Posts

Showing posts from August, 2012

Memadamkan Pertelingkahan

Image
Sejak zaman-berzaman, kebanyakan umat Islam di Semenanjung Tanah Melayu dan yang tinggal di Selatan Thailand merupakan pengikut golongan Kaum Tua(bermazhab Syafii).Mereka telah sinonim dan sebati dengan amalan2 talkin dan sepertinya.Tambahan pula,amalan2 seperti ini telah dibukukan di dalam kitab2 jawi kulit kuning yang dibacakan di pondok2 dan madrasah2 yang diasaskan oleh para Tuan Guru golongan Kaum Tua. Ulama tersohor seperti Syeikh Daud al-Fatanitelah mengarang sendiri berpuluh2 buah kitab jawi kulit kuning.Beliau yang dianggap sebagai mujaddid di Alam Melayu juga tidak lupa membicarakan amalan2 seperti ini di dalam kitab2 karangannya. Hakikatnya dalam masalah ini, tiada sesiapa atau tiada pihak yang boleh mendakwa bahawa pegangan merekalah yang paling betul dan paling tepat.Permasalahan bidaah amalan2 ini merupakan suatu perkara yang diperselisihkan oleh para ulama tersohor sejak lama dahulu. Contohnya Imam Syafii sendiri telah berpendapat bahawa bidaah adakalanya

Siratol Mustaqim

Image
Jalan lurus yang Allah perintahkan kita untuk menuntutnya adalah jalan yang menyampaikan kita ke hadratNya; yakni al-Ilmu Billah iaitu maqam Tauhid khusus.Ia adalah darjat ahli tauhid yang tertinggi setelah tauhid para Nabi dan Rasul.Untuk mencapainya, tidak dapat tidak mestilah menempuh jalan tarbiyah di bawah bimbingan Syeikh Mursyid yang Arif tentang perjalanan tasauf.Syeikh tersebut telah melalui maqam2 tasauf dengan zauq dan kasyaf, mengetahui maqam Fana’ dan Baqa’(jauhnya aku;he he), dan terhimpun padanya jazbah dan suluk.Ini kerana jalan ini begitu rumit. Syaitan yang mengganggu ahli jalan ini pakar tentang maqam2 tasauf dan juga tentang bencananya.Oleh itu mesti ada guru mursyid.Jika tidak sesatlah mereka yang melalui jalan ini daripada jalan sebenar.   Di dalam Lataiful Mina nada disebut yang bermaksud: “Sesiapa yang tidak ada baginya guru mursyid yang bersanad dan menunjuki tentang hatinya yang berpenyakit, maka ia adalah seorang anak buangan yang tidak mempunyai bapa

Ajari Anak2 Cintakan Rasulullah SAW

Image
Ajarkanlah anak2 kamu bahawasanya Nabi Muhammad SAW adalah Nabi Pilihan dan Nabi yang utama serta Rasul yang akhir. Ajarkanlah anak2 kamu bahawasanya Baginda SAW sebelum diangkat menjadi Rasul terkenal sebagai “as-Sodiqul Amin” – orang yang benar lagi jujur.Dan setelah diangkat menjadi Rasul, Baginda merupakan rahmat yang dianugerahkan Allah kepada sekelian alam. Ajarkanlah anak2 kamu bahawasanya Baginda SAW adalah hasil doa Nabi Ibrahim a.s dan berita2 baik yang telah dikhabarkan oleh Musa dan Isa a.hima.s.Dan Baginda adalah Imam para Nabi. Ajarkanlah anak2 kamu bahawasanya Baginda SAW adalah sebaik2 orang yang beriman dengan ajaran yang dibawanya.Dan Baginda telah menunaikan amanah ini, menasihati umat dan telah berjuang pada jalan Allah hingga ke akhir hayatnya. Ajarkanlah anak2 kamu bahawasanya Baginda SAW lebih utama buat orang Mukminin dari diri mereka sendiri.Dan Bagindalah satu2nya Nabi yang telah diambil janji oleh Allah daripada sekelian Nabi un