Pesanan Syeikh Abd Somad al-Falimbani

Pesanan Syeikh Abd Somad al-Falimbani:

Ketahui olehmu hai saudara kami yang menuntut bagi negeri akhirat, yang berpaling daripada negeri yang fana, bahawasanya telah aku sebutkan di dalam kitab ini(Hidayatus Salikin) akan setengah daripada negeri yang fana, bahawasanya telah aku sebutkan di dalam kitab ini akan setengah daripada beberapa masalah yang diamalkan dan daripada beberapa doa yang manfaat padahal menyalahi ia bagi barang yang dimuktamadkan(dipegang) atasnya oleh setengah fuqaha', maka pegang olehmu akan yang di dalam kitab ini dan amalkan olehmu akan barang yang di dalamnya itu, dan jangan engkau menyalahi akan dia.Maka kerana bahawa aku mengikut dan taqlid pada masalah ini bagi sebesar-besar fuqaha' dan Imam mereka, iaitu Imam Hujjatul Islam al-Ghazali ra.Dan iaitu menghimpunkan bagi fiqah dan tasawuf, dan iaitu yang terlebih aula tempat kita taqlid pada segala amal kita, seperti kata al-Ustaz al-A'zham Sayyid Abdullah al-Idrus bin Sayyid Abu Bakar as-Sakran bin Sayyid Abdul Rahman as-Saqqaf di dalam kitab az-Zahru al-Basim bagi Sayyid Abd Qadir al-Idrus:

"Dan lazimkan olehmu hai orang yang menuntut khalwat iaitu tempat berbuat ibadah yang sunyi dengan taqlid akan Imam al-Ghazali ra pada segala ilmumu dan ibadatmu, dan pegang olehmu akan seorang syeikh sama ada ia hidup atau mati, yang gemar engkau kepada mengiktiqodkan akan dia dan kasih akan dia dan takzim akan dia dan hormat akan dia.Dan engkau berikan kerana kasihmu akan dia itu akan kemuliaanmu dan hartamu"

Dan lagi pula katanya di dalam kitab yang tersebut itu:

"Dan hendaklah ada ia di dalam khalwatnya nitu menghadirkan ia dengan hatinya pada menyebut ia akan Tuhannya, dan diingatkan di dalam khayalnya yakni di dalam hatinya itu rupa Imam al-Ghazali dan rupa syeikhnya itu, pada malamnya dan pada siangnya"

Comments

Popular posts from this blog

Biografi Ringkas Imam an-Nawawi رحمه الله

Makrifah Tauhid Bagi Jazam

Aurat Lelaki Ketika Solat