Posts

Showing posts from April, 2010

Habib Munzir bin Fuad al-Munsawa

Habib Munzir bin fuad Almusawa Habib Munzir merupakan anak murid kpd Habib Umar.Pernah suatu hari ketika dia mengangkat jari telunjuknya ke langit hingga awan terbentuk kalimah Allah. Demikian pula ketika beliau masuk ke wilayah Beji Depok, yg terkenal dg sihir dan dukun2 jahatnya.Maka selesai acara hb munzir malam itu, keesokan harinya seorang dukun mendatangi panitya, ia berkata : saya ingin jumpa dgn tuan guru yg semalam buat maulid disini!!, semua masyarakat trkejut, kerana dia dukun jahat dan tak pernah solat dan tak mahu ... Lihat seterusnya..dekat dgn ulama dan sangat ditakuti, ketika ditanya kenapa??, ia berkata : saya mempunyai 4 Jin khodam, semalam mereka lenyap. Lalu subuh tadi saya lihat mereka (Jin jin khodam itu) sudah pakai baju putih dan serban, dan sudah masuk islam, ketika ku tanya kenapa kalian masuk islam, dan jadi begini??, maka jin-jin ku berkata : apakah juragan tidak tahu?, semalam ada Kanjeng Rasulullah SAW hadir di acara Hb Munzir, kami masuk islam.!! Kejadian

Syeikh Fuad al-Maliki

Beliau merupakan anak jati Negeri Sembilan yang berasal dari Kampung Chenong Chengkau Rembau Negeri Sembilan Darul Khusus. Dilahirkan pada 16 September 1974 dan merupakan anak kelahiran pertama di kampungnya. Oleh itu, gelaran al Rembawi dinisbahkan kepada daerah kampungnya Rembau. Gelaran Ahmadi pula dianugerahkan oleh gurunya Sayyid Idris ibn Sayyid Mustafa al Hasani. Manakala gelaran al Maliki pula dianugerahkan oleh gurunya Sayyid Muhammad ibn ‘Alawi al Maliki al Hasani RA yang menisbahkan beliau kepada nama keluarganya al Maliki setelah menganggap beliau sebagai anaknya. Di dalam bidang feqah, beliau bermazhab Syafi'i. Manakala di dalam bidang tauhid beliau berpegang dengan methodologi Imam Abu Hasan al Asy’ari RA dan Imam Abu Mansur al Maturidi RA. Manakala di dalam bidang tasawwuf beliau berpegang dengan manhaj tasawwuf Imam Junaid al Baghdadi RA. KARYA-KARYANYA Beliau amat gigih dalam arena penulisan serta menekankan disiplin yang tinggi mengenainya. Setiap waktu dim

Tawassul

Pengertian Tawassul Pemahaman tawassul sebagaimana yang dipahami oleh umat islam selama ini adalah bahwa Tawassul adalah berdoa kepada Allah melalui suatu perantara, baik perantara tersebut berupa amal baik kita ataupun melalui orang sholeh yang kita anggap mempunyai posisi lebih dekat kepada Allah. Jadi tawassul merupakan pintu dan perantara doa untuk menuju Allah SWT. 1) Orang yang bertawassul dalam berdoa kepada Allah menjadikan perantaraan berupa sesuatu yang dicintainya dan dengan berkeyakinan bahwa Allah SWT juga mencintai perantaraan tersebut. 2) Orang yang bertawassul tidak boleh berkeyakinan bahwa perantaranya kepada Allah boleh memberi manfaat dan mudarat kepadanya. Jika ia berkeyakinan bahwa sesuatu yang di jadikan perantaraan menuju Allah SWT itu boleh memberi manfaat dan mudarat, maka dia telah melakukan perbuatan syirik, karena yang boleh memberi manfaat dan mudarat sesungguhnya hanyalah Allah semata. 3) Tawassul merupakan salah satu cara dalam berdoa. Banyak

Majmu' Fatawa Ibnu Taimiyyah

Syaikh Umar Abdullah Kamil pernah ditanya berhubung Majmu' Fatawa Ibnu Taimiyyah itu. Syaikh Dr. Umar beritahu bahawa susah kalau kita nak kata majmuk tersebut 100% hasil karya Ibnu Taimiyyah kerana waktu itu Ibnu Taimiyyah dalam penjara, dan kertas serta alat tulis waktu itu tidaklah semudah dan seperti zaman kita ini. Jadi bagaimana pulak Ibnu Taimiyyah tulis. Dr. Umar juga maklumkan bahawa banyak fakta dalam majmuk tersebut yang tidak tepat, contoh dalam 108 (kalau tak salah ingat akulah) perkara yang dikatakan oleh Ibnu Taimiyyah sebagai ijmak ulama maka 99 daripadanya adalah bukan ijmak. Bagi kita mudah je, Ibnu Taimiyyah bukan ulama pegangan dalam mazhab kita, so yang kita dok bawak kalam dia mende.... carilah kalam ulama kita sendiri sudah. Tapi malangnya la ni ramai yang tak reti nak baca kalam ulama kita terdahulu sebab tak berguru, so dia carilah yang mudah difahami tanpa perlu berguru, maka hasilnya haru biru bercelaru.

Aku mencintai Rasulullah SAW dan Ahli Baitnya

Apabila ditanya siapakah manusia yang paling aku cintai pasti aku menjawab Rasulullah SAW. Setelah itu anak kesayangannya, Sayyidah Fatimah dan menantunya,Sayyidina Ali dan kedua cucunya Sayyidina Hassan dan Hussin serta keturunan mereka yang mulia.Adakah aku akan dianggap Syiah?

Sifat Ubudiyah adalah yang paling Mulia

Tiada suatu sifat yang lebih mulia bagi orang mukmin daripada sifat ubudiyah.Kerana itulah Allah Taala berfirman kepada kekasihNya yang terpilih pada malam Isra' yakni waktu termulia Baginda "Subhanallazi asra bi 'abdihi". Kalaulah Baginda mempunyai sifat yang lebih mulia daripada ubudiah sudah tentulah disebut di maqam yang tertinggi ini. Kerana inilah juga ketika Baginda (S) diberi pilihan antara menjadi Nabi yang menjadi Raja atau Nabi yang menjadi Hamba Baginda memilih yang kedua kerana mengetahui kemuliaan Ubudiyah. Ubudiah Baginda (S) lebih mulia daripada nubuwah dan risalahnya.Sebabnya kerana sifat ini menunjukkan kepada kesempurnaan Allah dan ketinggianNya serta berhajat segala makhluk kepadaNya dalam segala urusan.