Saturday, March 12, 2011

Kisah Muhammad bin Tumart

Pada zaman itu, negeri Morocco (Maghribi, Marakesh, Murakush) di perintah oleh Sultan Yusuf bin Tasyfin (Kerajaan Murabitin). Ulama-ulama fiqh Morocco sangat anti dengan kitab Ihya’. Mereka menyarankan agar kitab Ihya’ diharamkan, malah dibakar.

Apabila berita ini sampai kepada Imam al-Ghazali, dia mendapat gerak daripada Tuhan lalu mengatakan : “Tuhan akan mengoyak kerajaan mereka sebagaimana mereka mengoyak kitabku.”

Muridnya yang bernama Muhammad bin Tumart berkata : “Wahai Imam, doakanlah kepada Tuhan agar keruntuhan kerajaan Bani Tasyfin itu akan terjadi di tangan saya.”

Muhammad bin Tumart pergi ke Morocco dan berjaya mengasaskan kerajaan Muwahhiddun di sana. Ketika muridnya sudah mula menapat kejayaan, Imam al-Ghazali bercadang berhijrah ke Morocco tetapi tak jadi. Beliau meninggal dunia pada 505 H.

No comments: