Antara Dunia dan Akhirat
Sekiranya kita
menyatakan bahawa mencari dan berusahauntuk memenuhi keperluan duniawi dan
jasadi itu penting, maka kita dengan hati yang ikhlas perlu mengakui bahawa
berusaha untuk memenuhi keperluan dan kepentingan akhirat jauh lebih penting.Di
hadapan kita merupakan masa depanyang hebat.Masa depan yang mungkin tidak dapat
dibayangkan dan dirasakan kehebatannya sekarang ini sepertimana manusia pada
zaman Hang Tuah tidak dapat membayangkan betapa hebat dan berbezanya kita pada
zaman ini.
“Tidak ada satu jiwa pun
yang tahu apa yang dia akan lakukan hari esok, dan tidak ada satu jiwa pun yang
mengetahui di bahagian bumi manakah dia akan mati.Sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui lagi Maha Meneliti.”
Tetapi sebagaimana yang
telah diberitahu secara jelas dan yakin oleh Allah dan RasulNya bahawa masa
depan kita yang sebenar lagi hakiki hanya ada dua bentuk dan corak kehidupan
samaada kita kekal selama2nya di dalam syurga dalam keadaan mulia dan bahagia
atau kita akan kekal buat selama2nya di dalam nerakadengan penuh azab dan
sengsara.Apabila kita terselamat daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga
maka itulah masa depan kita yang Berjaya dengan sebenar2 kejayaan.Allah
berfirman yang bermaksud:
“Maka sesiapa yang
diseret sejauh2nya daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya
dia telah Berjaya! (surah Ali Imran: 185)
Itulah masa depan kita
yang sebenar.Dunia ini hanya sementara.Akhiratlah yang kekal selama2nya;mati
adalah pasti.Marilah sama2 kita berfikir sejenak: “Bagaimanakah dengan
kehidupan masa depanku yang kekal selama2nya ini?” Untuk masa depan yang
sementara, usia 60 hingga 70 tahun hidup di dunia, segala usaha dan tenaga
telah dikerah habis2an.Benarkah segala usaha ini benar2 akan menjadi asbab
kepada ketakwaan kita?Sehingga takwa kita meningkat dari sehari ke sehari.Ramai
orang yang berpegang kepada keterangan bahawa kerja pun ibadah.Maknanya jika
dia seorang kerani, sepanjang 8 jam bekerja setiap hari itu pun merupakan
ibadat yang akan diberi ganjaran di akhiratkelak.Ini yang perlu
ditanyakan.Benar! Dalam Islam ada ibadah khusus dan ada ibadah umum.Mencari
rezeki dianggap ibadah, masuk pejabat ibadahdan tangkap ikan pun ibadah.Betul,
semuanya ibadah asalkan menjaga syarat2nya.Maksud semua itu ibadah ialah
kesemuanya diberi ganjaran apabila telah mematuhi syarat2nya.In sya Allah, ada
pahalanya.
Comments