Dalil Talqin Mayat


Baru2 ni ada orang meninggal kat kampung aku tapi anak dia yang dok kat Saudi tak mau dibacakan talkin.Takpa la.Tu hak dia.Kami ahli qaryah menghormati pendapat dia.Tapi bagi yang nak talqin ada dalilnya.Kubawakan di sini sebahagian daripada kitab Ianatut Talibin:

Sunat ditalqin orang yang baligh walaupun yang mati syahid di medan perang berdasarkan Firman Allah surah az-Zariyat: 55 yang bermaksud: "Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman'.

Dan keluar daripada baligh kanak2, maka tak disunatkan talqin kerana ia tidak kena fitnah kubur. Demikian juga orang gila.

Dan sunat diulangi talqin sebanyak tiga kali.Aula bagi yang menghadiri majlis talqin untuk berdiri dan bagi orang yang membaca talqin duduk.Dan dipanggil mayat dengan menasabkan kepada ibunya sekiranya diketahui.Jika tidak dinasabkan dengan Hawa.

Dalam kitab ianah tersebut juga terdapat hadis riwayat Tabarani Rasulullah SAW pernah melakukan talkin.Jadi di mana hujah golongan yang mengatakan tidak mahu melakukan talqin kerana Nabi SAW tidak pernah melakukannya.Jadi bagi sapa nak buat ada dalil.Jangan takut. Yang tak mau buat jangan bid'ahkan amalan orang lain.Wallahu A'lam.

Mohd Amir Md Azmi,
Titi Gajah, Alor Setar, Kedah,
14/5/2011 pukul 11.58 malam

Comments

Popular posts from this blog

Biografi Ringkas Imam an-Nawawi رحمه الله

Makrifah Tauhid Bagi Jazam

Aurat Lelaki Ketika Solat