Posts

Showing posts from August, 2013

Imam Jaafar as-Sodiq

Image
 Gambar di atas adalah Syeikh Soleh al-Ja'fari yang merupakan bekas Imam Masjid al-Azhar dan berketurunan Imam Jaafar as-Sodiq Imam Jaafar as-Sodiq ialah cicit kepada cucu Rasulullah.Namanya ialah Jaafar b Muhammad b Ali b Husain b Ali b Abi Talib.Ulama besar ini dikenali juga dengan nama Jaafar as-Sodiq.Beliau dilahirkan pada tahun 80 H. Dari sebelah ayahnya, nasab beliau bersambung hingga Sayyidina Ali r.a sementara dari sebelah ibunya pula, nasab beliau bersambung hingga Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq. Selain mulia dari segi nasabnya, Jaafar as-Sodiq juga sangat alim dan memiliki ilmu yang sangat luas.Beliau diakui sebagai salah seorang ulama besar kota Madinah pada masa itu.Disebabkan itu, Syiah mendakwa Imam Jaafar sebagai imam mereka.Namun, beliau sendiri sangat membenci Syiah kerana mereka suka mencela Abu Bakar as-Siddiq, moyang beliau sendiri. GURU-GURU Imam Jaafar berguru dengan ramai ulama Madinah.Antaranya ialah ayahnya sendiri Muhammad al-Ba