Dakwaan dangkal tentang ilmu tasauf

Bismillahir Rahmanir-Raheem

Kita sering mendengar dakwaan sesetengah orang yang dangkal ilmunya dan dangkal aqalnya bahawa dia cuma akan ikut Qur'an dan Hadis. Ilmu2 Tasawwuf dan Tariqat tak perlu sebab Nabi dan Sahabat tak amalkan.

Ada yang lebih lancang mulutnya dan tangannya yang menulis bahawa Tasawwuf dan Toriqat adalah kononnya mengikut ideologi Hindu, ideologi syiah yang sesat dan lain2.....! Wal Iyazubillah! Mudah2an Allah tidak mengunci mati hati mereka!!!

Perkara ini telah lama berlaku dikalangan Ummat Islam yang jahil dan juga yang alim Fiqh - setengahnya memliki ijazah universiti!

Saya masih ingat lagi ketika muzakarah dengan 'golongan wahabi' pada tahun 1980 di salah sebuah Universiti, mereka tak menerima Tariqat dan Tasawwuf kerana ianya bukan amalan Nabi. Kata mereka "Kami hanya ikut Al-Qur'an dan Hadis Nabi."

Saya berkata, "Sekarang kamu kata ikut Al-Qur'an dan Hadis Nabi sahaja. Kamu tak pakai Ijtihad Ulama Tasawwuf sebab kononnya itu semua rekaan Ulama. Baik sekarang saya tanya satu bab mudah didalam Islam. Cuba kamu ceritakan bagaimana kamu mengerjakan solat. Bagaimana kamu mengambil wudhu' Berapa rukun wudhu, berapa rukun solat? Apa sah dan batal solat? Cuba huraikan.

Mereka semua terdiam sejenak. Kemudian salah seorang 'wahabi' menjawab dengan berani, "Apa soalan ni, rukun solat tentulah 13 perkara."

Saya bertanya, "Mana kamu dapat rukun 13.? Cuba tunjukkan saya di mana didalam AL-Qur'an atau Hadis Nabi menyebut rukun 13 secara syummul dan tafsil. .

Dia menjawab : "Oh ya tentulah didalam Kitab Fiqh"

Kitab Fiqh karangan siapa?

Dia menjawab : Ijtihad Ulama Fiqh.

Jadi kamu ikut Ulama Fiqh....! Kenapa ikut Ulama Fiqh.? Kenapa rujuk kitab Fiqh? Adakah Nabi amalkan Fiqh? Adakah dizaman Nabi terdapat Ilmu Fiqh?

Jika kalian mendakwa hanya mahu merujuk kepada Qur'an dan Hadis Nabi, saya bertanya berapa banyak ayat Qur'an yang kalian hafal, berapa banyak hadis Nabi yang kalian hafal? Ayat Qur'an adalah Kalamullah, mengandungi makna2 yang sangat tersembunyi. Macamana kalian boleh bezakan ayat Qur'an yang Muhkamat atau Mutashabihat?

Demikian Hadis2 Nabi itu mempunyai ribuan periwayatan. Macamana kalian dapat tahu mana Hadis yang sahih dan palsu.

Semua mereka terdiam. Setengahnya angguk2.

Saya lanjutkan pertanyaan, "kalian mahu dalil Qur'an dan Hadis bagi setiap persoalan. Kalau tak ada dalil Qat'ie kalian tak pakai. Ijtihad Ulama/ Perkataan Ulama kalian tak terima. Baik sekarang saya nak tanya bagaimana kalian membaca Al-Qur'an. Anda akan menjawab, dengan bertajwid. Siapa yang ajarkan kalian Tajwid? Cuba tunjukkan saya satu dalil di dalam Qur'an yang mengajarkan kaifiyyat membaca "MAD ARIF LI-SUKUN" ??? Atau cuba sebut didalam Hadis mana menyebut hukum cara membaca "Isymam" mengkut hukum Tajwid.

Semua terdiam lagi.....!

Hukum2 Tajwid adalah Ijtihad Ulama Kiraat yang 7. Ulama2 kiraat seperti Al-Asim mengijtihadkan kaifiyyat membaca Al-Qur'an menurut sebutan dan Tajwid yang betul untuk memudahkan Ummat Islam mengamalkannya.

Demikian halnya dengan Ilmu Tasawwuf dan Toriqat. Semua amalan itu adalah bersumberkan Al-Qur'an dan Hadis Nabi. Ulama2 Tasawwuf menghimpunkannya menjadi satu disiplin Ilmu yang tersusun untuk memudahkan Ummat Islam mengamalkannya. Sebagaimana juga nama Ilmu Fiqh tiada pada masa Nabi. Ianya adalah ijtihad Ulama Fiqh seperti Imam Shafie dll.

..............
Kisah ini di tahun 1980an. Zaman ini sudah berlalu. Sebahagian yang berpegang pada ajaran Wahabi bertaubat dan kembali kepada pegangan Ahlus Sunnah (sebagaimana juga Ibnu Taimiyyah)

Namun zaman berulang. Yang lama sudah tua! Sekarang timbul generasi muda, setengah memegang segulung ijazah di tangan, hafal beberapa hadis.....cuba mencabar Ulama2 Ahlus Sunnah!!!

Adakah mereka akan sedar? Siapa yang akan sedarkan mereka ini?

p/s:Artikel dari salah seorang sahabat

Comments

Popular posts from this blog

Biografi Ringkas Imam an-Nawawi رحمه الله

Makrifah Tauhid Bagi Jazam

Aurat Lelaki Ketika Solat