Beberapa persoalan feqah tentang hubungan lelaki dan wanita

Assalamualaikum, ada sorang teman bertanyakan kepada saya soalan yang berikut.In sya Allah saya akan cuba menjawab sekadar kemampuan.

1-   :بين حد العورة بين الأشخاص الاَتية

-عورة المرأة أمام ابن خال البالغ

-عورة المرأة مع ابن أخيها البالغ

-عورة المرأة مع زوج ابنتها

-عورة المرأة مع ابن زوجها الثاني

2- قال تعالى: وَ لاَ يَضْرِ بْنَ بِاَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِن زِينَتِهِنَّ. ما المراد بالزينة الخفية التي ذكرت في الآية؟ وما حكم لبس هذه الزينة للمرأة امام الأجنبي لها؟

3- ما حكم نكاح الزوجة إذا زنا الزوج بامرأة أخرى
؟

Berikut jawapannya:

1-Had aurat bagi individu berikut:

a)Aurat perempuan depan anak pakciknya(sepupu) yang telah baligh:-Sepupu adalah bukan mahram dan mereka boleh berkahwin.Jadi aurat mereka adalah aurat bukan mahram.Menurut qaul yang rajih dalam mazhab Syafii, aurat lelaki depan perempuan bukan mahram adalah sekelian badannya(rujuk kitab Sullamus Sibyan dan Matla’ul Badrain).Manakala aurat wanita depan lelaki bukan mahram menurut qaul rajih dalam mazhab Syafii adalah sekelian badannya(rujuk kitab yang sama.Sebab tu di Yaman Selatan semua pakai niqab.Mereka pegang sungguh dengan pendapat ni).Namun menurut Jumhur, dikecualikan muka dan tapak tangan.Masing2 ada dalil.

b)Aurat perempuan dengan anak saudaranya yang baligh:-Anak saudara adalah haram dinikahi selama-lamanya(mahram muabbad).Maka aurat lelaki adalah antara pusat dan lutut.Manakala aurat wanita dalam kes ini adalah juga antara pusat dan lutut(rujuk kitab yang sama).

c)Aurat wanita dengan suami anaknya(menantu la tu):-Menantu adalah mahram(haram dinikahi) dengan sebab musoharah(perkahwinan).Auratnya sama macam mahram yang lain iaitu sama macam kes (b).

d)Aurat wanita dengan anak suaminya yang kedua(yang saya faham, anak tiri la):-kes ni special sikit.Kalau si ayah berkahwin dengan mana2 wanita dan menyetubuhinya, wanita tersebut menjadi mahram muabbad kepada anak tirinya.Dan anak tirinya tak boleh kahwin dengan ibu tiri tersebut walaupun diceraikan ayahnya ataupun ayahnya meninggal dunia.Jadi auratnya sama seperti (b).Namun jika tidak disetubuhi si ayah, anak tiri tersebut boleh kahwin dengan “bekas ibu tirinya” jika mahu.Dan auratnya adalah aurat bukan mahram seperti masalah (a).

2-Ini adalah surah an-Nur:-ayat 31.Soalan yang ditanya adalah apakah dimaksudkan dengan az-Zinah al-Khafiyah(perhiasan tersembunyi) dalam ayat ini dan apa hokum memakai perhiasan tersebut.

Abu as-Suud mentafsirkan ayat ini:- Janganlah dihentakkan kaki ke bumi dengan memakai gelang kaki.Ini untuk orang lain mengetahui dia memakai gelang kaki.Perkara ini menjadikan lelaki cenderung kepada kepada mereka ataupun menimbulkan syak mereka menggoda lelaki.

Dalam Tafsir Qurtubi:-Sesiapa yang melakukan sedemikian di kalangan wanita  kerana gembira dengan perhiasannya, ia adalah makruh.Manakala siapa yang melakukan dengan niat tabarruj dan menggoda lelaki maka perbuatan tersebut haram lagi tercela.Demikian juga lelaki yang menghentakkan kasut ke tanah dengan tujuan ujub maka ia juga haram kerana ujub adalah dosa besar.(rujuk al-Futuhat al-Ilahiyah hasyiah Tafsir Jalalain)

3-Apa hukum pernikahan bagi seorang isteri apabila suami berzina dengan perempuan yang lain? –(itu yang saya faham dari soalannya).

Jawabnya:-Pernikahan antara suami isteri tidak terbatal melainkan 3 perkara:-iaitu suami jatuhkan talak, isteri tebus talak atau fasakh dari kodhi@hakim(tolak mati lain cerita).Jadi dalam kes ini, suami berzina dengan perempuan lain.Perbuatan tersebut jelas merupakan dosa besar.Namun perceraian tidak berlaku melainkan 3 perkara tersebut.Wallahu A’lam.

Rujukan utama:-
1)Sullamus Sibyan karya al-Allamah Hj Chik b Ahmad al-Qedahi
2)al-Futuhat al-Ilahiyah hasyiah Tafsir Jalalain susunan Syeikh Sulaiman b Umar asy-Syafii.
3)Al-Iqna’ karya Syeikh Khatib asy-Syarbini
 p/s:untuk makluman, saya hanya tumpukan kepada mazhab Syafii saja.Kalau nak cari pendapat ulaam mazhab lain boleh rujuk kitab2 seperti Fiqhul Wadih dan Fiqh ala Mazahibil Arba'ah.

Nukilan:
Mohd Amir Md Azmi,
Alor Setar pukul 7.20 pm

Comments

Popular posts from this blog

Biografi Ringkas Imam an-Nawawi رحمه الله

Makrifah Tauhid Bagi Jazam

Aurat Lelaki Ketika Solat