Posts

Showing posts from May, 2011

Kekeramatan Abu al-Hasan al-Syazili

Image
Kata Ibn Battutah dalam kitab rehlahnya: "Syeikh Yaqut menceritakan kepadaku sebagaimana yang didengarnya daripada gurunya, Syeikh Abu al-Abbas al-Mursi bahawa Abu al-Hasan menunaikan haji pada setiap tahun dengan menggunakan jalan hulu Mesir(So'id). Beliau tinggal di Mekah pada bulan Rejab dan bulan yang berikutnya hinggalah selesai menunaikan fardu haji.Abu al-Hasan menziarahi makam Nabi SAW yang mulia di Madinah dan pulang mengikut jalan utama haji ke negeri tempat tinggalnya. Pada suatu tahun(iaitu tahun terakhir beliau menunaikan haji), Abu al-Hasan berkata kepada khadamnya, "Bawalah sebilah kapak, sebuah bakul, harum-haruman dan barang-barang untuk mengurus jenazah." Khadamnya bertanya, "Mengapa pula wahai tuan?" Jawab beliau, "Di Humaithira nanti kamu akan melihatnya." Humaithira ialah satu tempat yang terletak di bahagian hulu Mesir. Di Padang Pasir 'Aizab, di Humaithira ini terdapat mata air yang payau rasanya dan banyak binatang buas

Dalil Talqin Mayat

Image
Baru2 ni ada orang meninggal kat kampung aku tapi anak dia yang dok kat Saudi tak mau dibacakan talkin.Takpa la.Tu hak dia.Kami ahli qaryah menghormati pendapat dia.Tapi bagi yang nak talqin ada dalilnya.Kubawakan di sini sebahagian daripada kitab Ianatut Talibin: Sunat ditalqin orang yang baligh walaupun yang mati syahid di medan perang berdasarkan Firman Allah surah az-Zariyat: 55 yang bermaksud: "Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman'. Dan keluar daripada baligh kanak2, maka tak disunatkan talqin kerana ia tidak kena fitnah kubur. Demikian juga orang gila. Dan sunat diulangi talqin sebanyak tiga kali.Aula bagi yang menghadiri majlis talqin untuk berdiri dan bagi orang yang membaca talqin duduk.Dan dipanggil mayat dengan menasabkan kepada ibunya sekiranya diketahui.Jika tidak dinasabkan dengan Hawa. Dalam kitab ianah tersebut juga terdapat hadis riwayat Tabarani Rasulullah SAW pern

10 Sifat Individu Muslim

Image
Muslim yang ingin mempersiapkan diri dalam perjuangan Islam perlu memperbaiki dirinya agar sentiasa terkehadapan daripada manusia lain. Risalah Islam yang syumul ini hendaklah difahami dengan membentuk diri yang syumul juga. Maka hendaklah diteliti di sini tentang aspek-aspek seorang da’ie Muslim dalam rangkanya untuk menjadi seorang Muslim yang sempurna. Sifat-sifat yang perlu ada pada diri ialah: 1) Kuat tubuh badan (Qawiyyal Jism) Al-Quran Dakwah adalah berat pada tanggungjawab dan tugasnya, maka di sini perlunya seorang da’ie itu tubuh badan yang sihat dan kuat. Rasulullah saw menitikberatkan soal ini, sabdanya: “Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan.” 2) Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq) Akhlak kita ialah Al-Quran dan ianya terserlah pada diri Nabi saw. Telah dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan seorang da’ie iaitu bersifat sensitif, tawadhu’, benar dalam perkataan dan perb

SUMBER-SUMBER SEJARAH RASULULLAH

Image
Berhubung dengan sumber-sumber sejarah RasuluLlah bolehlah kita bahagikan seperti berikut: Pertama: Kitabullah (A1-Qur’an) Ianya merupakan sumber utama untuk memahami garis-garis kasar penghidupan Muhammad RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam Kedua: Kitab Al-Sunnah Al-Nabawiyyah (Hadith hadith). Hadith-hadith Nabi yang sahih. Hadith yang dimaksudkan di sini ialah isi kandungan Kitab-kitab Hadith yang terkenal dengan kebenaran dan amanahnya, seperti Kitab Hadith Al Muwatta’ oleh Imam Malik, Al- Musnad oleh Imam Ahmad dan lain—lainnya. Sumber yang kedua ini lebih luas dan terperinci dari yang pertama. Sungguhpun begitu mungkin kita tidak dapat memberikan suatu gambaran yang lengkap tentang kehidupan Rasu luLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam sejak dilahirkan hingga wafat nya kerana beberapa sebab: a. Oleh kerana Kitab-kitab Hadith ini disusun mengikut maudu’ atau tajuk-tajuk fiqah ataupun mengikut unit-unit kajian yang bersangkut dengan syari’at Islam maka hadith hadith yang m

Politik dan parti

Image
Kadang2 kita dapati manusia bercakap tentang politik dan Islam dengan memisahkan kedua2nya.Maka dinamakan sesetengah pertubuhan itu pertubuhan Islam bukannya politik.Begitu juga perhimpunan agama dan bukannya politik.Bahkan ada dalam manhaj sesetengah pertubuhan Islam tidak mahu bincang tentang politik. Kita mesti bezakan antara berparti dan berpolitik.Kadang2 seseorang itu adalah ahli politik tapi tak bergabung dengan mana2 parti.Kadang2 ada yang berparti tapi tak tahu langsung tentang sepak terang politik.Dan tak kurang juga yang menjadi ahli politik yang berparti.Saya apabila bercakap tentang politik, apa yang dimaksudkan ialah politik secara mutlak tanpa terikat dengan parti. AKTIVITI POLITIK · NEGARA (daulah) : · Polisi Dalam Negara · Penerapan Syariat · - Perlaksanaan dan penerapan syariat oleh Khilafah Islam · Semua hukum Islam dibebankan ke atas kaum muslimin · Non-Muslim bebas beraqidah · Makanan

Pendapat yang betul dan batil tentang ayat dan hadis sifat

Image
Dalam masalah ayat dan hadis mutasyabihat, umat Islam terbahagi kepada 4 puak: 1)Kumpulan yang mengambil dengan zahir ayat dan hadis.Maka mereka menisbahkan kepada Allah berwajah seperti wajah makhluk, bertangan seperti tangan makhluk, gelak seperti gelak makhluk. Hinggakan ada di kalangan mereka yang mengatakan Tuhan seorang tua atau pemuda.Mereka adalah golongan Mujassimah dan Musyabbihah. 2)Kumpulan yang menafikan sifat Allah secara mutlak.Di sisi mereka Allah tidak bersifat Pekata, Pendengar dan Pelihat kerana semua itu memerlukan alat/anggota.Anggota badan mesti dinafikan daripada Tuhan dan kerana itu mereka menafikan sifat Allah. Kedua2 pendapat di atas adalah batil.Maka tinggallah pendapat salaf dan khalaf. 3)Ulama salaf beriman dengan ayat2 dan hadis sifat dan meninggalkan serta menyerahkan maksudnya kepada Allah Taala.Mereka juga beriktiqad sucinya Allah Taala daripada serupa dengan makhlukNya. 4)Ulama khalaf mengatakan makna ayat dan hadis sifat tidak dikehendaki de

Kepentingan Memahami Sirah Rasulullah SAW

Image
Tujuan mengkaji riwayat hidup RasuluLlah dan penganalisaannya bukanlah semata-mata untuk melihat kejadian-kejadian dan episod-episod yang bersejarah ataupun memaparkan cerita-cerita yang indah sahaja. Oleh yang demikian tidak seharusnya kita rnenganggap kajian sejarah hidup RasuluLlah ini sama dengan membaca dan menala’ah sejarah para pemerintah (khali fah) di zaman purbakala. Tujuan pokok dan kajian yang dimaksudkan ialah supaya setiap Muslim dapat memahami, menganggap dan menggambarkan bahawa hakikat zahir dan batin (defakto) Islam semuanya teradun di dalam penghidupan RasuluLlah itu sendiri. Gambaran dan anggapan ini akan timbul dan wujud setelah Seseorang Muslim itu dapat memahami dengan benar segala hikmah dan keistimewaan prinsip-prinsip dan dasar-dasar Islam satu persatu terlebih dahulu. Tegasnya kajian riwayat hidup RasuluLlah SallaLlahu ‘a1aihi Wasallam ini adalah suatu usaha mengumpul hakikat dan intisari dasar-dasar Islam kemudian memadan dan menyesuaikan dengan contoh Islam