Posts

Showing posts from February, 2014

Al-Quran dan Sunnah sebagai sumber hukum utama

Image
Kata Imam Hasan al-Banna dalam usul kedua: “Al-Quran al-Karim dan as-Sunnah yang suci adalah sumber rujukan bagi semua Muslim untuk mengetahui hokum-hakam di dalam Islam.Al-Quran difahami selari dengan kaedah Bahasa Arab tanpa memberat2kan dan membuta tuli dan memahami hadis yang suci bersumberkan periwayat2 yang siqah.” Imam al-Banna telah menetapkan sumber pokok untuk memahami al-Quran ialah Bahasa Arab dan makna2 yang jelas dan dalil2 yang dekat.Beliau juga mengingkari perkara yang memberat2 dan melulu dalam memahaminya.Al-Quran al-Karim difahami sejajar dengan kaedah2 bahasa Arab tanpa memberat2kan dan berwenang2. Maka sesiapa yang ingin memahami al-Quran adalah dengan memahami Bahasa Arab.Tiada cara lain untuk memahaminya selain dari cara ini.Sesungguhnya antara petunjuk para sahabat ialah menjauhi dari terlalu membebankan dalam memahami al-Quran dan mereka menegah cara sebegini. Imam al-Banna bukan sahaja setakat membimbing ke arah sumber yang sahih bagi hoku