Posts

Showing posts from December, 2011

Kenapa anak lelaki dapat 2 bahagian anak perempuan?

Image
Sebahagian bertanya-tanya:Kenapa kaum wanita diberikan warisnya setengah daripada lelaki padahal wanita sangat lemah dibandingkan lelaki dan sangat memerlukan harta?Syeikh Muhd Ali As-Sobuni memberikan jawapan terbaik. Banyak hikmahnya.Antaranya: Pertama:Keperluan dan hajat wanita dipenuhi dan dicukupkan oleh lelaki.Maka nafkah bagi seorang wanita wajib pada anaknya atau pada bapanya atau saudaranya atau yang lain dari ahli keluarga dekatnya. Kedua:wanita tidak dibebani untuk memberi nafkah pada seseorang lain halnya dengan lelaki ia mempunyai beban memberikan nafkah pada keluarga dan ahli keluarga dekatnya serta pada yang lain yang masih ada hubungan wajib nafkah. Ketiga:Nafkah2 pada lelaki lebih banyak dan kewajipan2 dalam hal material lebih berat.Maka keperluannya terhadap material lebih banyak/besar daripada keperluan wanita itu sendiri. Keempat:lelaki(ketika nikah) membayar mahar dan belanja kahwin untuk isterinya.Kemudian dia dibebankan lagi untuk menyiapkan tempat tinggal, makan

Asobiyah, Islam dan Melayu

Image
Apa itu asobiyah.. Definisi asobiyyah yang diberi oleh Nabi Muhammad SAW dapat difahami menerusi hadith Baginda SAW : Seorang lelaki bertanya: Wahai Rasulullah, adakah dianggap ashobiyyah, puak orang yang sayang kepada kaum bangsanya? Jawab Baginda s.a.w.: Tidak, tetapi ashobiyyah ialah apabila seorang itu menolong bangsanya kepada kezaliman. (hadith riwayat Abu Daud, Ibn Majah dan sebagainya) Imam Al-Munawi ketika mensyarahkan perkataan Ashobiyyah lalu berkata: “Iaitu membantu kezaliman…” (rujuk Aun Al-Ma’bud) Adapun tentang kecintaan terhadap sesuatu bangsa, Rasulullah s.a.w. sendiri ada menegaskan mengenai kecintaan terhadap bangsa Arab sebagaimana dalam hadith: “Kecintaan terhadap bangsa Arab itu adalah (tanda) keimanan dan kebencian kepada mereka adalah (tanda) kemunafiqan(.Imam Al-Hakim berkata:Hadith ini sahih walaupun tidak diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dan Muslim.) Dapat difahami sayang kepada bangsa sendiri seperti bangsa melayu tanpa melakukan penindasan kepada ban

Sebutan Untuk Seorang Perawi Hadis

Image
Ada beberapa predikat yang digunakan ulama Ahli Hadis untuk menyebutkan seorang perawi untuk menilai hadis yang diriwayatkan.Istilah yang sering muncul dalam kitab2 hadis sebagai berikut: A.Menunjukkan Hadis Sahih: 1.Siqah-terpercaya, terkukuhkan 2.Hujjah-dipakai hujah 3.Tsabtu-dapat dipercayai 4.Dhabit-sedar benar-benar B.Menunjukkan Hadis Hasan: 1.Soduq-perkataannya banyak yang benar. 2.La Ba’sa bihi, Arju An La Ba’sa bihi, Ba’sun-tidak mengapa, tidak apa-apa. 3.Soduqun Yukhthi’-perkataannya banyak yang benar tapi kadang2 salah. 4.Muqribul-Hadis—menjadi kerabat hadis. 5.Fulanun Rawau anhu-banyak orang meriwayatkan dari si Fulan 6.Ikhtalato Bi Akharatin-di usia tua daya ingatnya menurun. C.Menunjukkan Hadis Dhaif 1.Ruknul Kazib-tiang dusta 2.Kazzab, Wadhdha’-banyak dusta, banyak memalsu hadis 3.Muttahamun bil Kazbi, bil Wadh’i-tertuduh mendustakan hadis, memalsukannya. 4.Matrukul Hadis-hadisnya ditinggalkan. 5.Sakatu anhu-mereka mendiamkannya 6.

Jadikan Zikrullah Tugas Utama Kita

Image
Di dalam al-Quran, banyak sekali ditemui perintah supaya berzikir.Contohnya adalah ayat berikut ini: “Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang,maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk dan semasa kamu berbaring.Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram(berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah sembahyang itu(dengan sempurna sebagaimana biasa).Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang2 yang beriman yang tertentu waktunya.”(an-Nisa’:103) Menurut Ibnu Abbas ayat ini mengandungi 2 makna: 1.Menyebut-nyebut Allah lebih baik daripada menyebut-menyebut diri kamu semua sendiri. 2.Mengingati Allah lebih utama dibandingkan dengan semua ibadah lainnya. Sekiranya seseorang menyelami dalamnya makna ayat2 al-Quran tentang zikir, maka dia akan tenggelam dalam kesyahduan.Dia akan lupa waktu dan keadaan.Di mana pun berada dan kegiatan apa pun yang sedang dilakukan lidahnya akan selalu bas

Awas Bagi Yang Menyifatkan Allah Bertempat(Part 2)

Image
Mengisbatkan(menetapkan) arah dan tempat membawa makna bahawasanya Allah tidak bersifat dengan arah atas(langit) kecuali selepas Dia menciptakan alam.Sebelum penciptaan alam tidak ada arah atas sebagaimana tiada arah bawah.Oleh itu atas atau tinggi suatu tempat adalah sifat baharu.Jadi ia tidak sewajarnya menjadi sifat bagi Allah Taala. Orang Islam juga wajib beriman bahawasanya tak sama Allah Taala dengan segala yang baharu. Bermakna zat Allah bukan jirim dan aradh,keseluruhan,sebahagian mahupun kelazimannya.Kelaziman jirim adalah mengambil ruang(bertempat).Kelaziman ‘aradh ialah berdiri dengan selainnya.Kelaziman al-kulliyah(keseluruhan) adalah besar dan boleh dipisah-pisahkan.Kelaziman al-juz’iyyah(sebahagian) adalah kecil dan seumpanya.Sekiranya syaitan membisikkan kepada manusia: Sekiranya Tuhan tidak bersifat dengan jirim, aradh, keseluruhan dan sebahagian, maka apa sebenarnya hakikat Allah?Maka jawablah: Tidak mengetahui hakikat Allah yang sebenar melainkan Allah. Sifat in

Awas Bagi Yang Menyifatkan Allah Bertempat

Image
Antara perkara yang ditegaskan golongan mutasyaddidun ialah menyifatkan Allah dengan arah dan tempat.Mereka mengatakan Allah berada di arah atas.Pendirian mereka ini berlawanan dengan apa yang sepatutnya diyakini iaitu mentanzihkan Allah dari sifat tersebut. Berkata Sayyidina Ali b Abi Talib ra: “Adalah Allah wujud pada azali tanpa tempat, dan sekarang(selepas mencipta tempat) masih tetap sebagaimana azali(tanpa tempat)”. Imam Abu Hanifah ra berkata: “Kataku;bagaimana jika ditanya dimanakah Allah?Katakan bahawasanya Allah itu wujud tanpa tempat sebelumDia menciptakan makhluk”. Berkata Imam Syafii ra: “Sesungguhnya Allah Taala wujud tanpa bertempat.Maka Dia menciptakan tempat sedangkan Dia tetap dengan sifat azaliyah sebelum Dia menciptakan tempat(tak bertempat).Tidak harus bagiNya berubah pada zatNya serta sifatNya.” Perkara ini juga ditegaskan oleh Imam at-Tohawi dengan katanya: “Dan siapa yang tidak memelihara ia akan menafikan melihat Tuhan di akhirat dan menyerupakan Allah dengan m