Posts

Showing posts from 2021

Benar Dalam Mengenal Jiwa dan Memeliharanya

Image
Firman Allah Taala yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang kuat menegakkan keadilan, menjadi saksi kebenaran kerana Allah, biarpun terhadap dirimu sendiri, atau ibu bapamu, atau kerabatmu.” (an-Nisa’: 135) Bersabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم yang bermaksud: “Musuh yang amat jahat kepadamu ialah nafsumu yang berada di antara kedua rusukmu. Sesudah itu iala isterimu, kemudian anak-anakmu, kemudian kaum kerabat yang terdekat dan yang terdekat.” Di antara sifat seorang yang benar dalam penujuannya kepada Allah Taala, hendaklah ia menggesa dirinya untuk mentaati Allah Taala serta menuntut keredhaanNya. Kiranya jiwanya menurut petunjuk ini, maka hendaklah ia mensyukuri Allah Taala serta berbakti kepada jiwa tersebut. Demikianlah diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a bahawa orang ramai telah melihatnya sedang mencari sesuatu untuk dibuat alas. Maka beliau ditanya: Apa yang engkau buat ini? Jawabnya: Mencari sesuatu untuk membuat alas

Orang Yang Berpegang Kuat Dengan Tauhid Akan Selamat

Image
  Dalam riwayat yang diberitakan Imam Muslim: Barangsiapa yang menyaksikan bahawasanya tiada Tuhan melainkan Allah, dan bahawasanya Muhammad adalah UtusanNya, nescaya Allah akan mengharamkan dirinya dari api neraka. Sekali peristiwa telah datang seorang Arab dusun kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم lalu berkata: Duhai Rasulullah! Apa yang wajib aku tahu? Jawab Baginda: Sesiapa yang mati dalam keadaan tiada menyengutukan sesuatu dengan Allah, nescaya dia akan memasuki syurga. Dan sesiapa yang mati dalam keadaan menyengutukan sesuatu dengan Allah, nescaya dia akan memasuki neraka. Pernah Baginda berkata kepada Muaz: Wahai Muaz! Tiada seorang hamba yang menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan bahawa Muhammad itu adalah hambaNya dan UtusanNya, dengan perasaan yang benar dari benak hatinya, melainkan Allah Taala akan mengharamkan dirinya dai api neraka. Lalu berkata Muaz: Duhai Rasulullah! Apakah boleh aku memberitahukan orang ramai berita ini, supaya mereka gembira?! Jaw

Tauhid Itu Nikmat Yang Besar Dan Buahnya Ialah Taat

Image
Orang yang mendakwa ada lagi tuhan yang lain selain Allah, tidak berdiri dengannya apa alasan pun, malah alasannya itu semuanya jelas batil dan mustahil, tidak boleh dipakai. Sebab itu orang yang mendakwa itu sentiasa bercabang-cabang lisannya, sebagaimana Firaun yang dikutuki Allah itu sendiri memakai argumen yang sama. Demikian pula dengan Raja Namruz, sebagaimana yang diberitakan Tuhan, dari hal berhujjahnya kepada Nabi Ibrahim al-Khalil alaihis-salam, seperti yang tertera di dalam al-Quran: ألم تر إلى الذي حاج إبراهيم في ربه أن آتاه الله الملك إذ قال إبراهيم ربي الذي يحيي ويميت، قال أنا أحيي وأميت. قال إبراهيم فإن الله يأتي بالشمس من المشرق فأت بها من المغرب. فبهت الذي كفر. والله لا يهدي القوم الظالمين. – البقرة: 258 “Tidakkah engkau mahu lihat kepada siapa yang berhujjah kepada Ibrahim tentang Tuhannya, bahawa dia telah diberikan Allah kerajaan, ketika Ibrahim berkata kepadanya: Tuhanku yang menghidupkan dan mematikan. Dia pula berkata: Aku pun menghidupkan dan mematikan jug