Posts

Showing posts from March, 2011

Sejarah Imam al-Ghazali

Lahir di desa Ghazalah, Thus, Khurasan pada 450 Hijrah = 1058 M. (953 tahun yang lalu) Miskin. Bapanya tukang tenung kain. Bapanya pencinta ilmu. Doa minta Tuhan kurniakan anak yang jadi ulama. Seronok dapat dua anak lelaki. Adiknya bernama Ahmad. Namanya Abul Futuh Ahmad bin Muhammad. Gelarannya Mujidduddin. Bapa mereka tak sempat lihat mereka berjaya kerana meninggal awal. Diserahkan kepada sahabat bapanya (ahli tasawuf) untuk diasuh. Dipesan sejak sebelum meninggal. Belajar ilmu fiqh di Thus dengan Syeikh Ahmad bin Muhammad ar- Razakani. Belajat tasawuf dengan Yusuf an-Nassaj. 469 H, pergi ke Jurjan. Gurunya Abi Nasar al Ismaili. Pulang dan tinggal di Thus 3 tahun. 471 H pergi ke Nisapur, di Sekolah Nizamiyah. Gurunya Imam Haramain (Abdul Ma’ali, Dhiauddin al Juwaini). Ilmunya setanding dengan gurunya. Menggantikan gurunya mengajar jika gurunya tidak ada. Jadi pensyarah di Universiti Nizamiyah pada 475 H. (usianya 25 tahun) 479 H, Imam Haramain meninggal. Perd

Kisah Muhammad bin Tumart

Pada zaman itu, negeri Morocco (Maghribi, Marakesh, Murakush) di perintah oleh Sultan Yusuf bin Tasyfin (Kerajaan Murabitin). Ulama-ulama fiqh Morocco sangat anti dengan kitab Ihya’. Mereka menyarankan agar kitab Ihya’ diharamkan, malah dibakar. Apabila berita ini sampai kepada Imam al-Ghazali, dia mendapat gerak daripada Tuhan lalu mengatakan : “Tuhan akan mengoyak kerajaan mereka sebagaimana mereka mengoyak kitabku.” Muridnya yang bernama Muhammad bin Tumart berkata : “Wahai Imam, doakanlah kepada Tuhan agar keruntuhan kerajaan Bani Tasyfin itu akan terjadi di tangan saya.” Muhammad bin Tumart pergi ke Morocco dan berjaya mengasaskan kerajaan Muwahhiddun di sana. Ketika muridnya sudah mula menapat kejayaan, Imam al-Ghazali bercadang berhijrah ke Morocco tetapi tak jadi. Beliau meninggal dunia pada 505 H.

Kisah Ihya'

Apakah maksud Ihya’ ‘Ulumiddin? Menghidupkan Ilmu-ilmu Agama Nama penuh Imam Ghazali Abu Hamid Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad al-Ghazali. Karya2 Imam Ghazali dalam simpanan saya 1. Al-Munqiz min adh-Dhalal (Selamat Daripada Kesesatan) 2. Ar-Risalah al-Laduniyyah (Risalah Ilmu Laduni) 3. Misykatul Anwar 4. Kimia’ as-Sa’adah (Kimia Kebahagiaan) Karya2 Imam Ghazali yang lain 1. Maqasidul Falasifah 2. Tahafut al-Falasifah 3. Minhajul Abidin 4. Tafsir Al-Ghazali 5. Fadhaih al-Batiniyyah wa al-Fadhail al-Mustazhiriyyah. 6. Majalis al-Ghazaliyyah (himpunan kuliahnya yang ditulis oleh peminatnya bernama Ibnu Labban) 7. Mizan-al-Amal 8. Al-i’tisad fi Al-I’tiqad 9. Sir al-‘Alamin 10. Al-Ma’arif al-‘Aqaliyah 11. Kitab al-Arba’in 12. Juwahirul Quran 13. Ayyuhai Walad 14. Hujjah al-Haq 15. Qisasul Mustaqim Apakah kitab-kitab ringkasan Ihya’ ‘Ulumiddin yang popular di rantau Nusantara ini? 1. Kitab Bimbingan Mukmin 2. Kitab Bidayatul Hidayah 3. Kitab

Mengumpat yang dibolehkan dalam ISLAM

Mengumpat yang dibolehkan dalam Islam kitab Riyadhus Sholihin karangan Imam Nawawi yang menjadi panduan kepada semua umat islam berkenaan dengan mengumpat yang dibenarkan dalam Islam. Ketahuilah bahwasanya mengumpat itu dibolehkan kerana adanya tujuan yang dianggap benar menurut pandangan syara’ Agama Islam, yang tidak akan mungkin dapat sampai kepada tujuan tadi, melainkan dengan cara mengumpat itu. Dalam hal ini adalah enam macam sebab-sebabnya: Pertama: Dalam mengajukan pengaduan penganiayaan, maka bolehlah seseorang yang merasa dirinya dianiaya apabila mengajukan pengaduan penganiayaan itu kepada sultan, hakim ataupun lain-lainnya dari golongan orang yang mempunyai jabatan atau kekuasaan untuk menolong orang yang dianiaya itu dari orang yang menganiayanya. Orang yang dianiaya tadi bolehlah mengucapkan: “Si Fulan itu menganiaya saya dengan cara demikian.” Kedua: Dalam meminta pertolongan untuk menghilangkan sesuatu kemungkaran dan mengembalikan orang yang melakukan kemaksiatan kepad