Ajari Anak2 Cintakan Rasulullah SAW

Ajarkanlah anak2 kamu bahawasanya Nabi Muhammad SAW adalah Nabi Pilihan dan Nabi yang utama serta Rasul yang akhir.

Ajarkanlah anak2 kamu bahawasanya Baginda SAW sebelum diangkat menjadi Rasul terkenal sebagai “as-Sodiqul Amin” – orang yang benar lagi jujur.Dan setelah diangkat menjadi Rasul, Baginda merupakan rahmat yang dianugerahkan Allah kepada sekelian alam.

Ajarkanlah anak2 kamu bahawasanya Baginda SAW adalah hasil doa Nabi Ibrahim a.s dan berita2 baik yang telah dikhabarkan oleh Musa dan Isa a.hima.s.Dan Baginda adalah Imam para Nabi.

Ajarkanlah anak2 kamu bahawasanya Baginda SAW adalah sebaik2 orang yang beriman dengan ajaran yang dibawanya.Dan Baginda telah menunaikan amanah ini, menasihati umat dan telah berjuang pada jalan Allah hingga ke akhir hayatnya.

Ajarkanlah anak2 kamu bahawasanya Baginda SAW lebih utama buat orang Mukminin dari diri mereka sendiri.Dan Bagindalah satu2nya Nabi yang telah diambil janji oleh Allah daripada sekelian Nabi untuk menerangkan kepada umat mereka tentang Baginda.

Ajarkanlah anak2 kamu bahawasanya Baginda SAW adalah seorang manusia yang telah mendapat wahyu.Dan Baginda adalah teladan yang baik bagi siapa yang berharap akan keredhaan Allah dan keselamatan pada hari kemudian serta mengingati Allah sebanyak2nya.

Ajarkanlah anak2 kamu bahawasanya Allah Taala telah bersumpah dengan kehidupan NabiNya Muhammad SAW tidak dengan Nabi2 yang lain.Dan Allah telah mengutamakan Baginda di dalam percakapanNya atas sekelian Nabi dan Rasul.

Semaikan di dalam hati anak2 kamu kecintaan kepada Rasulullah SAW dan kecintaan kepada keluarganya(Ahlul Bait) yang suci lagi baik.Dan ingatkat mereka dengan sabdanya SAW:

من أحبني فقد أحب الله, ومن أطاعني فقد أطاع الله

“Barangsiapa cintakan Aku, maka dia telah cintakan Allah.Dan barangsiapa taat kepadaku maka dia telah taat kepada Allah.”

Katakan kepada anak2 kamu bahawasanya seorang mukmin itu tidak akan benar beriman dan tidak akan merasa kemanisan iman hinggalah Allah dan RasulNya lebih dicintainya daripada yang lain2.

Allah berfirman dalam surah al-Ahzab:ayat 21 yang bermaksud: “Sesungguhnya pada diri Rasulullah bagi kamu adalah teladan yang baik”

Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Hendaklah kamu mengikut sunnahku dan sunnah Khalifah2 yang terpimpin sesudahku.Gigitlah sunnah2 itu kuat2 dengan geraham kamu.”

Oleh kerana itu, maka sudah sewajibnyalah atas kita: mengajar anak2 kita:
1)Cintakan Allah dan cintakan Rasulullah SAW.
2)Cintakan keluarga NabiNya yang suci bersih.
3)Cintakan para sahabatnya yang mulia lagi ikhlas.

Ya Allah ajarkanlah kami dan muliakanlah kami dengan kecintaan kepada mereka dan cintakan sesiapa yang dicintai mereka…!

Comments

Popular posts from this blog

Biografi Ringkas Imam an-Nawawi رحمه الله

Makrifah Tauhid Bagi Jazam

Aurat Lelaki Ketika Solat