Posts

Showing posts from 2018

Makrifah Tauhid Bagi Jazam

Image
Assalamualaikum. Alhamdulillah kita diberi nikmat Iman, Islam dan Ihsan. Semoga kita diberi istiqamah untuk melakukan amal-amal Islami. Mungkin ini post ambo yang terakhir dalam blog ni pada tahun ni. Kali ini ambo nak bahaskan tentang maksud makrifah menurut ulama tauhid dan ambo memadai dengan merujuk kitab Hidayatul Mutafakkirin fi Tahqiqi Ma’rifati Rabbil Alamin karya Tuan Husin Kedah al-Banjari. Maqam Tuan Husin terletak di Masjid Tuan Husin di Titi Gajah tapi malangnya orang Titi Gajah sendiri pun ada yang tak kenal beliau. Malang sekali bila ulama dan wali Allah berdekatan dengan kita namun kita tidak mengambil barakahnya. Ambo kekalkan bentuk penulisan kitab ni agar tak lari daripada maksud pengarang dengan sedikit olahan bahasa yang bersesuaian dengan masa kini. Jika ada ulasan tambahan ambo buatkan kurungan […]. Jika ada mana-mana asatizah yang jumpa ibarat dalam kitab lain ambo alu-alukan untuk komen. Moga-moga usaha ini member manfaat kepada mereka yang membaca serta di

Nikmat Allah Taala Tak Terhitung Banyaknya

Image
Nikmat Allah kpd kita x terhitung banyaknya namun ulama simpulkan 3 jenis nikmat kpd kita;  1- نعمة الايجاد   2- نعمة الامداد  3- نعمة الإرشاد   - Antara intipati kuliah Dato Baderuddin mlm tadi di Masjid Sg Lalang. Namun apakah maksud nikmat-nikmat ini. Huraiannya seperti berikut; 1- Nikmat Iijaad - yakni Allah menciptakan manusia itu daripada tidak ada kepada ada. Dimuliakan pula manusia dan dicipta dengan sebaik-baik kejadian. 2- Nikmat Imdaad - yakni Allah Taala memberikan bantuan-bantuanNya atas kelangsungan makhluk yang telah diciptakanNya itu, kelangsungan pada hidupnya umpama rezeki. Tegasnya, kelangsungan sampai di mana berakhir ciptaan Allah atas wujud makhluk. 3- Nikmat Irsyaad - yakni nikmat Islam, Iman, Taqwa dan seumpama dengannya. Nikmat jenis pertama dan kedua Allah beri kepada semua makhluk manakala nikmat jenis ketiga Allah hanya beri kepada pilihan dan kekasihNya sahaja dan atas maksud inilah para Nabi diutuskan dan nikmat inilah patu

Kewajipan Berdakwah Mencegah Kemungkaran

Image
Firman Allah Taala: ولتكن منكم أمة يدعون إلى الخير ويأمرون بالمعروف وينهون عن المنكر وأولئك هم المفلحون “Dan hendaklah ada di antara kamu satu jamaah yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.” (Ali Imran: 104) Hujjatul Islam Imam al-Ghazali ketika menerangkan ayat ini mengatakan ayat ini menunjukkan wajib berdakwah kerana kalimah ولتكن adalah fiil mudhari’ yang didahului لام الأمر . Dalam ayat ini juga menjelaskan bahawasanya kejayaan yang haqiqi terikat dengan usaha dakwah di mana Allah mengkhususkan mereka yang melaksanakan kerja dan usaha dakwah dengan ayat وأولئك هم المفلحون . Ayat ini juga menerangkan bahawa Amar Makruf Nahi Mungkar adalah fardhu kifayah bukannya fardhu ain. Sekiranya satu jamaah di kalangan Muslimin melaksanakannya maka gugurlah kefardhuannya daripada o

Faedah Menundukkan Pandangan

Image
Sesungguhnya pemuda yang bermuraqabah dengan Tuhannya dan menundukkan pandangannya pada zaman kini adalah seorang wali daripada wali-wali Allah Taala. Para ulama telah menyebutkan faedah yang banyak bagi perbuatan menundukkan pandangan, antaranya adalah seperti berikut: 1 ) Pembersihan hati daripada deritanya penyesalan. Barangsiapa yang tidak menjaga pandangan penyesalannya akan berkekalan. Ingatlah bahawasanya sesiapa yang tidak menjaga pandangannya pasti penyesalannya akan berkekalan. Perkara yang paling memudhoratkan hati ialah tidak menjaga pandangan. Ini kerana nisbah pandangan kepada hati umpama anak panah pada panahannya. Sekiranya ia tidak membunuhnya, ia mencederakannya. Atau diumpamakan percikan api yang dilempar ke arah rumput kering. Jika ia tidak membakar semuanya, sebahagiannya akan terbakar. Benarlah kata syair yang bermaksud: "Setiap insiden bermula daripada pandangan***dan kebanyakan api itu berpunca daripada percikan api yang kecil."

Menyanggah Mufti Perlis

Image
Saya sudah menonton satu video pendek daripada 4 orang pencaramah tentang doa akhir & awal tahun termasuk oleh Sohibus Samahah Mufti Perlis. Pada mulanya saya ingin abaikan saja video itu tapi saya terpaksa jawab kerana ada kandungannya yang berkaitan dengan ulama Muslimin. Hasilnya jawapan saya adalah tentang dua perkara. Pertama tentang doa akhir tahun dan awal tahun yang sering ditimbulkan oleh puak Wahhabi ni. Kesemua mereka mengatakan doa awal tahun tidak pernah datang tunjuk ajar daripada Nabi صلى الله عليه وسلم . Dengan erti kata lain bacaan khusus awal tahun tidak ada dalil. Benarkah begitu? Baik, perkara yang tidak pernah dilakukan oleh Nabi صلى الله عليه وسلم disebut ulama Usul Fiqh sebagai at-Tark ( الترك ). Ia termasuk dalam kaedah الترك لا ينتج حكما (at-Tark tidak menatijahkan hukum), atau الترك لا يقتضي تحريمه (at-Tark tidaklah semestinya membawa kepada pengharamannya). al-Allamah as-Sayyid Abdullah al-Ghumari telah menulis sebuah syair dalam risalahnya

Awal Perjalanan Menuju Allah

Image
Allah Taala berfirman: من كان يريد العاجلة عجلنا له فيها ما نشاء لمن نريد, ثم جعلنا له جهنم يصلاها مذموما مدحورا. ومن أراد الآخرة وسعى لها سعيها وهو مؤمن فأولئك كان سعيهم مشكورا. ( الإسراء: 18-19 )              Perkataan Al-‘Ajilah yang ditafsirkan dengan maksud “Kehidupan yang sekarang”, bererti dunia.              Jika orang yang menuntut dunia, apatah lagi jika ia mengejarnya dengan penuh tenaga dan perhatian, akan tersungkur ke dalam api neraka serta ditimpa cela dan hina, maka sudah sewajarnyalah bagi orang yang waras fikiran membelakanginya dan memelihara diri daripadanya.              Adapun perkataan Al-Akhirah yang ditafsirkan dengan maksud Hari Akhirat, bererti syurga.              Orang yang mencita-citakan masuk syurga tidak cukup hanya dengan berangan-angan saja, malah hendaklah disertakannya dengan keimanan dan amal soleh; iaitu sebagaimana yang ditunjuk oleh firman Allah Taala yang tersebut di atas tadi, yang bermaksud: “ Lalu ditujukan usahanya ke j