Posts

Showing posts from January, 2011

Anti Hadis

Oleh : BAHEIS PENJELASAN TERHADAP FAHAMAN ANTI HADITH TUJUAN Buku ini bertujuan untuk memberi maklumat dan penjelasan kepada orang ramai mengenai fahaman Anti Hadith supaya orang-orang Islam dan masyarakat menjauhi dan tidak terpengaruh dengan fahaman ini dan menyedarkan kumpulan tersebut bahawa fahaman mereka adalah bercanggah dan terkeluar dari ajaran Islam. LATARBELAKANG Isu mengenai Anti Hadith di Malaysia bermula pada tahun 1986 ekoran daripada penulisan sebuah buku bertajuk "Hadis Satu Penilaian Semula" tulisan Kassim Ahmad. Di dalam buku tersebut, beliau cuba mengupas masalah perpecahan ummah dan menurutnya keimanan kepada Hadith sebagai sumber rujukan selepas Al-Quran adalah meniadi punca utama perpecahan ummah. Dengan demikian, beliau menggesa umat Islam supaya meninggalkan Hadith kerana menurut beliau Hadith adalah “ palsu " dan " omong-omong " yang menyesatkan manusia dari jalan Tuhan. Beliau sebaliknya menyarankan supaya umat Islam merujuk kepada Al

Sunnah sebagai sumber hukum

Sumber2 hukum ialah: 1)Al-Quran dan Hadis.Ittifaq seluruh umat Islam akui sebagai sumber hukum melainkan anti Hadis( atas dasar inilah Imam Hassan al-Banna mengatakan sumber hokum adalah Quran n Sunnah untuk satukan umat Islam). 2)Ijmak dan qiyas.Ittifaq Jumhur ulama iaitu daripada mazhab Hanafi, Maliki, Syafii dan Hanbali. Golongan yang tak setuju dengan ijmak ialah an-Nizom daripada Muktazilah dan sebahagian Khawarij. Manakala yang tak setuju dengan qiyas pula ialah al-Jakfariah dan az-Zohiriah. 3)Dalil yang menjadi ikhtilaf antara ulama seperti uruf, istishab, istihsan, masolih mursalah dll. Ada setengah golongan menolak hadis untuk dijadikan hujah.Bagi golongan ni(yang kata guna Quran saja) kita sarankan buka dan fahami ayat2 berikut: 1)Surah an-Najm ayat 3&4 2)surah an-Nahl ayat 44 3)an-Nisa’ ayat 59 4)an-Nisa’ ayat 80 5)al-Hasyr ayat 7 6)an-Nisa’ 65 7)AL-Ahzab ayat 36

Menghalalkan yang haram kufur

Image
ومن يخالف شرعه الذي ظهر ويستحل فعله فقد كفر Kata2 di atas sebahagian daripada petikan kitab Al-Junnah fi syarhi aqidah ahlil Jannah karya Syeikh Muhammad Kholil al-Khotib an-Nidi, salah seorang ulama Azhar. Maksudnya: “Dan siapa yang menyalahi syariat Allah yang nyata, dan menghalalkan perbuatannya tersebut maka dia telah kafir” Huraian: Sesiapa yang menyalahi syariat Islam dan menghalalkan perbuatan tersebut maka dia telah kufur dengan Allah Taala dan wajib dibunuh.Contohnya orang yang meninggalkan solat dan menghalalkan perbuatan meninggalkan fardu solat, dan orang yang berzina serta mengharuskan zinanya, dan orang yang meminum arak dengan iktiqad halalnya arak.(lebih2 lagi orang yang halalkan minum arak sambil baca Quran.Ma sya Allah.Aku al-faqir Amir Azmi berlepas diri dari orang tersebut dan memeranginya hingga dia taubat nasuha dan kembali kepada akidah Islam yang sebenar). Kebiasaannya perkara sebegini berlaku kepada mereka yang sudah merasa mendapat

Pesanan Syeikh Abd Somad al-Falimbani

Pesanan Syeikh Abd Somad al-Falimbani: Ketahui olehmu hai saudara kami yang menuntut bagi negeri akhirat, yang berpaling daripada negeri yang fana, bahawasanya telah aku sebutkan di dalam kitab ini(Hidayatus Salikin) akan setengah daripada negeri yang fana, bahawasanya telah aku sebutkan di dalam kitab ini akan setengah daripada beberapa masalah yang diamalkan dan daripada beberapa doa yang manfaat padahal menyalahi ia bagi barang yang dimuktamadkan(dipegang) atasnya oleh setengah fuqaha', maka pegang olehmu akan yang di dalam kitab ini dan amalkan olehmu akan barang yang di dalamnya itu, dan jangan engkau menyalahi akan dia.Maka kerana bahawa aku mengikut dan taqlid pada masalah ini bagi sebesar-besar fuqaha' dan Imam mereka, iaitu Imam Hujjatul Islam al-Ghazali ra.Dan iaitu menghimpunkan bagi fiqah dan tasawuf, dan iaitu yang terlebih aula tempat kita taqlid pada segala amal kita, seperti kata al-Ustaz al-A'zham Sayyid Abdullah al-Idrus bin Sayyid Abu Bakar as-Sakran bin

Jangan mudah kafirkan sesama Islam

وواجب شفاعة المشفع محمد مقدما لا تمنع وغيره من مرتضى الاخيار يشفع كما قد جاء في الاخبار اذ جائز غفران غير الكفر فلا نكفر مؤمنا بالوزر ومن يمت ولم يتب من ذنبه فامره مفوض لربه Kata2 di atas adalah di antara bait Jauharatut tauhid Syeikh Ibrahim al-Laqqani.Maksud dan huraiannya adalah seperti berikut: Yakni wajib atas tiap2 mukallaf itu mengiktiqadkan bahawasanya Nabi Muhammad SAW itu member syafaat umatnya.Dan syafaat Nabi Muhammad SAW tentu diqabulkan oleh Allah Taala dan dahulukan ia daripada barag yang lainnya(syafaat yang lain).Dan sebab demikian itu kata musonnif ra: Dan wajib percaya syafaat yang Musyaffa’ yakni diqabulkan Nabi Muhammad SAW namanya.Halnya jangan engkau menegahkan dia.Dan lainnya daripada ulama Akhyar itu member syafaat pula.Dalilnya itu seperti barang yang dating ia dalam khabar daripada hadis Nabi SAW.Dan lagi dalil yang bangsa(jenis) aqliah dan iaitu bahawasanya Allah Taala itu harus maafkan sekelian dosa yang lain daripada dosa kufur. Maka iaitu dengan