Posts

Showing posts from August, 2010

Lagi masalah darah istihadhah

Dalam kitab Ihatoh m/s 92-93, jenis pertama- Mubtada'ah ghaira mumayyazah.Iaitu yang belum datang haidh sebelumnya dan melebihi 15 hari serta tak mampu bezakan jenis darah.Maka ulama berselisih pendapat: 1)Haidhnya sehari semalam dan ini pendapat al-Asoh dalam mazhab Syafii dan sati riwayat daripada Imam Ahmad kerana inilah yang yakin manakala apa yang lebih adalah syak padanya maka bukanlah haidh.Dan sucinya dihukum 29 hari supaya sempurna pusingan sebulan. 2)Dia haidh 6@7 hari dan bakinya adalah suci.Ini pendapat Ato', al-Auza'i, ats-Tsauri,Ishaq, dan satu riwayat daripada Imam Ahmad dan sebahagian ulama mazhab Syafii seperti asy-Syirazi, Syeikh Abu Hamid, Al-Qadi Abu at-Tayyib, Salim ar-Razi, ar-Ruyani, asy-Syasyi berpendapat sebegini. 3)Pendapat mazhab Hanafi 10 hari haidh dan 20 hari suci.

Huraian masalah darah istihadhah

Saya ambil sikit dalam kitab al-Ihatoh fi Masailil Haidhi wan nifasi wal istihadhah m/s 92-94: "Apabila darah haidh melebihi 15 hari maka telah bercampur haidh dengan istihadhah dan bagi kes ini ada empat keadaan:1)Mubtadaah ghaira mumayya ... zah, 2)Mubtadaah Mumayyazah, 3)Mu'tadah ghaira mumayyazah, 4)Mu'tadah mumayyazah......... Hal kedua:Mubtadaah mumayyazah-iaitu tidak ada darah haidh yang maklum sebelum keluar darah istihadhah tersebut(kes baru).Seperti keluarnya haidh sehingga melebihi had maksimum haidh(15 hari). Namun demikian dia mampu untuk membezakan jenis darah dengan melihat kuat(pekat) atau lemah(merah biasa) seperti hitam(kuat) dan merah (lemah).Darah yang lemah sekalipun lama dikira istihadhah manakala yang kuat dikira haidh dengan 3 syarat: 1)Darah yang kuat tidak boleh kurang daripada tempoh minimum haidh(24 jam) 2)Janganlah darah yang kuat melebihi tempoh maksimum haidh(15 hari) 3)Darah yang lemah tidak kurang daripada tempoh minimum suci

Darah Istihadhah

Sempena Ramadhan yang masuk fasa kedua ni, daku bawakan khas bagi muslimat mengenai istihadhah. Istihadhah dari segi syarak iaah darah yang keluar bukan pada waktu haidh dan nifas kerana penyakit atau kerosakan pada urat darah di hujung rahim. Ada 5 jenis istihadhah: 1) Darah yang keluar kurang daripada tempoh minimum haidh iaitu 24 jam. 2) Darah yang melebihi tempoh maksimum haidh iaitu 15 hari. 3) Darah yang keluar sebelum umur haidh atau selepas monopous. 4) Darah yang keluar lebih daripada waktu maksimum nifas iaitu 60 hari. 5) Darah yang lebih daripada kebiasaan haidh atau nifas dan melebihi tempoh maksimum kedua-duanya. Mengikut ilmu yang saya pelajari daripada seorang ustaz dari Kelantan, Tuan Syarifuddin cara mengira darah haidh dan istihadhah adalah seperti berikut: 1) Sekiranya darah keluar 20 hari misalnya, 10 hari yang pertama darah yang hitam adalah haidh. Manakala 10 hari seterusnya darah merah dikira istihadhah. 2) Sekiranya darah keluar selama 16 hari misalnya, 5 hari y

Usul Pertama Imam Hassan al-Banna(Siri 2)

Terdapat dalil umum dan terperinci tentang kesyumulan Islam.Antara dalil umumnya ialah firman Allah dalm surah an-Nahl:89 89. (Dan ingatlah) akan hari (ketika) Kami bangkitkan pada tiap-tiap umat seorang saksi atas mereka dari mereka sendiri dan Kami datangkan kamu (Muhammad) menjadi saksi atas seluruh umat manusia. Dan Kami turunkan kepadamu Al Kitab (Al Quran) untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan kabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri. Apabila kita mengkaji Quran dan Sunnah kita dapati banyak ayat2 dan hadis menceritakan tentang akidah, ibadat dan akhlak ... dan berhukum dengan apa yang diturunkan Allah ... serta jihad dan urusan harta dan perniagaan ... bahkan seluruh sistem kehidupan. Dalam surah al-Baqarah:178: "Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu qishaash berkenaan dengan orang-orang yang dibunuh" surah al-Baqarah:180: "Diwajibkan atas kamu, apabila seorang di antara kamu kedatangan (tanda-tanda) maut, jika ia me