka Cuma mengambil wang orang tersebut dan membebaskannya.Mereka juga tidak menangkap mamluk kerana berasal daripada rumpun bangsa yang sama.Syeikh Said telah menerima berita daripada raja India bahawa baginda hendak menyebarkan seruan ‘Abbasiyah di negerinya, sama seperti apa yang pernah dilakukan oleh raja2 India yang terdahulu.Contohnya seperti Sultan Syamsuddin Lalmisyi dan puteranya, Nasiruddin ataupun Sultan Jalaluddin Fairuz Syah serta Sultan Ghiyathuddin Balaban yang jubah kehormat mereka dibawa dari Baghdad.

Setelah Wasyl meninggal dunia, Syeikh Said mengadap Khalifah Abu al-‘Abbas, putera Khalifah Abu al-Rabi’ Sulaiman al-‘Abbas di Kaherah dan memaklumkan perkara tersebut kepada baginda.Khalifah lalu menulis sepucuk surat dengan tulisannya sendiri dan mewakilkan Syeikh Said sebagai penggantinya untuk pergi ke negeri India.Syeikh Said membawa surat tersebut ke Yaman dan di sana beliau telah membeli 3 helai jubah berwarna hitam.Kemudian beliau belayar pulang ke India.Apabila tiba di Kinbayat yang terletak dalam jarak sejauh perjalanan selama 40 hari dari Delhi iaitu ibu kota India, seorang pelapor menulis surat kepada raja untuk memaklumkan kedatangan Syeikh Said kepada Baginda yang membawa perintah khalifah serta suratnya sebagai jawapan .

Comments

Popular posts from this blog

Biografi Ringkas Imam an-Nawawi رحمه الله

Makrifah Tauhid Bagi Jazam

Aurat Lelaki Ketika Solat