Posts

Showing posts from September, 2011

Raqib dan Atid:2 Malaikat atau Malaikat yang sama

Tadi sewaktu ajar subjek Tauhid Form 2 terjumpa fakta mengejutkan yang tak pernah ditemui sebelum ni.Malaikat Raqib bukanlah pencatat amalan kebajikan dan Malaikat Atid bukannya pencatat amalan kejahatan sebagaimana difahami kebanyakan orang(termasuk saya sebelum ni).Hakikatnya Raqib Atid adalah 2 sifat bagi Malaikat yang mencatat amalan baik dan buruk. Ayat berkenaan Raqib Atid adalah surah Qaf ayat 18 yang bermaksud: "Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya(atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan di sisinya Malaikat Raqib Atid" Balik ke rumah saya membuka beberapa buah tafsir yang muktabar dan terbukti tafsirannya adalah sama seperti kitab yang diajar di sekolah.Dalam tafsir Jalalain misalnya, Raqib ditafsirkan sebagai Hafiz(memelihara) dan Atid ditafsirkan sebagai Hadir.Kedua2nya dengan makna musanna( 2 Malaikat) Yakni tiada disebut perkataan melainkan Malaikat mencatit setiap lafaz.Jadi setian insan mempunayi 2 Malaikat yang bersifat dangan Raqib Atid.Kedua2 M

Berita Gembira Kepada Golongan Asya'irah

Image
Terdapat hadis sahih yang telah menceritakan kebenaran pegangan Imam al-Asy'ari yang mana beliau ialah cucu kepada seorang sahabat Nabi SAW iaitu Abu Musa al-Asy'ari.Ketika turunnya ayat 54 surah al-Maidah yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman!Sesiapa antara kamu murtad daripada agamanya maka Allah akan datangkan suatu KAUM yang dicintai oleh Allah dan mereka pula mencintaiNya(baca sampai habis ayat) Al-Hafiz Ibnu Asakir meriwayatkan dalam kitabnya Tabyin Kazbil Muftari dan al-Hakim meriwayatkan dalam kitabnya al-Mustadrak sebab turun ayat di atas: "Tatkala turunnya ayat ini, lalu Rasulullah SAW bersabda: "Mereka kaummu wahai Abu Musa, dan Rasulullah SAW menunjukkan dengan tangan Baginda kepada Abu Musa al-Asy'ari" Imam al-Hakim menghukumkan hadis di atas sebagai sahih atas syarat Sahih Muslim.Hadis di atas juga diriwayatkan oleh at-Tabari dalam kitab tafsirnya, Ibnu Abi Hatim, Ibnu Sa'd dalam kitabnya at-Tabaqat al-Kubra dan at-Tabarani dalam k

Hukum hudud sesuai di Malaysia

Hukum hudud sesuai dan boleh dilaksanakan di negara ini pada bila-bila masa kerana Malaysia sebuah negara Islam yang majoritinya beragama Islam. Hukum hudud boleh dilaksanakan di negara ini jika kerajaan bersedia menggubal Akta Mahkamah Syariah. Sebagai umat Islam, kita perlu bersedia melaksanakan hukum Allah. Bagaimanapun, perkara itu perlu melalui beberapa proses dan Akta Mahkamah Syariah perlu dipinda. Jika Kelantan mahu laksana hudud mereka boleh lakukan, tetapi melaksanakan hukum itu perlu pindaan Akta Mahkamah Syariah terlebih dahulu. Mohamad Isa berkata, mana-mana negeri boleh melaksanakan hukum hudud, tetapi perlu diusulkan terlebih dahulu di Parlimen untuk meminda Akta Mahkamah Syariah di bawah Bidang Kuasa Jenayah 1984. Menurutnya, bidang kuasa yang ada hukumannya terhad dan jika Kerajaan Negeri mahu melakukan hukum hudud perlu perluaskan lagi mengikut hukum tersebut. “Hukuman terhadap jenayah syariah hari ini adalah, penjara selama lima tahun atau denda RM5,00