Tuesday, September 27, 2011

Raqib dan Atid:2 Malaikat atau Malaikat yang sama

Tadi sewaktu ajar subjek Tauhid Form 2 terjumpa fakta mengejutkan yang tak pernah ditemui sebelum ni.Malaikat Raqib bukanlah pencatat amalan kebajikan dan Malaikat Atid bukannya pencatat amalan kejahatan sebagaimana difahami kebanyakan orang(termasuk saya sebelum ni).Hakikatnya Raqib Atid adalah 2 sifat bagi Malaikat yang mencatat amalan baik dan buruk.

Ayat berkenaan Raqib Atid adalah surah Qaf ayat 18 yang bermaksud: "Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya(atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan di sisinya Malaikat Raqib Atid"

Balik ke rumah saya membuka beberapa buah tafsir yang muktabar dan terbukti tafsirannya adalah sama seperti kitab yang diajar di sekolah.Dalam tafsir Jalalain misalnya, Raqib ditafsirkan sebagai Hafiz(memelihara) dan Atid ditafsirkan sebagai Hadir.Kedua2nya dengan makna musanna( 2 Malaikat)

Yakni tiada disebut perkataan melainkan Malaikat mencatit setiap lafaz.Jadi setian insan mempunayi 2 Malaikat yang bersifat dangan Raqib Atid.Kedua2 Malaikat bersifat dengan Raqib iaitu menjaga amalan dan bersifat Atid iaitu Hadir(sentiasa bersama) hamba dan tidak meninggalkannya sama ada ketika jaga atau tidur.Maksudnya Malaikat tersebut adalah dua.Satu mencatat kebajikan dan satu lagi mencatat kejahatan.Kedua2nya disebut Raqib Atid.

Ayat ini dan seumpamanya dalil kepada maqam Muraqabah.Sewajarnya bagi hamba untuk malu kepada Allah untuk melakukan sesuatu yang dia sendiri malu jika disebarkan seperti syahwat yang terlarang, berpura2 dengan makhluk,buruk akhlak,iktikad yang sesat dll.

Itu adalah untuk amalan zahir.Manakala amalan hati ia hak milik mutlak Allah yang mengetahunya.Inilah ikhlas.

Mengikut Imam al-Qusyairi: "Ayat ini juga isyarat kepada kesempurnaan inayah Allah kepada hambaNya.Di mana Allah menciptakan bagi setiap hamba dua Raqib di kalangan Malaikat untuk menjaganya di waktu malam dan siang.Ketika ia duduk satu di sebelah kanan dan satu di sebelah kiri.Ketika berdirin satu di sisi kepala dan satu di sisi kaki.Ketika berjalan satu di depan dan satu di belakang.

2 comments:

Azie Resad said...

Terima kasih sbb kongsi ilmu ini. Sangat berguna untuk saya. Assalamualaikum.

Muhammad Faiq said...

terima kasih