Ringkasan Manaqib Imam Syafii

Namanya Muhammad.Gelarannya Abu Abdullah.

Nasabnya di sebelah bapa:Muhammad b Idris b al-Abbas b Usman b Syafi' b as-Saib b Ubaid b Abd Yazid b Hasyim b al-Mutallib b Abd Manaf.

Ibunya: Pendapat yang masyhur mengatakan ibunya perempuan daripada suku al-Azd.Anas b Malik meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:الأزد أزد الله

Sandaran ini menunjukkan kemuliaan seperti kita berkata baitullah(rumah Allah), Naqatullah (unta Allah).

Perkahwinannya:Imam Syafii berkahwin dengan Sayyidah Hamidah bt Nafi', cucu Sayyidina Usman b Affan setelah kewafatan Imam Malik pada tahun 197H.Umurnya ketika itu hampir 30 tahun.Beliau juga mempunyai seorang hamba jariah.

Anak2nya: Daripada isterinya yang berketurunan Sayyidina Usman tersebut beliau dikurniakan seorang anak lelaki dan 2 perempuan iaitu Abu Usman Muhammad, Fatimah dan Zainab. Anaknya Abu Usman Muhammad pernah menjadi Qadhi di bandar Halab.

Daripada hambanya beliau dikurniakan seorang lagi anak lelaki yang bernama al-Hasan namun mati ketika masih kecil.

Imam Syafii mempunyai suara yang amat merdu sehingga ulama Mekah apabila hendak menangis kerana takutkan Allah mereka berhimpun mendengar bacaan Quran Imam(pada waktu itu umurnya 13 tahun).Ada di kalangan ulama yang rebah dih depannya kerana menangis mendengar bacaannya.Apabila melihat sedemikian Imam berhenti membaca kerana belas kasihan terhadap mereka.

Tempat dan tarikh lahir: Bulan Rejab tahun 150H(767M) di Ghaza(Palestin).Bapanya meninggal sewaktu beliau masih kecil.Lalu ibunya membawanya ke Mekah untuk menjaga nasabnya.Ketika umurnya 7@9 beliau telah menghafaz Quran.

Gurunya di Mekah:Beliau belajar Quran dengan Ismail b Qastantin, hadis dengan Sufyan b Uyainah, Muslim b Khalid az-Zanji, Said b Salim al-Qadah, Daud b Abd Rahman al-Attar dan Abd Majid b Abd Aziz b Abi Rawad.

Gurunya di Madinah:Beliau talaqqi sunnah dengan Imam Malik b Anas,Ibrahim b Saad al-Ansori, Abd Aziz b Muhammad ad-Darawurdi,Ibrahim b Abi Yahya al-Usami, Muhammad b Said b Abi Fadik dan Abdullah b Nafi' as-Soigh.Yahya b Hasan(murid Imam al-Laits b Saad).

Gurunya di Iraq:Beliau mendengar hadis,Fiqh dan Ulum Quran dengan Waki' b al-Jarrah, Abu Usamah Hamad b Usamah, Ismail b Aliah dan Abd Wahab b Abd Majid.

Maka bilangan gurunya 19 iaitu 5 di Mekah, 6 di Madinah, 4 di Yaman dan 4 di Iraq.Ini yang ditulis oleh Imam Ar-Razi dalam Manaqib Imam Syafii.


Comments

Popular posts from this blog

Biografi Ringkas Imam an-Nawawi رحمه الله

Makrifah Tauhid Bagi Jazam

Aurat Lelaki Ketika Solat