SUMBER-SUMBER SEJARAH RASULULLAH


Berhubung dengan sumber-sumber sejarah RasuluLlah bolehlah kita bahagikan seperti berikut:


Pertama: Kitabullah (A1-Qur’an)


Ianya merupakan sumber utama untuk memahami garis-garis kasar penghidupan Muhammad RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam


Kedua: Kitab Al-Sunnah Al-Nabawiyyah (Hadith hadith).


Hadith-hadith Nabi yang sahih. Hadith yang dimaksudkan di sini ialah isi kandungan Kitab-kitab Hadith yang terkenal dengan kebenaran dan amanahnya, seperti Kitab Hadith Al Muwatta’ oleh Imam Malik, Al-Musnad oleh Imam Ahmad dan lain—lainnya.


Sumber yang kedua ini lebih luas dan terperinci dari yang pertama. Sungguhpun begitu mungkin kita tidak dapat memberikan suatu gambaran yang lengkap tentang kehidupan Rasu luLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam sejak dilahirkan hingga wafat nya kerana beberapa sebab:


a. Oleh kerana Kitab-kitab Hadith ini disusun mengikut maudu’ atau tajuk-tajuk fiqah ataupun mengikut unit-unit kajian yang bersangkut dengan syari’at Islam maka hadith hadith yang menceritakan tentang penghidupan RasuluLlah berselerak dan berkecamuk dalam maudu’-maudu’ fiqah.


b. Oleh kerana para ahli hadith, terutamanya penyusun kitab hadith yang enam tidak memerhatikan soal ini ketika mengumpulkannya untuk disusun mengikut sejarah hidup RasuluLlah, apa yang mereka titik beratkan ialah penyusunan mengikut maudu’ atau tajuk-tajuk fiqah seperti yang disebut tadi.


Ketiga: Kitab-kitab Sejarah RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam.


Perihal riwayat hidup Muhammad RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam di zaman silam adalah melalui dan mulut ke mulut tanpa mendapat perhatian untuk dibukukan, walaupun terdapat sebilangan kecil yang cuba menitikberatkan perhatiannya terhadap kejadian dan peristiwa-penistiwa dalam sejarahnya itu.


Setelah beberapa ketika terdapat beberapa orang cuba mencatit riwayat hidup RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam ala kadar yang sampai ke pengetahuannya antara mereka seperti ‘Urwah Ibnu Al Zubair (wafat, 92H), Abari bin ‘Othnan (wafat, 105H), Wahb in Manbah (wafat, I1OH), Syarhabil bin Sa’d (wafat. 123H) dan Ibnu Syihab Al Zubri (wafat, 124H).


Sayangnya apa yang dituliskan oleh mereka ini telah hilang. Hanya tinggal-beberapa bahagian yang tercamuk, setengahnya terdapat dalam kitab Al-Tabani manakala sebahagian yang lain pula tersimpan di bandar Heidelberg di Jerman. Bahagian yang tersimpan di Jerman ini ialah sebahagian dan tulisan Wahb bin Manbah (1IOH).

Comments

Popular posts from this blog

Biografi Ringkas Imam an-Nawawi رحمه الله

Makrifah Tauhid Bagi Jazam

Aurat Lelaki Ketika Solat