Posts

Showing posts from September, 2013

Berkumpul Untuk Berzikir

Image
Sayyidina Muawiyah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW menemui para sahabat dalam suatu halaqah. “Apa yang membuat kamu semua berkumpul di sini?” Tanya Baginda. “Kami berkumpul untuk berzikir dan memuji Allah kerana telah memberikan hidayah sehingga kami memeluk Islam,” jawab mereka. “Allah..., hanya itukah yang membuat kamu semua berkumpul?” “Allah…, hanya itu yang membuat kami berkumpul.” “Sesungguhnya aku tidak mengajarkan itu pada kamu semua, namun Jibril datang padaku dan memberitahu bahawa Allah memuji kamu semua di hadapan para malaikat.”(HR Muslim) Sayyidina Anas b Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Jika kamu semua melalui taman syurga, sebaiknya kamu semua singgah,” “Apa taman syurga itu?” “Halaqah zikir.” (HR Tirmizi) Sayyidina Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah memiliki malaikat yang berada pada jalan2.Apabila bertemu dengan golongan yang berzikir yang memohon sesuatu, dia berkata, “T