Posts

Showing posts from October, 2010

Tingkatan2 Ilmu Tasauf

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Hendaklah kamu menyampaikan kepada manusia sesuai dengan kadar kefahamannya". (Al-Hadith) Daripada hadith ini kita dapati, di mana antara manhaj dakwah Rasulullah s.a.w. adalah dengan memerhatikan kepada siapakah Baginda s.a.w. ingin berinteraksi dan Baginda s.a.w. akan berinteraksi kepadanya sesuai dengan kadar akal dan kefahamannya. Jadi, kepada Rasulullah s.a.w. lah kita jadikan contoh dalam menyampaikan dakwah. dalam ilmu tasawwuf ini, ada tiga jenis perbahasan. Perbahasan pertama, berkaitan dengan asas-asas mengenal ilmu tasawwuf. Perbahasan kedua, berkaitan dengan tasawwuf praktikal, atau amali. Perbahasan ketiga berkaitan dengan ilmu-ilmu zauqi (yang dirasai oleh hati yang sudah mencapai muamalah dengan Allah s.w.t.) Adapun perbahasan jenis pertama iaitu asas-asas pengenalan terhadap ilmu tasawwuf, maka ia merupakan suatu perbahasan dalam rangka mmperkenalkan kepada orang tentang apa itu tasawwuf, kedudukan tasawwuf dalam Islam, sejarah per

Kefahaman sebenar Wahdatul-wujud

kefahaman yang sebenar tentang wahdatul-wujud menurut kaum sufi yang benar adalah suatu kefahaman yang murni dan bertepatan dengan aqidah Islam iaitu, melihat seluruh wujud makhluk tidak wujud dengan diri mereka sendiri, tetapi wujud dengan Allah s.w.t. (dengan bantuan dan kekuasaanNya). Adapun orang-orang yang jahil yang cuba menyesatkan kaum sufi dalam masalah ini, sebenarnya tidak memahami wahdatul-wujud dengan maknanya yang sebenar menurut kaum sufi itu sendiri. Begitu juga, golongan orang yang sesat dalam fahaman wahdatul-wujud dengan mendakwa ketuhanan diri, mendakwa hulul dan ittihad, merupakan golongan yang tertolak di sisi kaum sufi itu sendiri. Kefahaman mereka bukanlah kefahaman kaum sufi terhadap wahdatul-wujud itu sendiri kerana kaum sufi memahami wahdatul-wujud dengan maksud wahdatus-syuhud, bukan dengan maksud hulul ((Tuhan menempati makhluk) dan ittihad (Tuhan bergabung dengan makhluk). Golongan yang sesat ini jugalah akhirnya mendakwa sudah sampai kepada Allah s.w.t. d

Dialog dengan seorang profesor

Bismillahir Rahmanir Rahim DIALOG DENGAN PROFESOR UNIVERSITI Di dalam salah satu dialog dengan seorang prof lulusan universiti Islam, dia mendakwa Tasawuf bukan dari Islam tapi adalah ciptaan orang bergelar sufi yang banyak ceduk amalan2 Yoga ....! Apabila di soal siasat rupa2nya dia mendapat info tentang Tasawuf dari buku2 filsafat karangan orientalis Barat. Dia tak pernah berguru didalam disiplin Tasawuf dan tak pernah melalui pendidikan Ilmu Tasawwuf di bawah pimpinan seorang Ulama/ Guru Tasawuf...!!! Kami bertanya : Bagaimana tuan boleh mempelajari hal ehwal Islam dari orientalis Barat? Bagaimana tuan boleh hukum dan buat " justifikasi" pada sesuatu Ilmu Islam dengan hanya mempelajarinya dari buku2...??? Sedangkan jika tuan mengamati keterangan Ulama2 Tasawwuf dan juga pengakuan Imam2 Mazhab Fiqh, kesufian dan Ilmu Tasawwuf adalah salah satu disiplin Ilmu didalam Islam. Bahkan menjadi Fardhu Ain amalkan Ilmu Tasawwuf sebagaimana wajibnya Ilmu Fiqh dan Ilmu Tauhid! Nabi pe

Dakwaan dangkal tentang ilmu tasauf

Bismillahir Rahmanir-Raheem Kita sering mendengar dakwaan sesetengah orang yang dangkal ilmunya dan dangkal aqalnya bahawa dia cuma akan ikut Qur'an dan Hadis. Ilmu2 Tasawwuf dan Tariqat tak perlu sebab Nabi dan Sahabat tak amalkan. Ada yang lebih lancang mulutnya dan tangannya yang menulis bahawa Tasawwuf dan Toriqat adalah kononnya mengikut ideologi Hindu, ideologi syiah yang sesat dan lain2.....! Wal Iyazubillah! Mudah2an Allah tidak mengunci mati hati mereka!!! Perkara ini telah lama berlaku dikalangan Ummat Islam yang jahil dan juga yang alim Fiqh - setengahnya memliki ijazah universiti! Saya masih ingat lagi ketika muzakarah dengan 'golongan wahabi' pada tahun 1980 di salah sebuah Universiti, mereka tak menerima Tariqat dan Tasawwuf kerana ianya bukan amalan Nabi. Kata mereka "Kami hanya ikut Al-Qur'an dan Hadis Nabi." Saya berkata, "Sekarang kamu kata ikut Al-Qur'an dan Hadis Nabi sahaja. Kamu tak pakai Ijtihad Ulama Tasawwuf sebab kononnya itu

Mimpi bertemu Rasulullah SAW mengajar sufat 20

oleh Salim Azham pada pada 13hb Oktober 2010 pukul 11.43 pagi Segala puji hanya bagi Allah SWT, Tuhan empunya sekalian Alam, Tiada Ia berhajat kepada selain-Nya, malah selain-Nya lah yang berhajat kepada-Nya. Selawat dan salam semoga dilimpahkan Allah SWT ke atas junjungan kita Sayyidina Nabi Muhammad SAW (Ya Allah tempatkan baginda di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan Amin) Beserta Ahlulbayt dan Para Sahabat R.anhum yang mulia lagi mengerah keringat menyebarkan Islam yang tercinta. Dan kepada mereka yang mengikut mereka itu dari semasa ke semasa hingga ke hari kiamat...Ya Allah Ampuni kami, Rahmati Kami, Kasihani Kami ...Amin Amma Ba'du, Kali ini, faqir suka untuk berkongsi dengan saudara/i sekalian yang dikasihi akan kisah mimpi yang dialami oleh Allamah Syaikh Ahmad Marzuki Al-Maliki Radiyallahu'anhu sehingga terhasilnya kitab beliau yang terkenal sehingga kini, Aqidatul Awwam. Faqir akan membukakan kitab Nuruz Zholam Syarah 'Ala Aqidatil Awwam, iaitu

Ringkasan Manaqib Imam Syafii

Namanya Muhammad.Gelarannya Abu Abdullah. Nasabnya di sebelah bapa:Muhammad b Idris b al-Abbas b Usman b Syafi' b as-Saib b Ubaid b Abd Yazid b Hasyim b al-Mutallib b Abd Manaf. Ibunya: Pendapat yang masyhur mengatakan ibunya perempuan daripada suku al-Azd.Anas b Malik meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: الأزد أزد الله Sandaran ini menunjukkan kemuliaan seperti kita berkata baitullah(rumah Allah), Naqatullah (unta Allah). Perkahwinannya:Imam Syafii berkahwin dengan Sayyidah Hamidah bt Nafi', cucu Sayyidina Usman b Affan setelah kewafatan Imam Malik pada tahun 197H.Umurnya ketika itu hampir 30 tahun.Beliau juga mempunyai seorang hamba jariah. Anak2nya: Daripada isterinya yang berketurunan Sayyidina Usman tersebut beliau dikurniakan seorang anak lelaki dan 2 perempuan iaitu Abu Usman Muhammad, Fatimah dan Zainab. Anaknya Abu Usman Muhammad pernah menjadi Qadhi di bandar Halab. Daripada hambanya beliau dikurniakan seorang lagi anak lelaki yang bernama al-Hasan namun mati ketika

Sambungan Usul Pertama Imam al-Banna: Adakah memadai mengakui kesyumulan Islam tanpa beramal dengannya?

Sesiapa yang melihat Panduan Nabi Saw dan sirah salafus soleh akan mendapati mereka beriman dengan kesyumulan Islam dan beramal dengannya.Maka barangsiapa yang mengakui kesyumulan Islam tetapi hanya beramal sebahagian dengannya sahaja maka baginya hal2 yang berikut: -Sekiranya kemampuannya tidak mampu untuk melaksanakan baki unsur2 Islam yang lain maka dia mesti membantu orang yang memperjuangkan kesyumulan Islam, menyokong mereka dan membantu mereka sekadar termampu. -Adapun sekiranya dia menentang orang yang memperjuangkan Islam yang syumul ataupun tidak mahu membantu dan menyokong mereka maka dia adalah tercela tanpa syak lagi. -Sekiranya dia berkemampuan untuk memberikan saham dalam perjuangan Islam namun dia tidak melaksanakannya kerana mengutamakan keselamatan dan afiah dan takutkan kesusahan dan kepayahan dalam berjuang maka tiadalah baginya keselamatan dan afiah. -Sesungghnya dakwah kepada kefahaman yang syumul dan beramal dengannya beserta mengakuinya adalah usul yang sabit(te

Nasihat Syeikh Mutawalli kepada Husni Mubarak

Lebih kurang la apa yang Syeikh Sya'rawi cakap: "Tetapi aku ingin memberitahu satu perkara kepada umat semuanya. Sama ada daripada pihak kerajaan atau parti pembangkang ataupun penyokong dan bangsa. Aku meminta maaf jika aku ucapkan sesuatu yang kamu semua tidak suka. Aku ingin semuanya tahu bahawa kekuasaan itu di tangan Allah. Allah memberi kekuasaan kepada sesiapa yang dia suka. Maka janganlah ada komplot untuk mendapatkan kekuasaan itu. Dan janganlah ada tipu helah (penipuan) untuk sampai kepadanya (kekuasaan). Allah Taala telah menceritakan dialog antara Namrud dan Nabi Ibrahim. Apa yang Allah Taala kata? "..Tidakkah engkau (pelik) memikirkan (wahai Muhammad) tentang orang berhujah membantah Nabi Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai Tuhannya (sedangkan dia dalam kekafiran), kerana Allah memberikan orang itu kuasa pemerintahan (Namrud)..." - (Surah al-Baqarah:258, al Quranul Karim) Maka kekuasaan itu Allah diberi kepada sesiapa yang dia mahu. Maka jangan kamu me

Nostalgia 3 Tok Guru

Aku teringat kelas terakhir Fiqh Muqaran Dato' Hashim Yahaya. Dato' Hashim Yahaya ialah bekas Mufti Wilayah Persekutuan. Kelas terakhir tu, instead of mengajar, tiba-tiba dia rasa malas & nak bercerita pulak. Dan penceritaan dia tu membuatkan aku terasa insaf & kata-katanya berbekas sampai ke hari ni. Yang boleh terlencong tu apabila ada satu perenggan dalam muzakkirat (nota) Fiqh Muqaran tu, dia ulas pasal nahu (grammar). Pastu mulalah dia bukak cerita, penah dengar tak matan alfiyah (1000 teks). Uhuk uhuk, aku cuma penah dengar matan arbain (40 teks) je, rasanya kawan-kawan lain pun macam tu. Dia kata matan alfiyah ialah 1000 bait syair hanya mengenai nahu sahaja, dari yang kecik-kecik macam mubtada' khabar sampaila yang kompleks. Sapa yang hafal matan alfiyah tu kira hebatla, grammar Arab memang dalam tangan, dia sendiri mengaku dia tak hafal semua. Dia kata yang dia tau, cuma Mufti Pulau Pinang skang ni, SS Dato' Hassan Ahmad yang hafal, tapi tak taula skan

Mazhab! Kenapa ulama berbeza pendapat?

Image
Assalamualaikum. Setelah difahami mazhab, taasub mazhab, saya bawakan sebab 2 kenapa ulama berbeza pendapat. Yang penting, tak ada ulama muktabar cuba menyalahi sunnah Nabi s.a.w. ANTARA SEBAB-SEBAB PERBEZAAN PENDAPAT PARA ULAMA MUKTABAR MUQADDIMAH 1. PERBEZAAN QIRAAT اختلاف القراءات Contoh : Basuh kaki atau sapu kaki ketika wudhuk. Firman ALLAH : يا أيها الذين آمنوا إذا قمتم إلى الصلاة فاغسلوا وجوهكم وأيديكم إلى الـمرافق وامسحوا برؤوسكم وأرجلَِكم إلى الكعبين (الـمائدة : 6) Nafi’, Ibnu A’mir dan Kisaii membaca secara ‘nasab’ sementara Ibnu Kathir, Abu A’mru dan Hamzah membaca secara ‘jarr’. Bacaan nasab mewajibkan kaki dibasuh kerana ia dia’tafkan (عطف) kepada وجوهكم. Manakala bacaan jar mensyaratkan sapu sahaja. Terdapat empat belas qiraat. Yang tahqik ialah mutawatirnya qiraat yang sepuluh . 2. BERHUJJAH DENGAN QIRAAT SYAZ الاحتجاج بالقراءة الشاذة Al-Quran ialah : - ما نقل إلينا بين دفتي الـمصحف تواترا - الـمنزل على الرسول الـمكتوب فى الـمصاحف الـمنقول عنه عليه الصلاة والسلام نقلا