Posts

Showing posts from May, 2012

Antara Karya Tuan Husain Kedah al-Banjari

Image
Antara karya Tuan Husain Kedah al-Banjari:- 1)        An-Nurul Mustafid fi Aqaidi Ahlit Tauhid, diselesaikan pada tahun 1305 Hijrah/1888 Masihi. Kandungannya membicarakan tentang tauhid, akidah Ahlis Sunnah wal Jamaah. 2)         Tamrinush Shibyan fi Bayani Arkanil Islam wal Iman, diseles aikan pada hari Sabtu, 1 Syaaban 1318 Hijrah. Menggunakan nama Husein Nashir bin Muhammad Thaiyib al-Mas'udi al-Banjari. Kandungannya membicarakan tauhid, akidah Ahlis Sunnah wal Jamaah dinyatakan rujukannya ialah Ummul Barahin, Syarah Hudhudi, karya as-Suhaimi, Hasyiyah Syarqawi dan Dhiyaul Murid. Dicetak oleh Mathba'ah Dar Ihya' al-Kutub al-'Arabiyah, Mesir, Zulkaedah 1346 Hijrah, ditashhih oleh Ilyas Ya'qub al-Azhari. Hidayatus Shibyan fi Ma'rifatil Islam wal Iman, menggunakan nama Abi Abdullah Husein Nashir bin Muhammad Thaiyib al-Mas'udi al-Banjari. Diselesaikan pada hari Isnin, 18 Muharam 1330 Hijrah. Kandungannya membicarakan tentang tauhid dan fikah.

Beberapa persoalan feqah tentang hubungan lelaki dan wanita

Image
Assalamualaikum, ada sorang teman bertanyakan kepada saya soalan yang berikut.In sya Allah saya akan cuba menjawab sekadar kemampuan. 1-    : بين حد العورة بين الأشخاص الاَتية - عورة المرأة أمام ابن خال البالغ - عورة المرأة مع ابن أخيها البالغ - عورة المرأة مع زوج ابنتها - عورة المرأة مع ابن زوجها الثاني 2- قال تعالى: وَ لاَ يَضْرِ بْنَ بِاَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِن زِينَتِهِنَّ. ما المراد بالزينة الخفية التي ذكرت في الآية؟ وما حكم لبس هذه الزينة للمرأة امام الأجنبي لها؟ 3- ما حكم نكاح الزوجة إذا زنا الزوج بامرأة أخرى ؟ Berikut jawapannya: 1-Had aurat bagi individu berikut: a)Aurat perempuan depan anak pakciknya(sepupu) yang telah baligh:-Sepupu adalah bukan mahram dan mereka boleh berkahwin.Jadi aurat mereka adalah aurat bukan mahram.Menurut qaul yang rajih dalam mazhab Syafii, aurat lelaki depan perempuan bukan mahram adalah sekelian badannya(rujuk kitab Sullamus Sibyan dan Matla’ul Badrain).Manakala aurat wanita depan lelaki bukan mahr