Dialog dengan seorang profesor

Bismillahir Rahmanir Rahim


DIALOG DENGAN PROFESOR UNIVERSITI

Di dalam salah satu dialog dengan seorang prof lulusan universiti Islam, dia mendakwa Tasawuf bukan dari Islam tapi adalah ciptaan orang bergelar sufi yang banyak ceduk amalan2 Yoga ....!

Apabila di soal siasat rupa2nya dia mendapat info tentang Tasawuf dari buku2 filsafat karangan orientalis Barat. Dia tak pernah berguru didalam disiplin Tasawuf dan tak pernah melalui pendidikan Ilmu Tasawwuf di bawah pimpinan seorang Ulama/ Guru Tasawuf...!!!

Kami bertanya : Bagaimana tuan boleh mempelajari hal ehwal Islam dari orientalis Barat? Bagaimana tuan boleh hukum dan buat " justifikasi" pada sesuatu Ilmu Islam dengan hanya mempelajarinya dari buku2...???

Sedangkan jika tuan mengamati keterangan Ulama2 Tasawwuf dan juga pengakuan Imam2 Mazhab Fiqh, kesufian dan Ilmu Tasawwuf adalah salah satu disiplin Ilmu didalam Islam. Bahkan menjadi Fardhu Ain amalkan Ilmu Tasawwuf sebagaimana wajibnya Ilmu Fiqh dan Ilmu Tauhid!

Nabi perintah kita mengambil Ilmu dari ahlinya. Ilmu Tasawuf adalah menyentuh bab hati yang sangat rumit. Orang yang paling layak memberi keterangan dan panduan berkenaan Tasawuf adalah Ulama2 Tasawwuf. Jadi adakah tuan mengikut adab dan disiplin didalam menuntut Ilmu?

Kami bertanya lagi : Bagaimana tuan kata Tasawuf mempunyai unsur2 persamaan dengan Yoga dan setengahnya di cedok dari ritual Yoga?

Prof : Saya dapati contoh2 latihan meditasi Yoga, latihan nafas, asingkan diri dari manusia dsb adalah persamaan dengan amalan didalam Tasawwuf.

Kami menjawab : Tuan ada membaca kisah Nabi2 dahulu uzlah /khalwah sebelum mereka di angkat menjadi Nabi? Nabi kita Sayyidina Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam uzlah di Gua Hira beberapa lama, jauh dari manusia sebelum di angkat menjadi Nabi? Maka apa yang di susun dan di lakukan oleh Ulama Tasawwuf adalah berdasarkan uzlah Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam.

Jadi cuba prof perhatikan baik2 siapa tiru siapa?


Prof : Ritual Yoga sudah wujud sebelum Islam. Tentulah Tasawuf kemudian sebab Taswuf di cipta oleh ahli Sufi selepas Nabi.


Kami jawab : Sebagaimana kami huraikan sebelum ini semua Nabi2 dahulu berkhalwah/uzah sebelum di angkat oleh Allah menjadi Nabi. Semua Nabi2 dulu membawa ajaran Islam. Semua Nabi2 dahulu menyeru kepada Tauhid yang sama -Sembahlah Allah dan jauhi Taghut. Semua Nabi2 dahulu mengajarkan berkenaan kesucian hati daripada syirik dan mazmumah. Inilah sebenarnya intipati ajaran Tasawwuf.

Ilmu dan amalan batin (Tasawwuf ) sudah wujud sejak Nabi pertama dan manusia pertama iaitu Adam Alaihis Salam kerana hakikat Tasawwuf adalah kesucian hati dan kemurnian Ibadah kepada Allah. Demikian para Nabi Allah yang datang menyeru kepada Tauhid dan kesucian hati (Tasawwuf) kerana tak mungkin berdiri Tauhid tanpa kesucian hati dari segala bentuk syirik dan nifaq!

Apabila Nabi2 ini wafat, manusia kembali kafir, mengambil syaitan menjadi sembahan mereka. Amalan2 batin yang di ajarkan oleh Nabi2 tersebut di selewengkan oleh cerdik pandai agama di zaman itu sehingga akhirnya tercipta berbagai ideologi sesat atas nama agama...... jadilah mereka Hindu, Budha, Yoga, Zoroastra, Satanism.... banyak lagi....!

Sekarang katakan mana datang dulu, amalan Tasawuf atau Yoga? Siapa tiru siapa? Sedangkan Yoga atau agama sesat yang lain adalah hasil penyelewengan yang di lakukan oleh manusia sesat dan kafir ???

Prof : Saya akan buat kajian lagi.....!!!

p/s:Artikel daripada seorang sahabat

Comments

Popular posts from this blog

Biografi Ringkas Imam an-Nawawi رحمه الله

Makrifah Tauhid Bagi Jazam

Aurat Lelaki Ketika Solat