Posts

Showing posts from 2007

Aurat wanita

Kata Sayyid Ahmad ar-Rifai, berbicara kepadaku Tok guruku, tuan Syeikh teladan,Ali al-Wasiti radiallahuanhu, katanya telah berbicara kepadaku Abul Fawaris Tharrad b Muhammad az-Zabibi,katanya telah berbicara padaku Abul Hassan Muhammad b Zarquaih, katanya telah berbicara kepadaku Abu Jakfar Muhammad b Yahya ath-Tha’I daripada Sufyan b Uyainah daripada az-Zuhri daripada Abu Salamah daripada Abu Hurairah ra daripada Nabi SAW sabdanya yang bermaksud: “Tasbih itu untuk lelaki, dan tepukan pula untuk permpuan(yakni di dalam solat)” Diriwayatkan oleh Bukhari,Muslim,Abu Daud,at-Tirmizi dan an-Nasa’l. Hadis ini menunjukkan tentang hukum Imam yang terlupa sesuatu di dalam solat.Maka yang mengingatkannya jika lelaki hendaklah dengan menyebut Subhanallah dan jika wanita dengan menepukkan sebelah tangan pada tapan tangan yang lain.Demikian yang ditunjukkan dalam hukum fiqh. Tetapi pengulas hadis ini menonjolkan perkara yang lebih jauh.Iautu betapa syariat Islam mengambil berat untuk menjaga aurat
kat sebuah kg, terdapat sekumpulanremaja yang suka lepak. sorang nameali, budin dan ciko. aktiviti depa ni,menyebabkan mate tok imam kat kg tutak senang. pada satu hari, tok imamtu datang nak tarbiyah depa ni. makaberlakulah pentekaran kecil antara dugolongan tersebutt. nak di pendekkancite. tok imam tu mencabar mangkuk 3ekor 2 ke surau. si ali berkata" tokingat kami ni jahil sangat ke? takpakami buktikan yang kami bukan nyejahil seperti yang si sangkakan". makapegilah tiga ekor tu ke surau. tokimam menyuruh ali untuk azan. ali puntanpa berlengah terus je"allahtaala... .allahtaala..". makaterselahlah kejahilan ali. bila naksembahyang je, tok imam td anggakattakbirat ulikram.... angkat sekali takkusyuk g.. angkat 2 kali tak kyusyukg.. masuk je kali yang ketiga.. budinpanggil tok imam " tok duduk katbelakang, biar saye je yang imam" tokimam pun undur le kebelakang. budinpun angkat le takbiratul ikram...allhahua kbar.... maka si makmum punngikut le si budin n
Bush Bersumpah Akan Menyerang Siapa Saja yang Ingin Kekhilafahan di Timur Tengah London, UK, 28 august 2007, - George W Bush’s menegaskan akan menyerang siapapun yang menginginkan pendirian kembali Kekhilafahan Islam di Timur Tengah, sebagai bagian dari “perang melawan teror”, yang menegaskan kembali seberapa jauh pemerintah Barat akan mengejar, untuk membalik keadaan rejim tiran di wilayah tersebut, tanpa mengindahkan keinginan perubahan politik dari massa di dunia Islam. Dalam pidatonya pada taklimat Tentara Amerika ke 89 , Presiden Bush berbicara mengenai “ekstremis” yang mesti dilawan oleh Amerika. Dia berbicara dalam konteks bahwa “ekstremis” adalah “keinginan untuk menjejalkan visi gelap yang sama sepanjang Timur Tengah dengan menegakkan ke-Khilafahan radikal dan penuh kekerasan yang wilayahnya merentang dari Spanyol ke Indonesia. Dan juga ekstemis dalam konteks “ekstremis Shiah, yang didukung dan dibentuk oleh rezim yang duduk di Tehran” Pernyataannya digaungkan oleh Presiden Ni

PAS patut bangga dengan angkasawan

Pas Patut Berbanggalah Dengan Angkasawan Melayu Pertama Negara! Pembangkang terutama dari Pas yang mendakwa sebuah parti yang memperjuangkan Islam, sepatutnya berbangga dengan pencapaian bekas pelajar MRSM Muar, Sheikh Muszaphar yang menjadi orang Islam ketiga menjelajah kaki ke angkasa. Lebih membanggakan lagi, beliau menjadi orang pertama melakukan kewajipan ibadat puasa dan solat di angkasa lepas. Ini membuktikan bahawa ajaran Islam itu mudah serta praktikal dan tidak mempunyai halangan untuk dipratikkan walaupun di mana sahaja. Terima kasih kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kerana telah menyediakan garis panduan ibadat di angkasa lepas. Nampaknya kita merupakan negara Islam yang terkedepan dalam memartabatkan ajaran Islam dalam ruang lingkup fiqh bab ini. Sesungguhnya program angkasawan pertama negara yang dimulakan oleh mantan Perdana Malaysia, Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamad yang kemudian disambung oleh Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Ab

Zakat menurut pandangan Tariqat

Zakat itu terbahagi kepada 2 jenis: Pertama, zakat yang ditentukan oleh syariat. Kedua, zakat menurut pandangan ahli tariqat. Zakat jenis pertama telah pun makruf.Yang ingin dibicarakan di sini adalah zakat jenis kedua. Zakat dari sudut pandangan tariqat ialah sebahagian dari "harta kerohanian" yang diperolehi oleh seseorang itu dibagi-bagikan kepada mereka yang memerlukan iaitu kepada fakir miskin dalam bidang kerohanian. Apa saja yang dihulurkan untuk tujuan berzakat adalah pada hakikatnya terlebih dahulu jatuh pada "tangan" Allah sebelum ianya sampai ke tangan penerimanya.Oleh yang demikian tujuan zakat bukanlah sebenarnya untuk kita membantu fakir miskin itu kerana Allah sendiri adalah Maha Pemberi segala keperluan termasuk orang2 yang fakir miskin itu.Tetapi rahsia sebenarnya di sebalik itu ialah untuk menjadikan niat pemberi zakat itu diterima oleh Allah. Mereka yang hampir dengan Allah membagi-bagikan ganjaran kerohanian hasil dari ibadat dan amal solehnya de

Faedah Taqwa

Faedah Taqwa: 1)Mendapat jalan keluar daripada tekanan hidup dengan rezeki sentiasa datang berlimpah-ruah tanpa diduga lagi. 2)Mendapat petunjuk. 3)Mendapat ilmu ladunni. 4)Mampu membezakan ketika timbul kekeliruan atau berlaku sesuatu kemusykilan.Juga sebagai penebus kesalahan dan penyuci segala dosa. 5)Mendapat pimpinan dari Allah. 6)Mendapat perlindungan dari Allah. 7)Mendapat keselamatan. 8)Mendapat jaminan masuk syurga. 9)Allah menyebut taqwa dalam lebih daripada 70 ayat dalam al-Quran. Bisyr al-Hafi pernah bersyair yang bermaksud: "Matinya seorang yang bertaqwa adalah hidup yang kekal abadi, Kerap orang yang hidup dalam anggapan ramai sama seperti mati" Imam al-Ghazali telah berkata:Taqwa yang tersebut di dalam al-Quran mempunyai 3 pengertian: 1)Takut dan gerun. 2)Taat dan ibadat. 3)Menyingkirkan hati dari segala rupa dosa.Dan pengertian inilah yang menjadi hakikat taqwa. Kesimpulannya, bahawa taqwa itu merupakan penyingkiran diri dari perkara-perkara yang boleh menyeba
Orang Melayu tertinggi tidak daftar sebagai pemilih Oleh: SAIFULIZAM MOHAMAD PUTRAJAYA 22 Sept. – Orang Melayu masih merupakan golongan tertinggi yang tidak mendaftar sebagai pengundi walaupun pelbagai program diatur untuk memudahkan mereka mendaftar. Dalam program Gerakan Perdana Pendaftaran Pemilih yang berakhir bulan lepas, 90 peratus daripada 1.5 juta rakyat yang tidak mendaftar adalah orang Melayu dan kaum bumiputera yang lain. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman berkata, program yang menetapkan sasaran sebanyak 2.5 juta pemilih baru itu, mendapati sebahagian besar daripada sejuta pemilih baru yang mendaftar adalah bukan bumiputera. “Secara keseluruhannya usaha itu gagal menarik kaum bumiputera termasuk penduduk pribumi di Sabah dan Sarawak. Saya tidak tahu apakah punca mereka tidak mahu berbuat demikian. “Umur mereka pula adalah dalam lingkungan 21 hingga 35 tahun. Saya pun hairan dengan sikap tidak endah mereka. Mereka langsung tidak sedar keg

Pengerusi OIC karut

Nasib Palestin: Pengerusi OIC lari ikut pintu belakang KUALA LUMPUR, 18 Sept: Kenyataan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bahawa Amerika boleh selesaikan isu Palestin jika dia jujur disifatkan sebagai 'Lari melalui pintu belakang'. Ketua Penerangan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Herman Samsudeen dalam kenyataannya berkata, kenyataan Abdullah itu melambangkan beliau cuba melepaskan tanggungjawabnya kepada pihak lain. "Banyak berpendapat jika Amerika Syarikat benar-benar mahu menjadi 'broker' (pengantara) yang adil, mereka akan berjaya. Israel sentiasa berpegang kepada beberapa perjanjian dicapai sebelum ini," kata Abdullah dalam temubual dengan stesen televisyen, Australia Network, menerusi program Asia Pacific Focus yang disiarkan, semalam. Kepada soalan pengacara program itu, Helen Vatsikopolous, Perdana Menteri turut berkata, bahawa beliau bersetuju jika Amerika Syarikat memberi lebih tu

Sikap MB Perlis

Sikap tidak matang Shahidan terserlah dalam sidang Dun Bashir Ishak Tue Sep 18, 07 3:24:25 pm MYT KANGAR, 18 Sept (Hrkh)- Sebagai seorang ketua kerajaan, seorang Menteri Besar tidak sepatutnya mengungkit-ungkit tentang prasarana atau kemudahan awam yang dibina oleh kerajaan apatah lagi ketika sidang Dewan Undangan Negeri (Dun). Baru-baru ini, Menteri Besar Perlis, Dato' Seri Shahdidan Kassim membangkitkan tentang jalan dan universiti yang dibina oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) pada sidang Dun Perlis. Mengulas perkara ini, Ketua Penerangan PAS Perlis, Hairy Hashim menganggap sikap Shahidan ini tidak mencerminkan statusnya sebagai seorang Menteri Besar yang berwibawa dan matang. "Dia tidak sepatutnya mengungkit perkara sebegini, apatah lagi ketika sidang Dun yang turut dihadiri pegawai-pegawai tinggi kerajaan. "Kerja-kerja mengungkit macam ni kalau dibuat oleh pemimpin Umno di kampung-kampung tak apa la. Tapi bagi seorang Menteri Besar, bukan taraf dia, nampak macam d

Fadilat Puasa

Puasa dari segi bahasa bermaksud menahan diri.Manakala di segi syarak pula ialah menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa(seperti makan,minum dan jimak) daripapada naik fajar sodik hingga terbenam matahari dengan kaifiat yang tertentu. Puasa Ramadhan wajib dengan dalil kitab,sunnah dan ijmak.Ia suatu perkara yang maklum di sisi agama secara dharurah.Sesiapa yang mengingkari kewajipan ini adalah kafir. Puasa adalah perisai daripada api neraka dan maksiat.Ia melemahkan nafsu syahwat yang buas dan bersifat kebinatangan.Maka sesiapa yang berpuasa janganlah ia bercakap perkara yang lucah mahupun bergaduh.Bila dikeji oleh seseorang maka katakanlah aku berpuasa! Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi.Bagi orang berpuasa ada dua kegembiraan baginya.Pertama ketika berbuka puasa ia gembira dengan nikmat yang Allah kurniakan hingga berjaya menyempurnakan puasanya.Kedua ketika bertemu Allah dia bergembira kerana puasanya diterima. Di dalam sy

Selamat Berpuasa

Selamat berpuasa kuucapkan pada sesiapa yang menatap blogku ini.Ingatlah janji Allah untuk mereka yang berpuasa dengan sabar dan ikhlas.