Lagi masalah darah istihadhah

Dalam kitab Ihatoh m/s 92-93, jenis pertama- Mubtada'ah ghaira mumayyazah.Iaitu yang belum datang haidh sebelumnya dan melebihi 15 hari serta tak mampu bezakan jenis darah.Maka ulama berselisih pendapat:

1)Haidhnya sehari semalam dan ini pendapat al-Asoh dalam mazhab Syafii dan sati riwayat daripada Imam Ahmad kerana inilah yang yakin manakala apa yang lebih adalah syak padanya maka bukanlah haidh.Dan sucinya dihukum 29 hari supaya sempurna pusingan sebulan.

2)Dia haidh 6@7 hari dan bakinya adalah suci.Ini pendapat Ato', al-Auza'i, ats-Tsauri,Ishaq, dan satu riwayat daripada Imam Ahmad dan sebahagian ulama mazhab Syafii seperti asy-Syirazi, Syeikh Abu Hamid, Al-Qadi Abu at-Tayyib, Salim ar-Razi, ar-Ruyani, asy-Syasyi berpendapat sebegini.

3)Pendapat mazhab Hanafi 10 hari haidh dan 20 hari suci.

Comments

Popular posts from this blog

Biografi Ringkas Imam an-Nawawi رحمه الله

Makrifah Tauhid Bagi Jazam

Aurat Lelaki Ketika Solat