Posts

Showing posts from December, 2012

Antara Dunia dan Akhirat

Image
Sekiranya kita menyatakan bahawa mencari dan berusahauntuk memenuhi keperluan duniawi dan jasadi itu penting, maka kita dengan hati yang ikhlas perlu mengakui bahawa berusaha untuk memenuhi keperluan dan kepentingan akhirat jauh lebih penting.Di hadapan kita merupakan masa depanyang hebat.Masa depan yang mungkin tidak dapat dibayangkan dan dirasakan kehebatannya sekarang ini sepertimana manusia pada zaman Hang Tuah tidak dapat membayangkan betapa hebat dan berbezanya kita pada zaman ini. Masa depan merupakan perkara yang di luar pengetahuan dan pengalaman kita.Apa yang ada dan dapat kita lakukan adalah dengan membuat jangkaan, telahan, ramalan dan tanggapan. Melalui maklumat2 yang kita peroleh, kita berusaha untuk membayangkan apa yang akan terjadi pada masa depan.Itulah saja kemampuan kita.Itulah juga yang kita faham.Namun adakah benar kita sememangnya tidak mengetahui satu apa pun tentang masa depan kita?Sekiranya yang kita maksudkan dengan masa depan itu ialah masa depan ya