Posts

Showing posts from July, 2011

Dalil demontrasi aman

Image
PANDANGAN ULAMA’ YANG MEMBENARKAN DEMONTRASI Shaikh Yusuf Qaradawi, Khalid bin Mun’im ar-Rifa’ie DALIL Dalil 1 الأصل في الأشياء الإباحة حتى يدل الدليل على التحريم “Asal bagi setiap sesuatu itu adalah harus sehinggalah ada dalil menunjukan pengharamannya” Harus diperhatikan, demonstrasi ini adakah amalan ibadah khususiah atau adat @ muamalat. Jelas, demonstrasi bukanlah daripada amalan ibadah khususiah yang sudah ada dalil yang menentukan keharusan dan keharamannya. Ia terbuka hukumnya mengikut keperluan semasa. Oleh kerana tidak ada dalil yang secara jelas dan terang mengharamkan demonstrasi, maka ia bergantung kepada faktor-faktor luaran untuk menentukan hukumnya. Antara faktor yang menentukannya ialah TUJUAN DEMONSTRASI. Sekiranya tujuannya tidak bercanggah dengan syara’, maka ia adalah diharuskan. Mari kita melihat apakah tuntutan BERSIH 2.0 ini: i. Membersihkan senarai undi ii. Reformasi kepada undi pos iii. Guna dakwat kekal iv. Tempoh