Kekeramatan Abu al-Hasan al-Syazili


Kata Ibn Battutah dalam kitab rehlahnya: "Syeikh Yaqut menceritakan kepadaku sebagaimana yang didengarnya daripada gurunya, Syeikh Abu al-Abbas al-Mursi bahawa Abu al-Hasan menunaikan haji pada setiap tahun dengan menggunakan jalan hulu Mesir(So'id). Beliau tinggal di Mekah pada bulan Rejab dan bulan yang berikutnya hinggalah selesai menunaikan fardu haji.Abu al-Hasan menziarahi makam Nabi SAW yang mulia di Madinah dan pulang mengikut jalan utama haji ke negeri tempat tinggalnya.

Pada suatu tahun(iaitu tahun terakhir beliau menunaikan haji), Abu al-Hasan berkata kepada khadamnya, "Bawalah sebilah kapak, sebuah bakul, harum-haruman dan barang-barang untuk mengurus jenazah." Khadamnya bertanya, "Mengapa pula wahai tuan?" Jawab beliau, "Di Humaithira nanti kamu akan melihatnya." Humaithira ialah satu tempat yang terletak di bahagian hulu Mesir.

Di Padang Pasir 'Aizab, di Humaithira ini terdapat mata air yang payau rasanya dan banyak binatang buas.Apabila kedua-duanya sampai di Humaithira, Syeikh Abu al-Hasan mandi dan menunaikan solat dua rakaat.Dalam sujudnya yang terakhir, Abu al-Hasan menghembuskan nafas yang terakhir dan beliau dimakamkan di situ juga.

Kata Ibnu Batutah: Aku telah menziarahi makamnya.Di atasnya, terdapat batu nisan yang tertulis nama beliau dan nasabnya yang bersambung kepada Sayyidina Hasan bin Ali ra.

Comments

Popular posts from this blog

Biografi Ringkas Imam an-Nawawi رحمه الله

Makrifah Tauhid Bagi Jazam

Aurat Lelaki Ketika Solat