Sifat Ubudiyah adalah yang paling Mulia

Tiada suatu sifat yang lebih mulia bagi orang mukmin daripada sifat ubudiyah.Kerana itulah Allah Taala berfirman kepada kekasihNya yang terpilih pada malam Isra' yakni waktu termulia Baginda "Subhanallazi asra bi 'abdihi".

Kalaulah Baginda mempunyai sifat yang lebih mulia daripada ubudiah sudah tentulah disebut di maqam yang tertinggi ini.

Kerana inilah juga ketika Baginda (S) diberi pilihan antara menjadi Nabi yang menjadi Raja atau Nabi yang menjadi Hamba Baginda memilih yang kedua kerana mengetahui kemuliaan Ubudiyah.

Ubudiah Baginda (S) lebih mulia daripada nubuwah dan risalahnya.Sebabnya kerana sifat ini menunjukkan kepada kesempurnaan Allah dan ketinggianNya serta berhajat segala makhluk kepadaNya dalam segala urusan.

Comments

Popular posts from this blog

Biografi Ringkas Imam an-Nawawi رحمه الله

Makrifah Tauhid Bagi Jazam

Aurat Lelaki Ketika Solat