Berita Gembira Kepada Golongan Asya'irah


Terdapat hadis sahih yang telah menceritakan kebenaran pegangan Imam al-Asy'ari yang mana beliau ialah cucu kepada seorang sahabat Nabi SAW iaitu Abu Musa al-Asy'ari.Ketika turunnya ayat 54 surah al-Maidah yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman!Sesiapa antara kamu murtad daripada agamanya maka Allah akan datangkan suatu KAUM yang dicintai oleh Allah dan mereka pula mencintaiNya(baca sampai habis ayat)

Al-Hafiz Ibnu Asakir meriwayatkan dalam kitabnya Tabyin Kazbil Muftari dan al-Hakim meriwayatkan dalam kitabnya al-Mustadrak sebab turun ayat di atas: "Tatkala turunnya ayat ini, lalu Rasulullah SAW bersabda: "Mereka kaummu wahai Abu Musa, dan Rasulullah SAW menunjukkan dengan tangan Baginda kepada Abu Musa al-Asy'ari"

Imam al-Hakim menghukumkan hadis di atas sebagai sahih atas syarat Sahih Muslim.Hadis di atas juga diriwayatkan oleh at-Tabari dalam kitab tafsirnya, Ibnu Abi Hatim, Ibnu Sa'd dalam kitabnya at-Tabaqat al-Kubra dan at-Tabarani dalam kitab al-Mu'jam al-Kabir.Al-Hafiz al-Haithami berkata dalam kitabnya Mujma' az-Zawaid bahawa rijal (para perawi) hadis tersebut adalah sahih.

Al-Imam al-Qurtubi berkata dalam kitab tafsirnya menaqalkan daripada kata2 Imam al-Qushayri: "Maka para pengikut Abu Hasan al-Asy'ari adalah termasuk kaumnya kerana setiap tempat yang disandarkan di dalamnya oleh suatu kaum kepada seseorang Nabi maka maksudnya ialah para pengikut."

Comments

Popular posts from this blog

Biografi Ringkas Imam an-Nawawi رحمه الله

Makrifah Tauhid Bagi Jazam

Aurat Lelaki Ketika Solat