Posts

Showing posts from June, 2009

Tareqat tasauf

Apakah hukumnya seseorang muslim itu terlibat dalam tarekat sufiah? Adakah tidak memadai kita menggunakan Al-Quran Al-Karim dan As-Sunnah An-Nabawiah semata-mata? Seringkali saya terfikir untuk melibatkan diri dalam tarekat kesufian ini, tapi tidak ada pihak yang saya yakini untuk membuat rujukan. Semenjak diperkenalkan ruangan Mimbar Ulama' ini, saya terpanggil untuk mengemukakan soalan tersebut. Saya amat mengharapkan pihak Dewan Ulama' PAS dapat membantu saya dalam hal ini. Terima kasih. Abdullah Abdul RahmanNegeri Sembilan Soalan yang dikemukakan ini agak hampir dengan satu soalan yang pernah dikemukakan kepada Mufti Kerajaan Mesir iaitu Prof. Dr. Ali Jumaah. Mimbar Ulama' akan cuba mengemukakan jawapan yang dinyatakan oleh beliau dan akan memberikan kesimpulannya, InsyaAllah. Teks terjemahan: Tasauf adalah manhaj tarbiyah ruhiyah dan sulukiyah yang mengangkat manusia kepada martabat ihsan yang dinyatakan oleh Nabi Muhammad SAW yang bermaksud : "Hendaklah kamu meny

Cadangan Membina Lebih Banyak Maahad Tahhfiz Sains

SHAH ALAM, 4 Jun - Sidang Muktamar Dewan Ulamak PAS sebentar tadi tidak lepas membincangkan pendidikan di malaysia. Memandang berat Pendidikan sekular kini sudah tidak diterima oleh rakyat yang mana masalah akhlak dan sikap kanak-kanak tidak dapat dibendung oleh pendidikan sekarang. Dewan Ulamak PAS Perlis melalui perwakilannya hari ini mencadangkan bagi negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat perlulah membina lebih banyak lagi Maahad Tahfiz Sains seperti mana yang dijalankan di Kelantan sekarang, "sekurang-kurangnya satu negeri mempunyai empat buah Maahad Tahfiz Sains memandangkan masyrakat sekarang berminat untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah yang berpaksikan Islam," tambah wakil .