Cabaran Gerakan Dakwah Islamiah


Gerakan Dakwah Islamiah berhadapan dengan dua cabaran:

1) Cabaran daripada masyarakat Islam.Dalam masyarakat Islam, ada Muslim yang jahil dan ada Muslim yang khianat.Muslim yang jahil ialah Muslim yang tidak pernah mempelajari Islam.Islamnya kerana bakanya adalah Islam.Atau jahil kerana mempelajari Islam dari sumber yang salah.Sumber yang tidak asli, dicedok secara rambang, tanpa berguru.Muslim yang khianat ialah Muslim yang tidak amanah dengan ilmunya.Golongan ini disebut sebagai alim fasiq.

2) Cabaran daripada masyarakat bukan Islam-ada yang suka kepada kedamaian (al-Musalimun). Ada yang suka bergaduh dan berperang(al-Muharibun). Ada yang kafir semata-mata(Kafaruu faqat).Dan ada yang menghalang sesuatu ke jalan Allah(Sodduu ‘an Sabilillah).

Pendakwah wajar mengenali golongan2 tersebut supaya mudah mendekati mereka dan guna pakai pendekatan yang berbeza.Maka di sinilah perlunya membentuk sof yang tersusun rapi sebagai persediaan untuk menghadapi cabaran yang pelbagai.

Comments

Popular posts from this blog

Biografi Ringkas Imam an-Nawawi رحمه الله

Makrifah Tauhid Bagi Jazam

Aurat Lelaki Ketika Solat