Posts

Showing posts from April, 2009

Ciri-Ciri Golongan Salafiyah Wahhabiyyah.

Golongan yang menamakan diri mereka sebagai golongan Salafi sering bersikap berlawanan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.Di antara sikap-sikap mereka ialah: 1) Sering membida'ahkan amalan umat Islam bahkan sampai mengkafirkan mereka. 2) Menganggap diri sebagai Mujtahid atau berlagak sepertinya (Walaupun tidak layak). 3) Sering mengambil hukum secara langsung dari Al-Quran dan Hadith. (Walaupun tak layak). 4) Sering memperlekehkan ulama' pondok dan golongan agama yang lain. 5) Ayat-ayat Al-Quran dan Hadith yang ditujukan kepada orang kafir sering ditafsirkan kepada orang Islam. 6) Memaksa orang lain berpegang dengan pendapat mereka walaupun pendapat itu shazz (janggal). 7) Menolak dengan beramal dengan Hadith dhaif. 8) Penilaian hadith yang tidak sama dengan ulama hadith yang lain. 9) Mengagung-agungkan Nasiruddin Al-Bani di dalam bidang hadith sedangkan beliau tidak mempunyai sanad bagi menyatakan siapakah guru-gurunya dalam bidang hadith.Umum mengetahui Nasiruddin al-Alba

Kesesatan Wahabi

Kepada sesiapa yang terpedaya dengan wahabi di sini aku senaraikan 5 daripada kesesatan mereka. 1]Wahabi menyamakan Allah dengan manusia dan juga binatang.Mereka berkata; Allah duduk di atas kursi.Rujuk kitab mereka Fathul Majid, karangan Abdul Rahman bin Hasan bin Mohd bin Abdul Wahab m/s 356.Sedangkan Maha Suci Allah daripada bersifat duduk atau bersemayam.Menganggap atau mengatakan bahawa Allah duduk atau bersemayam di atas arasy atau di atas kursi dikira kafir kerana yang demikian itu adalah sifat makhluk.Dalilnya firman Allah Taala dalam surah Asyura ayat 11 yang bermaksud; Dia[Allah] tidak menyerupai sesuatu pun daripada makhluknya baik dari satu segi mahupun dari semua segi dan tidak ada sesuatu pun yang menyerupaiNya. 2]Ibnu Baz[pemimpin Wahabi] berkata; penafian jisim dan anggota bagi Allah adalah sesuatu yang dicela.Kitabnya Tanbihat Fi Rod Ala Man Taawwala Sifat m/s 19.Sedangkan Maha Suci Allah daripada anggota dan jisim.Allah Taala tidak sama dengan makhlukNya.Dia tidak mem