Posts

Showing posts from November, 2013

Kisah Kecintaan & Kerinduan Para Kekasih Nabi SAW

Image
Rasulullah sallallahu 'alaihi wassallam dalam sabdanya: مِنْ أَشَدِّ أُمَّتِي لِي حُبًّا نَاسٌ يَكُونُونَ بَعْدِي يَوَدُّ أَحَدُهُمْ لَوْرَآنِي بِأَهْلِهِ وَمَالِه   “Antara umatku yang paling mencintaiku adalah orang-orang yang hidup selepasku, salah seorang dari mereka sangat ingin melihatku walaupun terpaksa menebus dengan keluarga dan harta.”[HR Muslim]. Hadith seperti ini juga diriwayatkan oleh Abu Zar r.a. Hadith Umar r.a seperti yang telah lepas(dalam bab sebelum ini) juga menyebut perkataan Umar r.a kepada Nabi SAW: لأنت أحب إلي من نفسي “Sesungguhnya kamu lebih aku kasihi daripada diriku.” Daripada Amru ibn al-‘As r.a berkata: ما كان أحد أحب إلي من رسول الله (ص) “Tiada seorang pun yang lebih aku kasihi daripada Rasulullah SAW.” Daripada ‘Abdah bt Khalid b Ma’dan berkata: Tidaklah Khalid r.a berbaring di atas tempat tidurnya, melainkan dia menyebut2 kerinduannya terhadap Rasulullah SAW dan sahabat2 Baginda SAW dari kalangan Muhajiri

Kewajipan Mencintai dan Memuliakan Rasulullah SAW

Image
Allah berfirman dalam surah at-Taubah ayat 24 yang bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika bapa2 kamu, anak2 kamu, saudara2 kamu, isteri2 (atau suami2) kamu, kaum keluarga kamu, harta benda yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah2 tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara2 yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya, dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mndatangkan keputusanNya (azab siksaNya); kerana Allah tidak akan member petunjuk kepada orang2 yang fasiq (derhaka).” Di dalam ayat di atas, Allah memberikan ancaman dan menjanjikan balasan yang dahsyat bagi orang yang mengasihi keluarga dan harta bendanya melebihi kecintaannya terhadap Allah dan RasulNya SAW.Cukuplah ancaman dan balasan ini menjadi motivasi, peringatan, dalil yang jelas dan hujjah yang kuat bagi menunjukkan thabitnya kewajipan mengasihi Nabi SAW, membesarkan kedudukan Baginda SAW, dan tuntutan melaksana