Posts

Showing posts from October, 2011

Sayyidina al-Imam al-Hasan al-Basri

Image
Antara yang menakjubkan kita melihat segolongan yang istimewa yakni sebaik kurun selepas para sahabat.Mereka mendapat kekuatan daripada sumber kerohanian para sahabat yang mendapat tarbiah Muhammadiyah supaya rantaian sanad tidak terputus untuk disampaikan kepada umat Islam selepas mereka. Di antara wali pilihan Allah pada zaman tersebut adalah Penghulu Tabiin dan Imam golongan zuhud dan Ulama’ Muhaqqiqin, pembawa panji dakwah kepada Allah dengan Basirah(pandangan mata hati).Dia adalah Syeikhul Islam al-Imam Abu Said al-Hasan bin Abil Hasan Yasar al-Basri r.a. Penyusun mendahulukan Imam al-Hasan sebagaimana guru hamba, Almarhum Dr Judah al-Mahdi mendahulukannya kitab Bihar al-Wilayah al-Muhammadiyah berdasarkan faktor-faktor berikut: a)Faktor utama-Imam al-Hasan al-Basri r.a merupakan antara ketua para Tabiin yang merupakan umat Islam paling afdal selepas para sahabat.Kerana itu, kemasyhuran tasauf Imam ini merupakan sumber ambilan kepada tasauf Islam untuk menghadapi golong

Syarat2 Sah Khutbah Jumaat

Image
Bermula syarat sah baca 2 khutbah Jumaat itu 10 perkara: 1)Hendaklah orang yang baca khutbah itu suci daripada hadas kecil dan besar. 2)Hendaklah ia suci daripada najis pada badannya dan pakaiannya dan tempatnya. 3)Menutup aurat(bagi haq khatib, bukannya ahli jemaah yang mendengar). 4)Berdiri masa baca khutbah itu bagi orang yang kuasanya. 5)Hendaklah duduk antara 2 khutbah itu sekurang2 lamanya kadar Tomakninah.Dan sunat lama duduk itu sekadar baca surah al-Ikhlas serta sunat baca surah itu.Adapun orang yang uzur tiada kuasa berdiri dan orang yang tiada kuasa duduk hendaklah mencerai antara 2 khutbah dengan diam yang lebih daripada masa bernafas dan berhenti penat. 6)Mualat antara rukun2 khutbah dan antara 2 khutbah itu. 7)Mualat antara khutbah dan sembahyang dan dikehendaki dengan muwalat itu sekira2 tiada sempat sembahyang 2 rakaat yang ringan. 8)Mestilah rukun khutbah dengan Bahasa Arab sekalipun di depan kaum ajam yang tidak memahami B Arab. 9)Memperdengar akan rukun2 kedua2 khut

10 Perkara Pokok Mengenai Islam

Image
Dalam kitab Min Ajli Khutwah ila al-Amam ‘Ala Tariq al-Jihad al-Mubaarak, Al-Ustaz Said Hawa menggariskan sepuluh Badihiyat(perkara pokok) mengenai Islam seperti berikut: 1) Islam adalah merupakan satu peratuan yang tunggal yang ditaklifkan kepada seluruh manusia sama ada di barat, timur, utara atau selatan.Baik mereka itu berkulit kuning, perang, putih atau hitam.Bahkan kepada seluruh jenis manusia. 2) Islam adalah merupakan satu jawapan yang tunggal, bersih dan benar kepada seluruh persoalan manusia.Ianya merangkumi segenap aspek penghidupan manusia iaitu akidah, ibadat, perundangan bahkan juga syiar2.Islam merupakan neraca dan kayu ukuran tunggal untuk semua aspek di dalam kehidupan manusia termasuklah sebagai individu dan juga kemanusiaan dalam setiap peringkat. 3) Masuknya seseorang ke dalam Islam(termasuk Islam baka) adalah bererti satu penyerahan yang mutlak kepada Allah di dalam semua persoalan.Merangkumi segenap aspek kehidupan termasuklah yang berhub

Antara Perkara Penting Tentang Muqallid

Image
Telah berlaku ijmak ulama bahawa tidak ada lagi Mujtahid Mutlak(diulangi Mujtahid Mutlak).Ibnu Hajar telah menukilkan daripada sebahagian ulama usul bahawasanya tidak terdapat selepas zaman Imam Syafii(termasuk Imam Ahmad b Hanbal) mujtahid mutlak.Imam as-Suyuti dengan keluasan ilmunya dalam pelbagai bidang hanya mendakwa dirinya Mujtahid Nisbi(mujtahid Mazhab) dan bukannya Mujtahid Mutlak.Sedangkan Imam Suyuti mengarang lebih daripada 500 karangan dalam pelbagai disiplin ilmu. Ibnu Solah juga telah menukilkan ijmak bahawasanya tidak harus bertaqlid selain Imam empat mazhab hatta untuk beramal dengan diri sendiri.Apatah lagi untuk menjadi Qadhi atau member fatwa kerana mazhab lain tidak dipercayai nisbahnya kepada tuan punya mazhab dengan sanad2 yang dipercayai. Menurut ulama, harus bagi mereka yang beriltizam dengan Mazhab Syafii(contohnya) bertaqlid dengan selain daripada mazhabnya ataupun beramal dengan pendapat marjuh(dhoif) dalam mazhabnya kerana dhorurat, yakni kesulitan yang tid

Cabaran Gerakan Dakwah Islamiah

Image
Gerakan Dakwah Islamiah berhadapan dengan dua cabaran: 1) Cabaran daripada masyarakat Islam.Dalam masyarakat Islam, ada Muslim yang jahil dan ada Muslim yang khianat.Muslim yang jahil ialah Muslim yang tidak pernah mempelajari Islam.Islamnya kerana bakanya adalah Islam.Atau jahil kerana mempelajari Islam dari sumber yang salah.Sumber yang tidak asli, dicedok secara rambang, tanpa berguru.Muslim yang khianat ialah Muslim yang tidak amanah dengan ilmunya.Golongan ini disebut sebagai alim fasiq. 2) Cabaran daripada masyarakat bukan Islam-ada yang suka kepada kedamaian (al-Musalimun). Ada yang suka bergaduh dan berperang(al-Muharibun). Ada yang kafir semata-mata(Kafaruu faqat).Dan ada yang menghalang sesuatu ke jalan Allah(Sodduu ‘an Sabilillah). Pendakwah wajar mengenali golongan2 tersebut supaya mudah mendekati mereka dan guna pakai pendekatan yang berbeza.Maka di sinilah perlunya membentuk sof yang tersusun rapi sebagai persediaan untuk menghadapi cabaran yang pelbag

Adakah Bila Kita Bertaqlid satu mazhab bermakna kita Pertikai Ulama Mazhab Lain?

Ada sorang rakan saya kata: "Secara logik bila hang kata taqlid 1 mazhab ni wajib, otomatik hang memperlekeh dan mempertikai kewibawaan mazhab yg hang tak pilih utk taqlid.." La haula wa la quwwata illa BILLAH.Khilafiyah (perselisihan) pendapat dalam institusi fiqh Islam memang merupakan suatu yang realistik. Ianya wujud sejak dari zaman Rasulullah s.a.w. lagi, seperti yang dinukilkan dalam hadis: “Solat Asar di Bani Quraizhah”. Kalau kita lihat secara jelas, apabila timbul perbezaan pendapat antara ulama’-ulama’ mazhab tertentu, maka tidak timbul pula golongan ulama’ yang menuduh golongan ulama’ yang lain sebagai pembuat bid’ah kerana perbezaan pendapat tersebut. Contohnya, mazhab As-Syafi’e yang menjelaskan bahawa, sentuh lingkaran dubur membatalkan wuduk, berdasarkan kaedah qiyas terhadap hukum batal wuduk apabila seseorang menyentuh kemaluan. (Al-Mughni Al-Muhtaj: 1/36) Para ulama’ mazhab lain tidak pernah menuduh ijtihad ulama’ mazhab As-Syafi’e tersebut sebagai

Dalil Wajib Bermazhab

Telah Ijma` Ulama (Ahlissunnah wal jamaah) bahawa manusia sekarang ini ( yang kemudian daripada mazahab yang empat ) akan wajib niat taqlid ( mengikut ) mana-mana daripada mazahab yang empat pada masalah Ibadat, Muamalat, Munakahat dan Jinayat yang diakui sah .( maliki, hanafi,syafie atau hambali ). Dalil wajib taqlid ulama` itu ialah Firman Allah Taala :- Maka hendaklah kamu bertanya akan ahli zikir ( Ulama ) jika kamu tidak mengetahui . Maka wajib kita niat taqlid akan mana-mana satu daripada mazaab yang empat yang diakui sahnya . Dan tiada harus lagi tiada sah taqlid akan ulama yang lain daripada yang empat itu kerana kita tiada mengetahui syarat-syarat dan rukun-rukun cara mazhab yang lain itu , kerana mereka tiada mengarang kitab-kitab yang boleh kita berpegang dengan dia. Tersebut didalam kitab : Tanwir Qulub Ms : 397 :- Maka barang siapa mengerjakan ibadat yang bersalahan Ulama pada sahnya daripada tiada taqlid bagi mazhab yang mengatakan sahnya nescaya wajib diulanginya.(qada`

As-Siddiqun dan Asy-Syuhada'

“Dan orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasulNya, merekalah pada sisi (hukum) Tuhan mereka, (orang-orang yang mempunyai kedudukan yang tinggi darjatnya) seperti orang-orang "Siddiqiin" dan orang-orang yang mati Syahid; mereka akan beroleh pahala dan cahaya orang-orang Siddiqiin dan orang-orang yang mati syahid itu…”-surah al-Hadid:ayat 19 Dalam ayat ini disebut as-Siddiqun yang membawa erti bersangatan dalam membenarkan Rasul SAW atau sifat benar dalam ucapan mereka.Mereka juga mendapat pahala syahid. Zahir ayat menunjukkan setiap orang yang beriman