Wednesday, November 25, 2009

Sifat Wujud Allah

Wujud itu sifat nafsiah-ertinya wajib bagi Allah Taala itu bersifat wujudnya dengan zatnya yang menafikan ‘adam sabiq(didahului oleh tiada) dan ‘adam lahiq(diikuti oleh tiada) dam ‘adam mustamir(tiada yang berterusan)

Jikalau ditanyai orang akan dikau apa erti wujud?Jawab olehmu iaitu barang yang tiada dikenal zat melainkan dengan wujud.

Dalil aqli ada Allah Taala ialah ada alam(makhluk) ini.Adanya makhluk ini tanda baharunya dan baharu makhluk ini menjadikan dalil atas adanya Allah kerana tiap2 yang kena jadi tak dapat tidak mesti ada yang menjadikannya.

Dalil naqli firman Allah dalam surah Sajdah ayat 4: “Bermula Allah yang menjadikan petala langit dan bumi dan barang yang di antara keduanya”.

Wujud terbahagi kepada 2:

1)Wujud zati-iaitu wujud Allah Taala yang Maha Esa-bererti adanya Allah bagi zatnya tidak dikeranakan dengan suatu kerana.Dan adanya wajib bagi zatnya pada azali lagi tidak didahului oleh tiada dan tidak diikuti oleh tiada.

2)Wujud bukan zati-iaitu wujud makhluk ini diperbuat oleh Allah.Wujud ini dikeranakan dengan suatu kerana dan diqaidkan dengan masa dan tempat.

Friday, November 20, 2009

Sifat Qidam dan Baqa' Allah

Qidam itu menafikan ‘adam yang mendahulu atas wujud atau tiada permulaan atas wujudNya atau tiada yang memulai di dalam wujudNya.Maka maknanya yang tiga itu bersamaan jua.

Dan erti Baqa’ itu menafikan ‘adam lahiq yakni tiada hubung oleh tiada.Maka inilah makna yang terlebih sah dan kata setengah ulama sifat yang hakikiah dan maknawiyah.Dan kata setengah ulama keduanya itu sifat salbiah namanya.Maka qaul yang akhir itu muktamad.

Syahdan- Kata Syeikh dalam kitab tahzib-“Dan makna Qidam itu terbahagi atas 3 bahagi.Pertama qidam zati namanya.Kedua qidam zamani dan ketiga qidam idhafi.

Erti qidam zati itu iaitu manifestasi daripada wujud yang tiada dahulu lainnya serta tiada tersanad bagi lainnya.Maka iaitu qidam zati namanya.Ertinya zat Allah itu qadim zati namanya.

Erti qidam zamani itu maka iaitu manifestasi daripada barang suatu yang tersandar bagi lainnya serta tiada dahulu oleh ‘adam.Yakni tiada sifat Allah itu qadim zamani namanya kerana tiada dahulu oleh ‘adam serta tersandar bagi zatnya.Dan jangan engkau namai qidam zamani itu ada antara dalam wujudnya zat dan sifat kerana bahawasanya demikian itu mustahil kepada Allah subhanahu wataala.Kerana bahawasanya dalam iktikad kita wujud sifat dan zat itu bersamaan dan ada antaranya tetapi wujud tersandar zat maka dinamai sifat itu qadim zamani.Maka engkau yakinkanlah perkataan itu kerana bahawasanya banyaklah orang yang sesat di dalam kata itu daripada orang yang ahli martabat tujuh yang tiada ditunjuk oleh Allah Taala akan dia kepada jalan yang betul dengan berdapat guru yang mursyid lagi zahid lagi berpegang kepada ahli sunnah wal jamaah.Faham!

Erti qidam idhafi itu iaitu manifestasi daripada lama wujudnya maka iaitu mustahil kepada Allah Taala dan demikian lagi mustahil kepada Allah Taala pula baqa’ idhafi iaitu racan daripada kekal barang suatu di dalam dua zaman.

Dalil qidam:Sekiranya Allah tak bersifat qidam sudah tentu Ia baharu.Kalau ia baharu sudah tentu memerlukan kepada pencipta.Kalau Ia memerlukan pencipta sudah tentulah penciptanya berhajat pula kepada pencipta yang lainMaka berlakulah Daur atau tasalsul.Kedua2 ini adalah mustahil.Natijahnya memerlukanNya kepada pencipta adalah mustahil.Begitu juga mustahil Ia bersifat baharu.Begitu juga kata2 yang mengatakan Ia tidak bersifat qidam adalh mustahil.Natijahnya Allah bersifat qidam.

Dalil Naqli pula firmanNya dalam surah al-Hadid:ayat 2: “Dialah(Allah) yang awal dan Dialah yang akhir.

Dalil baqa’ pula sekiranya harus bagi Allah bersifat tiada nescaya mustahil Ia bersifat qidam.Telah diterangkan sebelum ini Allah wajib bersifat qidamDalil naqli pula surah ar-Rahman:26-27: “Tiap2 suatu yang wujud di atas muka bumi ini binasa.Dan berkekalan zat Tuhanmu (Ya Muhammad) yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan.”

Tuesday, November 17, 2009

Sahabat pun buat bid'ah.Masuk nerakakah mereka?

Antara bid'ah yang dibuat oleh para sahabat.

1)Hadis riwayat Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah ra katanya.Bersabda Rasulullah SAW kepada Bilal ra selepas solat fajar: "Wahai Bilal.Ceritakan kepada aku amalan paling baik yang engkau pernah lakukan dalam Islam?Sesungguhnya aku mendengar bunyi tapak kasut engkau dalam syurga?"Kata Bilal: Tidak ada suatu amalan yang paling baik dalam Islam yang aku buat melainkan setiap kali selepas aku bersuci sama ada waktu malam atau siang kecuali aku solat sunat.

Berkata Ibnu Hajar dalam Fathul Bari:Diambil dari hadis ini harus berijtihad dalam ibadah kerana Bilal ra beristinbat dan dibenarkan perbuatannya oleh Baginda SAW.

Bilal ra mereka satu ibadat yang tidak ada nas daripada AQ dan Hadis.Beliau mengkhususkan amaln tersebut untuk dirinya dan sentiasa melakukannya tanpa merujuk kepada Rasul SAW.Amalannya telah diterima oleh Allah dan menjadi sebab masuknya ke dalam syurga.Dalam riwayat Imam Tirmizi baginda bersabda:"Dengan dua rakaat yang kamu lakukan ini kamu mendapat kedudukan yang tinggi.Rasulullah SAW mengakui amalan yang direka oleh Bilal ra dan menjelaskan solat sunat wuduk sunat kepada seluruh umat.

Baginda tak kat kat pula engkau wahai Bilal telah melakukan bid'ah dan akan kekal dalam neraka.

2-Hadis riwayat Bukhari daripada Rifaah b Rafi' ra katanya Kami bersolat di belakang Nabi.Ketika Baginda bangun iktidal daripada rukuk beliau berzikir Samiallahu liman hamidah.Sahut seorang lelaki:Rabbana walakal hamdu hamdan kasiran toyyiban mubarakan fih.Setelah selesai solat Rasul SAW bertanya:Siapa tadi yang bercakap sekian2?Sahut lelaki tersebut:Saya.Sabda Baginda SAW:Aku melihat lebih daripada 30 malaikat berebut2 untuk mencatat kalimah tersebut"

Berkata al-Hafiz Ibnu Hajar dalam Fathul Bari: Hadis ini menunjukkan harus kita mereka zikir dalam solat yang tidak ma'sur sekiranya zikir tersebut tidak menyalahi yang ma'sur.

Tak pula Nabi kata kepada lelaki berkenaan tak boleh zikir macam ni.Bid'ah.Setiap bid'ah sesat dan masuk neraka.

3-Dalam sohih Muslim daripada Ibnu Umar ranhuma katanya:Ketika kami solat bersam Rasul SAW berkata sseorang lelaki:Allahu Akbaru Kabira,Wal Hamdu lillahi kasira, wa subhanallahi bukratan wa asila.Maka sabda Baginda SAW:Siapa yang mengucapkan kalimah tersebut?Kata lelaki tersebut:Aku Ya Rasulallah.Sabda Baginda SAW:Aku kagum dengannya.Dibuka dengan kalimah tersebutn pintu2 langit.Kata Ibnu Umar: Tak pernah aku tinggalkannya sejak aku dengar sabda Rasul SAW yang berkenaan"

Lihat zikir ini.Mulanya sahabat berkenaan mengucapkannya tanpa ada sandaran daripada kitab dan sunnah.Kemudian diakui oleh Baginda SAW dengan menyebut fadhilatnya dan jelas ia adalah sunnah nabawiah syarifah yang diiltizamkan Sayyidina Ibnu Umar dan majoriti umat selepasnya.Tak pula Nabi kata zikir ni bid'ah dan pelakunya masuk neraka.

Kalau ada yang berkata perkara tersebut harus pada hayat Baginda SAW kerana Baginda akan mengajar para sahabat dengan wahyu daripada Allah.Sekiranya tepat denga hidayah Baginda mengakuinya dan sekiranya sesat Baginda menolaknya.Adapun selepas kewafatan Baginda dan teputus wahyu maka tidak harus.

Di sini dibawakan satu kisah seorang sahabat yang mereka ibadat yang tidak ada nas sedangkan dia tahu dia tidak akan berjumpa lagi Rasul SAW untuk bertanya adakah perbuatannya sunnah hasanah ataupun bid'ah dholalah.Antaranya ialah Sayyida Khubaib b 'Adi ra yang solat 2 rakaat rakaat sebelum dibunuh sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari.Khubaib mereka amalan 2 rakaat bagi setiap orang Islam yang sabar dirinya dibunuh.

Berkata Dr Mahmud Abud Harmusy dalam kitab "al-Bid'atu wa asaruha fi ikhtilafil ummah":Hadis ini jelas menunjukkan Khubaib berijtihad dalam melaksanakn ibadah yang tidak dilakukan oleh Rasul SAW serta tidak pernah diperintahkan.Sedangkan Khubaib tahu beliau akan mati sebelum bertanya amalannya kepada Rasul SAW.Namun begitu beliau melakukan amal "bid'ah" tersebut dalam keadaan dia tahu tidak dapat bertu dengan Nabi SAW lagi.

Adakah Sayyidina Khubaib mati dalam keadaan sesat dan bid'ah dengan melakukan 2 rakaat tersebut.Sudah pasti tidak.Bahkan beliau mukmin soleh lagi syahid yang mulia yang mana Nabi menjawab salamnya dengan sabda Baginda:"Wa alaikas salam ya Khubaib.Beliau telah dibunuh Quraisy"

Puasa2 Sunat

1)Puasa Arafah iaitu hari ke-9 Zulhijjah bagi yang lain daripada orang haji dan orang musafir.Adapun oraang haji jika ketahui bahawasanya sampai ia pada malam ke Arafah dan ia muqim sunat ia puasa.

2)Hari Asyura iaitu hari yang kesepuluh Muharam.

3)Tasu’a iaitu hari yang kesembilan daripada Muharam.

4)Ayyamul Bidh iaitu hari ke 13,14,15 setiap bulan.

5)Ayyamus Sud iaitu hari ke 28,29,30 setiap bulan.

6)6 hari daripada Syawal dan berhubungan dengan hari raya terlebih afdhal.

7)Puasa hari Isnin dan Khamis.

8)Puasa pada hari yang tidak ada makanan bagi seseorang makanan yang dimakan.

9)Puasa Asyhuril Haram iaitu puasa Rejab, Zulqaedah, Zulhijjah dan Muharam.

10)Puasa Sya’ban

11)Dan makruh menunggalkan puasa pada hari Jumaat melainkan dihimpunkan dengan Khamis atau Sabtu.

12)Sunat puasa sehari dan berbuka sehari.

13)Makruh puasa dahr yakni puasa selama-lamanya lain daripada 2 hari raya dan 3 hari tasyriq bagi orang yang takut mudarat dengan puasanya atau takut luput mendirikan hak jika sunat sekalipun dan sunat puasa dahr bagi orang yang lainnya.

Bahaya Wahabi

Salam,

Dipetik daripada http://al-ghari.blogspot.com/

SIAPA SEBENARNYA WAHHABIY?


Istilah Wahhabiy begitu sinonim dengan sejarah peradaban Islam. Ia merujuk kepada aliran pemikiran yang dicetuskan oleh Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab yang lahir pada tahun 1115H di Wadi Hanifah, daerah Uyainah dalam negeri Najd (kini Riyadh). Ayahnya Abdul Wahhab bin Sulaiman bin Ali bin Musyarraf seorang qadhi dalam mazhab hambali. Sayangnya, MAW tidak menelusuri disiplin ilmu sebagaimana lazimnya.

Buktinya, Imam Ibn Humayd al-Hanbali(mantan Mufti Mazhab Hambali di Makkah) menjelaskan bahawa Muhammad bin Abdul Wahhab (MAW) tidak menguasai disiplin ilmu sebagaimana yang menjadi tradisi alim ulamak dan keluarganya pada waktu itu. Sebaliknya, MAW begitu fanatik dengan fahaman dua ulamak kontroversi dalam mazhab Hanbali iaitu: Syeikh Ibn Taimiyyah al-Harrani dan Syeikh Ibn Qayyim al-Jauziyyah. Ditambah dengan beberapa pandangan keras Mazhab Hambali dan ijtihadnya sendiri, maka lihirlah fahaman Wahhabiy. Situasi ini menyebabkan ayahnya begitu murka kepada beliau. (Imam Muhammad bin Abdillah bin Ibn Humayd al-Hambali, wafat 1295), t.thn, Maktabah Imam Ahmad, hlm 275)

Perlu diketahui bahawa Muhammad Abdul Wahhab pada mulanya tidak menzahirkan secara terbuka fahamannya itu semasa ayahnya masih hidup kerana dikhuatiri menimbulkan amarah ayahnya. Akan tetapi, setelah kewafatan ayahnya, beliau mula giat menyebarkan fahamannya. Hal ini menyebabkan beberapa tokoh ulamak di zamannya bangkit bersuara dan berfirasat supaya masyarakat berhati-hati dengan dakyah Muhammad Abdul Wahhab. (Ibn Humayd, hlm 275). Walaupun firasat bukan hujjah qat'iyyah. Namun ia cukup dijadikan sandaran dgn Sabda Nabi SAW : "Takutlah kamu firasat dari orang-orang yang beriman (alim-ulamak) kerana dia melihat dengan cahaya dari Allah SWT."- riwayat Tirmidzi. Tambahan pula, kisah ini diriwayatkan oleh para alim ulamak muktabar. Dan ia boleh dikategorikan sebagai perawi yang tsiqah.

Malah, setelah kewafatan ayahnya,berlaku penyebaran fahaman Wahhabi yang mendatangkan fitnah kepada masyarakat, abangnya sendiri iaitu Syeikh Sulaiman bin Abdul Wahhab telah mengarang dua buah kitab bagi menjelaskan kepincangan fahaman adiknya itu. Iaitu Kitab Fashlu al-Khitab Fi Raddi ala Muhammad Ibn Abdil Wahhab dan Sawa’iq al Ilahiyyah Fi Raddi ala Al-Wahhabiyyah. Dalam penolakan hujjah ilmiyyah ini, abangnya sendiri menjenamakan fahaman pelik adiknya itu dengan fahaman Wahhabiy.

Bagi saya, keterangan kitab ini cukup membuktikan bahawa Syeikh Sulaiman lah antara orang yang TERAWAL menjenamakan fahaman pelik adiknya dengan gelaran "Wahhabiy". Lafaz ini kemudian dipergunakan secara meluas oleh para alim ulamak, sejarahwan (timur & barat) dan awam masyarakat samada secara pro atau kontra. Seterusnya penjenamaan Wahhabiy ini terus digunapakai hingga ke hari ini. Justeru, istilah Wahhabiy sebenarnya telah didefinisikan ulamak dan sejarahwan. Dan ia bukan lagi misteri!. Keterangan ini membuktikan kepada kita bahawa pandangan yang mengatakan ulamak tidak memberi definisi yang jelas terhadap wahhabiy adalah jauh tersasar dari fakta ilmiyyah.

Memandangkan kemunculan fahaman Wahhabiy disanggah para alim ulamak dan rekod hitam yang dimiliki gerakan ini, penjenamaan baru dirasakan perlu bagi menerapkan metodologi Wahhabiy. Jika anda mengkaji sejarah, gerakan ini terlibat dengan rentetan peperangan yang panjang hampir 200 tahun lamanya dengan Kerajaan Islam Turki Uthmaniyyah sebelum mereka menguasai Jazirah Arab. Setelah Makkah dan Madinah dikuasai mereka hasil konspirasi politik dan campurtangan british, mereka mula memperkenalkan diri mereka dengan pelbagai jenama. Antaranya : Salafiy, Salafiyyah, Ikhwan al-Najd dan lain-lain. Fahaman ini kemudiannya dieksport ke serata dunia. Di Malaysia, pada zaman sebelum dan sesudah merdeka, mereka menggelarkan diri mereka dengan fahaman Pan Islamisme, Kaum Muda, Ittiba' al-Sunnah, Ansar al-Sunnah dan lain-lain.

Dan kini, mereka mendakwa mereka adalah golongan Tajdid, al-Sunnah, Protaz, Muslim progresif dan pelbagai istilah yang sedap didengar. Hakikatnya, mereka memperjuangkan metodologi yang sama seperti perjuangan MAW dahulu.Iaitu mengeksploitasi nusus mutsyabihaat, membid'ah dan menyesatkan umat Islam dengan isu furuk, mencetuskan ketegangan masyarakat dan bersifat radikal dalam memahami agama.

Awas! mereka ini akan menggunakan pelbagai sumber dan kekuatan untuk menerapkan fahaman mereka. Malah ramai dari kalangan cerdik pandai tidak memahami status fahaman ini. Sesetengah alim ulamak kita masih diulit mimpi lena tentang isu ini. Sesetengah kita pula hanya tahu mengucapkan perkataan : "..alah, ni soal khilafiyyah." Isu Wahhabiy ni kecil je...Majlis Fatwa memutuskan : Wahhabiy bukan ajaran sesat..tingkap disangka pintu..dan macam-macam lagi kenyataan. Soalnya, kenapa golongan ini suka menyesatkan umat Islam dengan perkara khilaf. Insya Allah, saya akan buktikan pada anda semua bahawa isu Wahhabiy bukan sekadar khilafiyyah furu'iyyah. Sebaliknya isu yang berkait rapat dgn soal akidah, syariah, fakta sejarah, akhlak, perpaduan ummah dan keselamatan negara.

Pembaca budiman, anda perlu sedar bahawa terdapat beratus-ratus kitab menjelaskan kekeliruan Wahhabiy. Diantara ulamak terkemuka yang menulis dan menjelaskan tentang Wahhabiy ialah : Imam Ibn ‘Abidin, Imam Ibn Humayd al-Hambali (mantan Mufti Hambali di Makkah), Syeikh Sayyed Ahmad Zaini Dahlan (Mantan Mufti Syafi’iyyah di Makkah), Syeikh Sulaiman bin Abdul Wahhab (abang pengasas Wahhabiy), Imam Habib Abdullah Alawi al-Haddad, Syeikh Muhammad hayat al-Sindi, Syeikh Abd Rahman al-Kuzbari, al-Musnid Syeikh Muhammad bin Sulaiman al-Kurdi, Syeikh Muhammad Zahid al-Kautsari, Syeikh Abdullah al-Siddiq al-Ghumari , Syeikh al-Musnid Muhammad Yasin al-Fadani dan ramai lagi.

Antara ulamak besar kontemporari yang menempelak sikap pelampau Wahhabiy ialah : Syeikh Umar Hasyim (mantan Rektor al-Azhar), Syeikh Ali Jumaah (Mufti Mesir- Mufti ini sendiri pernah ditumbuk pelampau Wahhabiy dalam satu masjid selepas beliau mengatakan harus menyambut maulid Nabi SAW) sebahagian besar ulamak al-Azhar al-Syarif, Dr Yusof al-Qardawi (Qatar) Syeikh Yusuf Hasyim al-Rifaie (Kuwait),Syeikh Jamil Halim al-Husaini, Syeikh Ahmad 'Ajour (Lubnan) Syeikh Ahmad Khalili (Mufti Oman), Syeikh Nuh al-Qudah (Mufti Jordan), Syeikh Hassan al-Saqqaf (Jordan) Syeikh Nuh Keller (US) Syeikh Salim Ulwan al-Hasani (AUS), Syeikh Wahbah Mustafa al-Zuhaili, Syeikh Usamah Sayyid (Mesir), Syeikh Mutwalli Sya’rawi (Mesir), Syeikh Mahmud Said Mamduh (UAE),Syeikh Gibril Fuad al-Haddad, Syeikh Ibrahim al-Kattani, Habib Umar al-Hafiz, Habib Anis al-Musawa (Yaman) dan ramai lagi.Di nusantara pula sebahagian besar ulamak yang beraliran tradisi-talaqqi menolak fahaman Wahhabiy.
Antara ulamak nusantara yang mengkritik keras fahaman Wahhabiy ialah :1) Syeikh PaK Da Eil al-Fathani dan sebahagian besar ulamak Fathoni2) Syeikh Abdullah Fahim3) Syeikh Hj Yahya Kupang4) Syeikh Ahmad bin Muhammad Zayn al-Fathoni5) Tok Kenali, Syeikh Abdullah Tahir Bunut Payung,Tok Selehong, Tok Pulau Pisang, Tok Ku Paloh6) Syeikh Abdullah Fahim, Habib Ali al-Jufri, Habib Anis Solo (Indon)7) Syeikh Pak Chu Him Gajah Mati, Tn Guru Hj Lah Lubok Tapah, Tn Guru Hj Hasyim, Pasir Tumboh8) Syeikh Wan Ali Kutan, Syeikh Tengku Mahmud Zuhdi, Syeikh Habib Noh9) Syeikh Alwi binTohir al-Hadd, Kiyai Hj Sirajuddin Abbas, Syeikh Mustafa Suhaimi DLL10) Para Mufti dari Brunei, Singapore, Kemboja, MUI, Mufti Malaysia (kecuali Perlis) semuanya menolak Wahhabiy.

Hakikat ini diketahui semua termasuklah bagi mereka yang bertindak sebagai pendakwah Wahhabiy. Namun, terpulang bagi mereka samada mendustakan hakikat atau terus ingin menggunakan metodologi wahhabiy bagi menyanggah fahaman dan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah arus perdana : akidah (Asyairah/maturidiyyah), feqah (mazhab jumhur ulamak) atau tasawwuf (Sufi yang Haq). Atau mereka juga tetap ingin bersikap keras kepala dengan para alim ulamak Sunni di atas.

Semua keterangan ini membuktikan kepada kita bahawa tiada yang misteri dalam fahaman Wahhabiy. Istilah "Misteri" sepatutnya dilabelkan kpd sesiapa yang bersungguh2 memperjuangkan Wahhabiy. Ia merentasi sempadan kaum, masa, tempat dan keadaan. Soalannya, Jika intisari fahaman ini benar, kenapa ada pertentangan dengan mazhab. Jika fahaman ini tidak bermasalah, kenapa para ulamak muktabar mengkritik fahaman ini dengan kritikan yang keras. Kita hairan..dalam negara umat Islam, kenapa golongan ini sanggup menghabiskan duit yang banyak, menggunakan saluran kedutaan dan bermati-matian menyebarkan Wahhabiy di negara ini.

Lebih parah lagi, apabila sebahagian dari mereka yang berfahaman Wahhabiy mempengaruhi orang politik dan kenamaan. Sebahagian pula mengambil tempat strategik dalam jawatan awam. Dalam sesetengah keadaan..mereka bertaqiyyah (menyembunyikan fahaman). Tetapi bila mereka memiliki kekuatan..mereka mula cuba mempengaruhi kita dengan dakyah dan pengaruh politik mereka. Ini satu misteri yang perlu dibongkar. Semoga kita semua sedar akan bahaya fahaman ini. Dan selamatkanlah umat ini dari huru-hara agama.

Monday, November 16, 2009

Mursyid Dalam Tariqat

Allah Swt. berfirman:
"Barangsiapa mendapatkan kesesatan, maka ia tidak akan menemukan (dalah hidupnya) seorang wali yang mursyid" (Al-Qur´an).

Dalam tradisi tasawuf, peran seorang Mursyid (pembimbing atau guru ruhani) merupakan syarat mutlak untuk mencapai tahapan-tahapan puncak spiritual. Eksistensi dan fungsi Mursyid atau wilayah kemursyidan ini ditolak oleh sebagaian ulama yang anti tasawuf atau mereka yang memahami tasawuf dengan cara-cara individual. Mereka merasa mampu menembus jalan ruhani yang penuh dengan rahasia menurut metode dan cara mereka sendiri, bahkan dengan mengandalkan pengetahuan yang selama ini mereka dapatkan dari ajaran Al-Qur´an dan Sunnah. Namun karena pemahaman terhadap kedua sumber ajaran tersebut terbatas, mereka mengklaim bahwa dunia tasawuf bisa ditempuh tanpa bimbingan seorang Mursyid.

Pandangan demikian hanya layak secara teoritis belaka. Tetapi daslam praktek sufisme, hampir bisa dipastikan, bahwa mereka hanya meraih kegagalan spiritual. Bukti-bukti historis akan kegagalan spoiritual tersebut telah dibuktikan oleh para ulama sendiri yang mencoba menempuh jalan sufi tanpa menggunakan bimbingan Mursyid. Para ulama besar sufi, yang semula menolak tasawuf, seperti Ibnu Athaillah as-Sakandari, Sulthanul Ulama Izzuddin Ibnu Abdis Salam, Syeikh Abdul Wahab asy-Sya´rani, dan Hujjatul Islam Abu Hamid Al-Ghazali akhirnya harus menyerah pada pengembaraannya sendiri, bahwa dalam proses menuju kepada Allah tetap membutuhkan seorang Mursyid.

Masing-masing ulama besar tersebut memberikan kesaksian, bahwa seorang dengan kehebatan ilmu agamanya, tidak akan mampu menempuh jalan sufi, kecuali atas bimbingan seorang Syekh atau Mursyid. Sebab dunia pengetahuan agama, seluas apa pun, hanyalah "dunia ilmu", yang hakikatnya lahir dari amaliah. Sementara, yang dicerap dari ilmu adalah produk dari amaliah ulama yang telah dibukakan jalan ma´rifat itu sendiri.

Jalan ma´rifat itu tidak bisa begitu saja ditempuh begitu saja dengan mengandalkan pengetahuan akal rasional, kecuali hanya akan meraih Ilmul Yaqin belaka, belum sampai pada tahap Haqqul Yaqin. Alhasil mereka yang merasa sudah sampai kepada Allah (wushul) tanpa bimbingan seorang Mursyid, wushul-nya bisa dikategorikan sebagai wushul yang penuh dengan tipudaya. Sebab, dalam alam metafisika sufisme, mereka yang menempuh jalan sufi tanpa bimbingan ruhani seorang Mursyid, tidak akan mampu membedakan mana hawathif-hawathif (bisikan-bisikan lembut) yang datang dari Allah, dari malaikat atau dari syetan dan bahkan dari jin. Di sinilah jebakan-jebakan dan tipudaya penempuh jalan sufi muncul. Oleh sebab itu ada kalam sufi yang sangat terkenal: "Barangsiapa menempuh jalan Allah tanpa disertai seorang guru, maka gurunya adalah syetan".

Oleh sebab itu, seorang ulama sendiri, tetap membutuhkan seorang pembimbing ruhani, walaupun secara lahiriah pengetahuan yang dimiliki oleh sang ulama tadi lebih tinggi dibanding sang Mursyid. Tetapi, tentu saja, dalam soal-soal Ketuhanan, soal-soal bathiniyah, sang ulama tentu tidak menguasainya.

Sebagaimana ayat al-Qur´an di atas, seorang Syekh atau Mursyid Sufi, mesti memiliki prasyarat yang tidak ringan. Dari konteks ayat di atas menunjukkan bahwa kebutuhan akan bimbingan ruhani bagi mereka yang menempuh jalan sufi, seorang pembimbing ruhani mesti memiliki predikat seorang yang wali, dan seorang yang Mursyid. Dengan kata lain, seorang Mursyid yang bisa diandalkan adalah seorang Mursyid yang Kamil Mukammil, yaitu seorang yang telah mencapai keparipurnaan ma´rifatullah sebagai Insan yang Kamil, sekaligus bisa memberikan bimbingan jalan keparipurnaan bagi para pengikut thariqatnya.

Tentu saja, untuk mencari model manusia paripurna setelah wafatnya Rasulullah saw. terutama hari ini, sangatlah sulit. Sebab ukuran-ukuran atau standarnya bukan lagi dengan menggunakan standar rasional-intelektual, atau standar-standar empirisme, seperti kemasyhuran, kehebatan-kehebatan atau pengetahuan-pengetahuan ensiklopedis misalnya. Bukan demikian. Tetapi, adalah penguasaan wilayah spiritual yang sangat luhur, dimana, logika-logikanya, hanya bisa dicapai dengan mukasyafah kalbu atau akal hati.

Karenanya, pada zaman ini, tidak jarang Mursyid Tarekat yang bermunculan, dengan mudah untuk menarik simpati massa, tetapi hakikatnya tidak memiliki standar sebagai seorang Mursyid yang wali sebagaimana di atas. Sehingga saat ini banyak Mursyid yang tidak memiliki derajat kewalian, lalu menyebarkan ajaran tarekatnya. Dalam banyak hal, akhirnya, proses tarekatnya banyak mengalami kendala yang luar biasa, dan akhirnya banyak yang berhenti di tengah jalan persimpangan.

Lalu siapakah Wali itu? Wali adalah kekasih Allah Swt. Mereka adalah para kekasih Allah yang senanatiasa total dalam tha´at ubudiyahnya, dan tidak berkubang dalam kemaksiatan. Dalam al-Qur´an disebutkan:

"Ingatlah, bahwa wali-wali Allah itu tidak pernah takut, juga tidak pernah susah."
Sebagian tanda dari kewalian adalah tidak adanya rasa takut sedikit pun yang terpancar dalam dirinya, tetapi juga tidak sedikit pun merasa gelisah atau susah. Para Wali ini pun memiliki hirarki spiritual yang cukup banyak, sesuai dengan tahap atau maqam dimana, mereka ditempatkan dalam Wilayah Ilahi di sana. Paduan antara kewalian dan kemursyidan inilah yang menjadi prasyarat bagi munculnya seorang Mursyid yang Kamil dan Mukammil di atas.

Dalam kitab Al-Mafaakhirul ´Aliyah, karya Ahmad bin Muhammad bin ´Ayyad, ditegaskan, -- dengan mengutip ungkapan Sulthanul Auliya´ Syekh Abul Hasan asy-Syadzily ra, -- bahwa syarat-syarat seorang Syekh atau Mursyid yang layak - minimal -ada lima:

1. Memiliki sentuhan rasa ruhani yang jelas dan tegas.
2. Memiliki pengetahuan yang benar.
3. Memiliki cita (himmah) yang luhur.
4. Memiliki perilaku ruhani yang diridhai.
5. Memiliki matahati yang tajam untuk menunjukkan jalan Ilahi.

Sebaliknya kemursyidan seseorang gugur manakala melakukan salah satu tindakan berikut:

1. Bodoh terhadap ajaran agama.
2. Mengabaikan kehormatan ummat Islam.
3. Melakukan hal-hal yang tidak berguna.
4. Mengikuti selera hawa nafsu dalam segala tindakan.
5. Berakhal buruk tanpa peduli dengan perilakunya.

Syekh Abu Madyan - ra- menyatakan, siapa pun yang mengaku dirinya mencapai tahap ruhani dalam perilakunya di hadapan Allah Swt. lalu muncul salah satu dari lima karakter di bawah ini, maka, orang ini adalah seorang pendusta ruhani:

1. Membiarkan dirinya dalam kemaksiatan.
2. Mempermainkan thaat kepada Allah.
3. Tamak terhadap sesama makhuk.
4. Kontra terhadap Ahlullah
5. Tidak menghormati sesama ummat Islam sebagaimana diperintahkan Allah Swt.

Syekh Abul Hasan Asy-Syadzili mengatakan, "Siapa yang menunjukkan dirimu kepada dunia, maka ia akan menghancurkan dirimu. Siapa yang menunjukkan dirimu pada amal, ia akan memayahkan dirimu. Dan barangsiapa menunjukkan dirimu kepada Allah Swt. maka, ia pasti menjadi penasehatmu."

Ibnu Athaillah as-Sakandari dalam kitab Al-Hikam mengatakan, "Janganlah berguru pada seseorang yang yang tidak membangkitkan dirimu untuk menuju kepada Allah dan tidak pula menunjukkan wacananya kepadamu, jalan menuju Allah".

Seorang Mursyid yang hakiki, menurut Asy-Syadzili adalah seorang Mursyid yang tidak memberikan beban berat kepada para muridnya.

Dari kalimat ini menunjukkan bahwa banyak para guru sufi yang tidak mengetahui kadar bathin para muridnya, tidak pula mengetahui masa depan kalbu para muridnya, tidak pula mengetahui rahasia Ilahi di balik nurani para muridnya, sehingga guru ini, dengan mudahnya dan gegabahnya memberikan amaliyah atau tugas-tugas yang sangat membebani fisik dan jiwa muridnya. Jika seperti demikian, guru ini bukanlah guru yang hakiki dalam dunia sufi.

Jika secara khusus, karakteristik para Mursyid sedemikian rupa itu, maka secara umum, mereka pun berpijak pada lima (5) prinsip thariqat itu sendiri:

1. Taqwa kepada Allah swt. lahir dan batin.
2. Mengikuti Sunnah Nabi Saw. baik dalam ucapan maupun tindakan.
3. Berpaling dari makhluk (berkonsentrasi kepada Allah) ketika mereka datang dan pergi.
4. Ridha kepada Allah, atas anugerah-Nya, baik sedikit maupun banyak.
5. Dan kembali kepada Allah dalam suka maupun duka.

Manifestasi Taqwa, melalaui sikap wara´ dan istiqamah.
Perwujudan atas Ittiba´ sunnah Nabi melalui pemeliharaan dan budi pekerti yang baik. Sedangkan perwujudan berpaling dari makhluk melalui kesabaran dan tawakal. Sementara perwujudan ridha kepada Allah, melalui sikap qana´ah dan pasrah total. Dan perwujudan terhadap sikap kembali kepada Allah adalah dengan pujian dan rasa syukur dalam keadaan suka, dan mengembalikan kepada-Nya ketika mendapatkan bencana.

Secara keseluruhan, prinsip yang mendasari di atas adalah:
1) Himmah yang tinggi,
2) Menjaga kehormatan,
3) Bakti yang baik,
4) Melaksanakan prinsip utama; dan
5) Mengagungkan nikmat Allah Swt.

Dari sejumlah ilusttrasi di atas, maka bagi para penempuh jalan sufi hendaknya memilih seorang Mursyid yang benar-benar memenuhi standar di atas, sehingga mampu menghantar dirinya dalam penempuhan menuju kepada Allah Swt.

Rasulullah saw. adalah teladan paling paripurna. Ketika hendak menuju kepada Allah dalam Isra´ dan Mi´raj, Rasulullah Saw. senantiasa dibimbing oleh Malaikat Jibril as. Fungsi Jibril di sini identik dengan Mursyid di mata kaum sufi. Hal yang sama, ketika Nabiyullah Musa as, yang merasa telah sampai kepada-Nya, ternyata harus diuji melalui bimbingan ruhani seorang Nabi Khidir as. Hubungan Musa dan Khidir adalah hubungan spiritual antara Murid dan Syekh. Maka dalam soal-soal rasional Musa as sangat progresif, tetapi beliau tidak sehebat Khidir dalam soal batiniyah.

Karena itu lebih penting lagi, tentu menyangkut soal etika hubungan antara Murid dengan Mursyidnya, atau antara pelaku sufi dengan Syekhnya. Syekh Abdul Wahhab asy-Sya´rani, (W. 973 H) secara khusus menulis kitab yang berkaitan dengan etika hubungan antara Murid dengan Mursyid tersebut, dalam "Lawaqihul Anwaar al-Qudsiyah fi Ma´rifati Qawa´idus Shufiyah".

Saturday, November 14, 2009

Hukum Orang Murtad dan Meninggalkan Solat

Murtad adalah sekeji2 jenis kufur.Murtad di sisi bahasa bermaksud kembali daripada sesuatu kepada selainnya.Dari segi istilah syarak pula bermaksud keluar daripada Islam dengan niat kufur ataupun mengucapkan perbuatan kufur atau melakukan perbuatan kufur seperti sujud kepada berhala.Sama ada dengan mengejek2 ataupun iktiqad.Seperti orang yeng beriktiqad Pencipta(Allah) bersifat baharu.

Sesiapa yang murtad daripada Islam sama ada lelaki mahupun wanita seperti mereka yang mengingkari kewujudan Allah ataupun mendustakan mana2 Rasul ataupun menghalalkan Perkara yang haram dengan ijmak ulama seperti zina,minum arak.Ataupun mengharamkan perkara yang halal dengan ijmak seperti nikah dan jual beli.Terutamanya kaum wanita.Jangan sampai tak sanggup dimadukan mengharamkan amalan poligami yang dihalalkan dengan ijmak.

Dalam perkara di atas semuanya menyebabkan seseorang jadi murtad.Hukumnya, mereka wajib dengan segera diminta bertaubat mengikut pendapat yang asoh dalam mazhab Syafii.Mengikut satu lagi pendapat(muqabil asoh), sunat segera minta taubat bagi yang menghalalkan yang haram dan boleh ditangguh minta taubat bagi yang mengharamkan yang halal.

Tempoh suruh taubat ialah selama 3 hari.Sekiranya mereka bertaubat dan kembali kepada Islam dengan mengucap 2 kalimah syahadah mengikut tertib iaitu beriman kepada Allah dahulu kemudian Rasul.Sekiranya sebliknya(Rasul dahulu) tak sah sebagaimana pendapat Imam Nawawi dalam syarah al-Muhazzab ketika membicarakan niat wuduk.

Sekiranya orang murtad tidak mahu bertaubat maka dibunuh berdasarkan hadis riwayat Bukhari daripada Ibnu Abbas r.anhuma katanya:Sabda Nabi SAW: “Barangsiapa yang menukar agamanya maka kalian bunuhlah ia”.Begitu juga sabda Nabi SAW: “Tidak halal darah seorang Islam kecuali dengan 3…(salah satunya)orang yang berpisah daripada agamanya yang lari daripada jamaah’. Lari daripada jamaah bukan bermasud lompat parti atau jamaah Muslimin macam PAS,JIM,ABIM,Tabligh tapi murtad daripada Islam.

Wajib disuruh bertaubat dan memintanya kembali kepada Islam sebelum dibunuh sebagaimana diriwayatkan oleh ad-Daraqutni daripada Jabir ra: Sesungguhnya seorang perempuan yang dipanggil Ummu Ruman murtad.Maka Nabi SAW menyuruh supaya diajak kembali kepada Islam.Sekiranya bertaubat lepaskan ia dan sekiranyak tidak, maka ia dibunuh”.

Satu lagi dalil yang mengatakan tempoh taubat ialah 3 hari ialah kata2 Saidina Umar ra kepada seorang yang murtad lalu dibunuh serta-merta.Kata beliau: “Adakah kamu telah penjarakannya selama 3 hari dan memberikannya makanan pada setiap hari?Serta kamu minta pula dia bertaubat moga2 dia bertaubat dan kembali kepada perintah Allah?” Kemudian kat Umar lagi: “Ya Allah saksikan aku tak menyuruh dilakukan sedemikian terhadan si polan berkenaan!Dan aku tidak redha dengan apa yang telah terjadi.(rujuk Muwatta’)

Bagi mereka yang mengambil pendapat orang murtad boleh dihukum bunuh dengan serta merta juga mempunyai dalil.Antaranya yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim ketika mana Abu Musa al-Asyari ra ditugaskan menjadi gabenor Yaman.Suatu ketika Muaz b Jabal melawatnya lalu dihamparkan hamparan dan dipersilakan duduk.Lalu Muaz terlihat seorang lelaki yang terikat lalu tanyanya: Apa ini?Dijawab:Beliau asalnya seorang Yahudi kemudian memeluk Islam setelah itu kembali menjadi Yahudi.Kata Muaz: Aku tak akan duduk sehingga lelaki ini dibunuh berdasarkan hokum Allah dan Rasul.Diulanginya 3 kali.Lalu lelaki tersebut dibunuh.

Orang yang layak menjatuhkan hukuman bunuh adalah Imam(pemerintah) sekiranya yang murtad itu merdeka dengan dipancung kepalanya.Tidak boleh dengan cara membakar dan lainnya.Sekiranya bukan Imam yang membunuh orang murtad, maka beliau(yang membunuh murtad) dikenakan takzir oleh Imam.Sekiranya si murtad seorang hamba harus bagi tuannya membunuhnya mengikut pendapat yang asoh.

Setelah dibunuh, mayat si murtad tak boleh dimandikan, disolatkan, atau ditanam di perkuburan muslimin keran dia telah terkeluar daripada kaum muslimin.Firman Allah: “Dan sesiapa yang murtad di kalangan kamu daripada agamanya lalu ia mati maka ia tergolong orang yang kafir”(al-Baqarah:217)

Bagi mereka yang meninggalkan solat 5 waktu pula terbahagi kepada 2.Pertama mereka yang meninggalkan solat sedangkan ia mukallaf serta menafikan hokum wajib solat.Maka hukumnya adalah murtad dan sama halnya seperti yang telah disebut di atas.

Kedua orang yang meninggalkan solat kerana malas sampai terkeluar waktu solat dal keadaan beliau tetap mengakui kewajipan solat.Maka dia wajib disuruh bertaubat. Sekiranya dia bertaubat dan melakukan solat maka dilepaskan daripada hukuman. Sekiranya tak bertaubat maka dia dibunuh sebagi hokum hudud sebagai balasan meninggalkan solat fardhu.

Dalilnya, riwayat Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Umar Ranhuma sesungguhnya Baginda bersabda: “Aku disuruh untuk memerangi manusia sehinggalah mereka mengucap 2 kalimah syahadah, mendirikan solat,membayar zakat.Apabila mereka melakukan perkara tersebut terpelihara daripadaku darah dan harta mereka kecuali dengan haq Islam.Dan hisab mereka urusan Allah”.

Hadis ini menunjukkan sesiapa yang mengakui 2 kalimah syahadah tetap diperangi sekiranya tidak melaksanakan solat.Tetapi mereka tidak kafir dengan dalil hadis riwayat Abu Daud daripada Ubadah b as-Somit ra katanya:Aku dengar sabda Baginda: “5 fardhu solat diwajibkan oleh Allah ke atas hambaNya.Sesiapa yang melaksanakannya dan tidak melengahkannya serta menjaga haqnya,maka baginya suatu janji daripada Allah untuk memasukkannya dalam syurga.Manakala sesiapa yang tidak melaksanakannya tidak mendapat janji Allah yang tersebut.Sekiranya dikehendaki Allah diazabnya dan sekiranya dikehendaki Allah dimasukkannya ke dalam syurga”.

Hadis ini menunjukkan orang yang meninggalkan solat tidak kafir kerana kalau ia kafir sudah tentu tidak dapat masuk syurga secara qat’i.Maka ditanggungkan hadis ini kepada orang yang meninggalkan solat kerana malas.

Jadi orang yang meninggalkan solat kerana malas dihukum hudud bunuh bukan kerana kafir.Maka hukumnya tetap seperti jenazah muslim yag lain iaitu ditanam di perkuburan oaring Islam, dimandikan, dikafankan dan disolatkan ke atasnya kerana ia tidak terkeluar daripada agama Islam.

Friday, November 13, 2009

Anak Panah Yang Tepat Kepada Puak Dakyah Palsu

Telah berlaku pada zaman kini sedikitnya dan hina nilai ilmu dan banyaknya kejahilan, geng tolol di kalangan penuntut ilmu.Syaitan membisikkan kepada mereka bahawa mereka mujtahid mutlak sehingga mereka menyangka diri seperti Imam Syafii,Malik, Ahmad dan an-Nukman r.anhum.Sesungguhnya pendakwaan diri sebagai mujtahid pada zaman ini walau sealim mana sekalipun adalah dakyah palsu.

Ketahuilah telah terputus ijtihad sejak beratus tahun yang lalu dengan ittifaq ulama2 mazhab.Dan tak dapat tidak bagi seorang muslim mengikuti salah satu dari mazhab yang empat kerana lemahnya daripada memahami kitab,sunnah dan istinbat hokum daripadanya secara individu.Dengan demikian dia telah menurut ajaran kitab Allah dan sunnah dengan bertaqlid kefahaman imam yang diikutinya.Umat Muhammad Alhamdulillah tidak terkeluar dengan mengikuti imam2 tersebut daripada mengikuti kitab Allah dan sunnah.

Berkata al-Allamah asy-Syihab ibnu Hajar al-Haithami:Ketika Imam al-Jalal as-Suyuti mendakwa dirinya mujtahid bangkit ulama2 lain sezamannya dan menulis kepadanya beberapa soalan dalam masaalah2 yang ulama membiarkan di dalamnya ada dua wajah (pendapat) lalu mereka meminta daripadanya sekiranya beliau di kalangan mujtahid yang paling rendah martabatnya(mujtahid fatwa) maka sebutkan pendapat yang paling rajih dalam masalah tersebut berdasarkan dalil dan qawaiq mujtahidin.Imam as-Suyuti memberi jawapan dan beralasan beliau mempunyai urusan lain daripada mengkaji masalah2 tersebut.

Berkata asy-Syihab:Telitilah bagaimana susahnya martabat mujtahid fatwa yang merupakan martabat ijtihad paling rendah.Lebih2 lagilah ijtihad mutlak.

Aku(refah00) berkata:Aku hairan bagaimana penuntut ilmu zaman moden boleh berpendapat kita perlu ambil hokum terus daripada kitab dan Sunnah serta mengenepikan kitab2 fiqh yang muktabar.Malah kitab2 fiqh dan ulama diperlekehkan.Wallahu A’lam.

Tuesday, November 10, 2009

Kenduri Walimah

1) Megadakan kenduri kahwin adalah sunnat dan digalakkan manakala menghadiri jemputan kenduri kahwin pula adalah wajib berdasarkan pandangan yang terpilih. Kewajipan menghadiri majlis kenduri kahwin adalah apabila tiada sebarang keuzuran.
2) Apabila seseorang yang dijemput untuk menghadiri kenduri kahwin tersebut berpuasa dengan puasa sunat, maka sekiranya dengan sebab orang tersebut terus berpuasa akan menyebabkan kesedihan dan kekesalan pada hati tuan rumah yang mengadakan mejlis kenduri kahwin, maka orang yang berpuasa sunat tersebut disunatkan untuk berbuka puasa demi untuk meraikan tuan rumah yang mengadakan majlis kenduri kahwin. Namun sekiranya tuan rimah tidak kisah dan tidak merasa sedih sekiranya orang yang dijemput terus berpuasa, maka orang yang berpuasa itu lebih baik meneruskan puasanya.
3) Orang yang berpuasa wajib seperti puasa qadha ataupun puasa nazar diharamkan untuk berbuka puasa semata-mata erana ada majlis kenduri kahwin kerana puasanya adalah puasa wajib.
*********************************
Berikut pula adalah hukum-hukum yang berkenaan dengan tetamu sama ada dalam majlis kenduri kahwin ataupun bukan
1) Apabila tuan rumah telahpun menghidangkan makanan di hadapan tetamu yang berkunjung, tetamu boleh untuk memakan makanan yang dihidangkan sekalipun tuan rumah tidak mempelawanya untuk makan. Ini kerana hidangan makanan yang diletakan di hadapan tetamu adalah satu qarinah (tanda dan bukti) bahawa tuan rumah sebenarnya ingin menjemput tetamu untuk makan. Namun sekiranya ada sebarang tanda bahawa tuan rumah tidak membenarkan tetamu untuk makan selepas makanan dihidangkan seperti tuan rumah masih menunggu kedatangan beberapa orang tetamu lain yang masih belum sampai, maka makanan yang dihidangkan tidak boleh dimakan melainkan setelah diizinkan oleh tuan rumah ataupun setelah tetamu yang ditunggu telah tiba.
2)Seseorang tetamu yang dihidangkan makanan di hadapannya hanya boleh untuk makan sahaja. Dia diharamkan membungkus makanan tersebut untuk dibawa pulang, dia juga diharamkan untuk memberikan makanan tersebut kepada kucing ataupun kepada orang lain yang meminta makanan tersebut daripadanya. Namun sekiranya tuan rumah merestui, maka tetamu boleh untuk membungkus makanan tersebut untuk dibawa pulang dan boleh untuk memberikannya kepada binatang atau manusia lain.
3) Seseorang tetamu boleh untuk mengagihkan makanan yang dihidangkan kepadanya kepada tetamu yang lain dengan syarat tuan rumah tidak mengkhususkan makanan tertentu kepada tetamu tertentu sahaja. Sekiranya tuan rumah telahpun mengkhususkan bahawa makanan tertentu (contohnya udang) hanya untuk tetamu A, maka haram bagi tetamu A memberikan makanan tersebut kepada tetamu B melainkan dengan izin daripada tuan rumah.
4) Perbuatan tuan rumah yang membeza-bezakan makanan tertentu hanya untuk tetamu tertentu sahaja adalah makruh.
5) Seseorang itu diharamkan untuk pergi ke mana-mana majlis makan tanpa dijemput oleh tuan rumah melainkan sekiranya orang yang datang tanpa undangan tersebut tahu bahawa tuan rumah tidak akan marah dan terasa sekiranya dia datang ke majlis makan tersebut.
6) Tidak mengapa (al-Jawaz) sekiranya dalam majlis kenduri ada makanan, duit dan sebagainya dicampakkan kepada pengantin atau hadirin yang akan dikutip dan dimiliki oleh para hadirin. Ini kerana tindakan seperti ini hanyalah sebagai tanda tuan rumah ingin menghadiahkan benda yang dicampakkan tersebut kepada para hadirin.

Syirik Khafi

Imam Arsalan ada menyebut dalam risalah At-Tauhid (lalu disyarah oleh Imam An-Nabulsi dan Sheikhul Islam Zakaria Al-Anshori):
كلك شرك خفي، ولا يبن لك توحيدك إلا إذا خرجت عنك
. "Setiap kamu (samada zat, sifat dan perbuatan kamu) merupakan syirik yang tersembunyi (jika merasai wujud kamu tersebut secara tersendiri/ bebas dari pengaruh Allah). Tidak akan terzahir tauhid kamu (bahawa kamu dariNya), melainkan setelah kamu keluar dari diri kamu (tiada lagi menisbahkan apa yang terzahir dari diri kamu kepada diri kamu kerana hakikatnya adalah dariNya melalui diri kamu dengan pengaruh dan perbuatanNya)
. .فكلما أخلصت يكشف لك أنه هو لا أنت فتستغفر منك.
"Setelahmana kamu ikhlaskan diri (tiada lagi menisbahkan apa yg zahirnya darimu kepada dirimu dgn zauq dan syuhud, bukan secara akal dan teori semata), maka terzahirlah bahawa sebenarnya ia (yang wujud secara hakiki dan tersendiri dan pelaku sebenar yang abadi) adalah "DIA" tanpa "kamu" (apa sahaja terzahir dalam dirimu atau dari dirimu atau kepada dirimu adalah perbuatanNya, dari sifat dan namaNya yg kembali kepada zatNya. Kamu adalah waham dalam waham.) Maka dengan demikian kamu akan meminta ampun daripada dirimu (dari rasa wujud dirimu di sampingNya kepada rasa wujud dirimu denganNya).
وكلما وجدت بأن لك الشرك فتجدد له في كل ساعة ووقت توحيدا وإيمانا "Setelahmana kamu mentauhidkan (tenggelam dalam tauhidNya terhadap diriNya), maka terzahirlah syirik (dalam syuhudmu bahawa kamu wujud selainNya tetapi tidak terpisah dariNya). Maka dengan demikian, sentiasalah bertambah tauhid dan imanmu.
كلما خرجت عنهم زاد إيمانك، وكلما خرجت عنك قوي يقينك
"Setelahmana kamu keluar dari mereka (makhluk: iaitu menisbahkan makhluk kepada perbuatanNya dengan zauq), maka bertambah kuat imanmu. Setelahmana kamu keluar dari dirimu (dengan tenggelam dalam fana melalui zikir dgn bimbingan murobbi kamil), maka bertambahlah yakinmu. "
Jika kamu bersamaNya (dalam tauhid syuhudi setelah fana dari diri) maka Dia akan menghijab kamu dari dirimu (iaitu memutuskan jalan utk kamu kembali menisbahkan apa yg zahir dari dirimu kepada dirimu dengan pandangan hakikat, namun tetap menjaga adab kehambaanmu dengan menetapkan wujudmu dan usahamu denganNya).
"Jika kamu bersama dirimu (dgn menisbahkan apa yang zahir dari dirimu kepada dirimu tanpa mengembalikan semuanya kepadaNya dengan zauq tauhid), maka Dia akan memperhambakan kamu (iaitu kamu akan terasa terbeban dengan ketaatan diri kamu kerana tiada cinta kamu kepadaNya dalam ketaatan kamu sedangkan jika ada cinta kamu kepadaNya dalam taatmu, maka tiada kamu rasa terbeban dengan ketaatan dirimu kepadaNya. Rasa wujud dirimu "di samping"-Nya membebankan kamu kerana kamu beribadah bergantung kepada dirimu, bukan kepadaNya).
"Iman itu, keluar kamu daripada mereka (makhluk). Yakin itu, keluar kamu daripada dirimu (fana' dan seterusnya baqa dengan bantuanNya).
إذا زاد إيمانك نقلت من حال إلى حال، وإذا زاد يقينك نقلت من مقام إلى مقام.
Jika bertambah iman kamu, kamu akan dipindahkan (oleh Allah s.w.t.) dari suatu hal kepada suatu hal lain (ahlul-hal)
Jika bertambah yakinmu, maka kamu akan dipindahkan (oleh Allah) dari suatu maqam ke suatu maqam yang lain.
(risalah At-Tauhid oleh Imam Arsalan dgn sedikit catatan ringkas daripada rujukan kedua-dua pensyarah risalah tersebut iaitu Imam An-Nabulsi (kitab Khamratul Khan) dan Sheikhul Islam Zakaria Al-Anshori (kitab Fath Al-Rahman)...) Wallahu a'lam...

Ahlul Bait2

RATA-RATANYA masyarakat Islam keliru mengenai apakah pegangan sebenar Ahli Sunnah Wal Jamaah terhadap ahli keluarga Nabi SAW. Kekeliruan ini membuatkan ramai di kalangan kita tidak mahu menyentuh permasalahan mengenai hak-hak Ahli Bait barangkali kerana khuatir terlibat dengan fahaman puak Syiah dan Rafidhah.


Sebahagian yang lain menganggap ia bukanlah suatu permasalahan yang penting untuk diambil berat dan diperbahaskan dengan panjang lebar.


Walau apa pun alasannya, perbuatan dan perkataan salafussoleh serta ulama telah bersalahan dengan pendirian mereka. Pendapat salaf juga menjadi bukti dan hujah bahawa mereka tidak pernah meletakkan perbahasan mengasihi Ahli Bait sebagai perkara sampingan dan hal remeh-temeh.


Sebabnya, mereka sedar dengan sebenar-benar kesedaran bahawa mencintai dan memuliakan ahli keluarga Nabi SAW adalah perintah yang wajib dijunjung walau di mana mereka berada.


Secara umumnya perintah memulia dan mencintai ahli keluarga Nabi SAW termaktub di dalam firman Allah SWT yang bermaksud: Katakanlah (Wahai Nabi Muhammad): Bahawa aku tidak meminta sebarang upah di atas seruan dakwahku ini melainkan agar kalian mencurahkan rasa kasih sayang terhadap al-Qurba (kaum kerabat Rasulullah SAW). (as-Syuura: 23)


Demikian juga diriwayatkan dalam banyak hadis mengenai tuntutan mencintai dan memuliakan Ahli Bait seperti sabda Nabi SAW yang bermaksud: Aku ingatkan kamu kepada Allah (agar mencintai dan memuliakan) ahli keluargaku. (riwayat Muslim, Tarmizi, al-Nasa'i, Ahmad dan al-Hakim).


Di dalam hadis yang lain pula Baginda SAW bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya aku tinggalkan buat kalian dua bekalan iaitu Kitabullah dan keturunanku Ahli Bait. Sesungguhnya Allah Yang Maha Pelembut dan Maha Mengetahui telah memberitahuku bahawa kedua-duanya tidak akan berselisih sehinggakan kedua-duanya masuk ke syurga, maka lihatlah bagaimana kalian melanjutkan kepimpinanku terhadap dua perkara ini". (Dikeluarkan oleh al-Haytami dalam Majma' al Zawaid)


Daripada dalil-dalil di atas, nyatalah kepada kita bahawa mencintai dan memuliakan Ahli Bait adalah merupakan perintah yang terbit dari pelita al-Quran dan Sunnah Nabi SAW.


Salafussoleh dan Ahli Bait

Para salafussoleh r.a tidak membiarkan firman Allah SWT dan hadis-hadis yang terlalu banyak menekankan peri pentingnya mencintai dan memuliakan Ahli Bait sebagai kalam yang sia-sia. Mereka telah mempraktikkan semua ini sepanjang kehidupan mereka dan menyemai rasa kasih dan penghormatan terhadap Ahli Bait ke dalam hati anak-anak mereka sejak kecil lagi.

Saidina Abu Bakar al Siddiq r.a pernah berkata: "Demi jiwaku yang berada di dalam kekuasaan-Nya, aku lebih suka menyambungkan silaturrahim dengan kerabat Rasulullah SAW daripada kerabatku. (riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Saidina Umar ibn al-Khattab r.a pula pernah menyatakan kepada Saidina Abbas r.a dengan katanya: "Demi Allah! Keislaman kamu pada hari kamu memeluk Islam lebih aku sukai daripada pengislaman al-Khattab (iaitu bapanya), kerana keIslaman kamu lebih dikasihi oleh Rasulullah SAW daripada pengislaman al-Khattab". (riwayat Ibnu Saad di dalam al-Tobaqat).

Demikian juga perbuatan Saidina Zaid ibn Thabit r.a yang mencium tangan Ibnu Abbas r.a lalu berkata: "Beginilah kami diperintahkan agar menghormati ahli keluarga Nabi kami".

Seorang cucu Rasulullah SAW yang bernama Abdullah ibn Hasan ibn Hasan berkata: "Aku telah datang menemui Umar ibn Abdul Aziz dengan membawa hajatku. Maka dia berkata kepadaku: Sekiranya kamu mempunyai sebarang hajat, maka utuskanlah seorang utusan kepadaku dan tulislah hajatmu itu kerana aku malu kepada Allah tatkala melihatmu berada di depan pintu rumahku".

Kecintaan Imam Mazhab Terhadap Ahli Bait

Imam-imam mazhab fiqh yang muktabar juga sentiasa meletakkan kedudukan Ahli Bait di tempat yang selayaknya seperti yang telah diperintahkan oleh Allah dan rasul-Nya.

Mereka hidup bergaul dengan zuriat Baginda SAW yang mendiami kota Madinah, Mekah dan bumi Syam dengan pergaulan yang baik, penghormatan dan kasih sayang demi meraih keredaan nenda mereka, Rasulullah SAW.

Imam Abu Hanifah r.a adalah di antara imam-imam Ahli Sunnah yang begitu mengasihi ahli keluarga Nabi SAW. Beliau telah berfatwa agar umat Islam memberikan wala' (kesetiaan), melazimi dan mentaati Saidina Ibrahim ibn Abdullah ibn al-Hasan ibn al-Hasan al-Muthanna ibn Ali r.a. Fatwanya ini menyebabkan beliau dipenjara tetapi diuar-uarkan bahawa beliau dihukum penjara kerana menolak jawatan kadi yang ditawarkan kepadanya.

Imam Malik ibn Anas r.a juga telah memuliakan dan berfatwa agar umat Islam memberi ketaatan kepada Saidina Ibrahim ibn Zaid ibn Ali Zain al-Abidin ibn al-Husain ibn Ali r.a. Lantaran daripada itu, beliau dipenjarakan selama beberapa tahun.

Imam Muhammad ibn Idris al-Syafie pula adalah di kalangan imam yang paling tebal kecintaannya terhadap ahli keluarga Nabi SAW. Beliau menegaskan di dalam serangkap syairnya yang bermaksud: "Sekiranya mencintai ahli keluarga Nabi SAW menjadikan seseorang itu digelar Rafidhah, maka saksikanlah wahai manusia dan jin bahawa aku adalah Rafidhah".

Di dalam sebuah syairnya yang lain beliau menyatakan: "Wahai Ahli Bait Rasulullah! Cinta terhadap kalian adalah satu kewajipan di dalam al-Quran yang diturunkan Allah, Cukuplah bukti betapa tingginya kedudukan kalian, sesiapa yang tidak bersalawat ke atas kalian di dalam solat, maka tidak sempurnalah solatnya".

Diriwayatkan oleh muridnya bernama al-Rabi' bahawa: Ketika kami pergi mengerjakan haji bersama Imam Syafie r.a, kami melihat beliau tidak akan mendaki suatu tempat yang tinggi atau turun ke kawasan lembah, melainkan beliau akan menangis dan mendendangkan syairnya yang bermaksud: "Ahli keluarga Nabi adalah perisaiku dan mereka adalah wasilahku kepada Allah, aku berharap kelak dengan keberkatan mereka, agar diserahkan sahifah (catatan amalan) di tangan kananku".

Mencintai Ahli Bait di sisi Ahli Sunnah Wal Jamaah

Sesungguhnya Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah kelompok umat Islam yang paling benar dan tepat dalam mempersembahkan kasihnya terhadap ahli keluarga Nabi SAW.

Kecintaan mereka pada hakikatnya berbeza dengan pegangan kaum Syiah yang bersifat melampau dalam mengagungkan Ahli Bait. Kecintaan mereka yang berpaksikan kepada al-Quran dan Sunnah ini merumuskan kepada kita kepada beberapa perkara:

lAhli Sunnah mewajibkan pengikutnya mencintai dan memuliakan semua Ahli Bait dan sahabat-sahabat Baginda SAW kerana tanda kasih yang tulus terhadap Nabi SAW ialah dengan mengasihi dan memuliakan Ahli Bait dan para sahabat baginda.

lAhli Sunnah berlepas diri (tiada kena mengena) dengan jalan orang yang melakukan pelampauan ke atas keluarga Nabi SAW seperti mana amalan kaum Rafidhah yang tercela.

lAhli Sunnah memuliakan isteri-isteri Nabi SAW serta mendoakan agar Allah SWT meredai mereka setiap kali disebut nama-nama mereka. Pemilihan mereka sebagai isteri adalah dari perbuatan Nabi SAW yang maksum. Sekiranya kita mencerca mereka seperti amalan kaum Syiah, secara tidak langsung kita mempertikaikan kemaksuman Rasulullah SAW.

lAhli Sunnah menyifatkan Ahli Bait sebagaimana yang disyariatkan dan digariskan oleh al- Quran dan Sunnah, bukan mengasihi mereka untuk menjayakan syiar dan muslihat politik seperti mana amalan kaum Syiah.

lAhli Sunnah tidak mengiktikadkan bahawa Ahli Bait adalah maksum, bahkan mereka juga manusia biasa yang tidak terlepas dari melakukan dosa sebagaimana manusia yang lain.

lAhli Sunnah beriktikad bahawa perkataan dan pendapat yang menyebut tentang kelebihan atau kemuliaan Ahli Bait tidaklah bermaksud melebihkan mereka pada setiap keadaan atau setiap orang. Bahkan dari beberapa sudut yang lain terdapat individu-individu lain yang lebih afdal daripada mereka.

Demikian juga terdapat banyak kitab karangan ulama fiqh, hadis dan tafsir mengenai gesaan mencintai dan memuliakan ahli keluarga Nabi SAW. Di antara mereka ialah al-Hafiz Jalaluddin al-Suyuti r.a.

Beliau telah menulis sebuah risalah bertajuk Ihya' al-Mayyit Bi Fadhail Aalil Bait yang menghimpunkan 60 buah hadis yang membicarakan tentang tuntutan mengasihi, keutamaan dan kelebihan ahli keluarga Nabi SAW.

Tuesday, November 3, 2009

Ahlul Bait

Yazid bin Hayyan berkata, "Aku pergi ke Zaid bin Arqam bersama Husain bin Sabrah dan Umar bin Muslim. Setelah kami duduk, Husain berkata kepada Zaid bin Arqam, "Hai Zaid, kau telah memperoleh kebaikan yang banyak. Kau melihat Rasulullah, kau mendengar sabda beliau, kau bertempur menyertai beliau, dan kau telah shalat dengan diimami oleh beliau. Sungguh kau telah memperoleh kebaikan yang banyak. Karena itu, sampaikan kepada kami hai Zaid, apa yang kau dengar dari Rasulullah!'"
Zaid bin Arqam menceritakan bahwa Nabi saw. pernah bersabda yang bermaksud "Ketahuilah saudara-saudara bahwa aku adalah manusia seperti kalian. Sebentar lagi utusan Tuhanku (malaikat pencabut nyawa) akan datang lalu dia diperkenankan. Aku akan meninggalkan untuk kalian dua hal yang berat, yaitu: 1) Al-Qur'an yang berisi petunjuk dan cahaya, karena itu laksanakanlah isi Al-Qur'an dan pegangilah. 2) ahlul bait ku".BAginda mengulanginya sebanyak tiga kali. (HR Muslim, Ahmad, al-Hakim, ad-Darimi, Ibn Hibban, al-Bazzar dan ath-Thabrani).
Lalu Husain bin Sabrah bertanya kepada Zaid, “Siapa Ahlul Bait Nabi SAW wahai Zaid? Bukankah istri-istri baginda termasuk Ahlul Bait?”
Zaid menjawab, “Isteri2 baginda termasuk dalam Ahlul Bait , tetapi Ahlul Bait beliau adalah orang yang diharamkan baginya sedekah selepas Beliau.”
Husain bertanya, “Siapa mereka?”
Zaid menjawab, “Mereka keluarga Ali, keluarga Aqil, keluarga Jaafar dan keluarga Abbas.”

Sunday, November 1, 2009

Kelebihan Surah Yasin

Muhaddis Shaikh ‘Abdur Rahman al-Mubarakpuri rahimahuLlah ta’ala menerangkan mengenai Hadīś kelebihan surah Yasin.
(Qalb al-Qur’an) iaitu inti pati atau bahagian yang terbaik daripada al-Quran adalah surah Yasin. Kata Imam al-Ghazali, “Kesahihan iman adalah dengan mengiktiraf hari kebangkitan dan ia diterangkan dengan jelas pada surah ini. Oleh itu ia dinamakan qalb al-Quran.” Pandangan ini diterima baik oleh Imam Mufassir al-Fakhr al-Razi.
Kata Imam al-Tībī, (dinamakan ia qalb al-Quran kerana) ia mengandungi dalil-dalil yang kukuh, ayat-ayat yang terang, ilmu-ilmu yang tersirat, makna-makna yang mendalam, janji-janji yang menakjubkan dan batasan-batasan yang jelas. (Tuhfat al-ahwazi)

Manhaj Ulama mengenai ilmu Tauhid

Pengisian dalam Ilmu tauhid dalam segala bentuk dan perbahasannya, hanyalah kembali kepada ijtihad para ulama' dalam merumuskan pendekatan yang mudah untuk menerangkan sifat-sifat ketuhanan Allah s.w.t. kepada masyarakat awam khususnya di samping ianya merupakan formula untuk memelihara aqidah awam dan ahli ilmu daripada salah faham tentang Allah s.w.t..
Pendekatan-pendekatan tersebut terhimpun dalam bentuk perbahasan para ulama' yang seterusnya dikenali sebagai madrasah atau mazhab aqidah. Dalam ahlus-sunnah wal jamaah, ada tiga golongan utama yang menyusun pendekatan-pendekatan mereka dalam bab ketuhanan ini.
Pertama: Aliran Ahlul-Hadith
Mrk lebih cenderung kepada tidak membahaskan bab-bab dan sifat ketuhanan secara detail, bahkan lebih banyak mendiamkan diri daripada mengupas sifat-sifat ketuhanan secara mendalam. Mereka menetapkan lafaz-lafaz yang Allah s.w.t. tetapkan tanpa mentafsirkannya, tanpa menta'wilkannya, tanpa menterjemahkannya dan tanpa memahaminya dengan terperinci.
Kedua: Aliran Ahlun-Nazhor Mereka ini dikenali sebagai ahli kalam (mutakallimin). Mereka membahaskan sifat-sifat ketuhanan secara mendalam dan sistematik berasaskan hukum akal sebagai sasaran pendekatan, kerana setiap manusia samada muslim atau tidak, mempunyai "hukum" akal yang sama.
Daripada asas akal yang disinari cahaya wahyu ini, mereka mengembangkan perbahasan sifat-sifat ketuhanan dalam Al-Qur'an dan As-Sunnah yang qat'ie (jelas) dengan merumuskannya kepada beberapa jenis rumusan.
Golongan ini ada dua (yang dikira sebagai ahlus-sunnah wal jamaah) iaitu:
Golongan Al-Asya'irah: Mereka yg mengikut susunan dan manhaj Imam Al-Asy'ari dalam perbahasan pokok dalam sifat-sifat ketuhanan. Mrk terkenal pada hari ini dengan orang2 yg berpegang dengan pendekatan "sifat 20". Mereka adalah majoriti ulama' dan umat Islam sehingga hari ini.
Golongan Al-Maturidiyyah: Mereka yg mengikut susunan dan manhaj Imam Al-Maturidi dalam perbahasan pokok dalam bab-bab ketuhanan. Mrk hampir sama dengan golongan Al-Asya'irah dari sudut pendekatan, tetapi berbeza dari sudut rumusan2 mereka dalam memahami sifat ketuhanan.
Ketiga: Ahli Sufi (Isyraqi atau Isyari) Mrk adalah golongan yg tidak membahaskan sifat-sifat ketuhanan secara akal dan tidak juga berdiri di atas zahir nas-nas Al-Qur'an dan As-Sunnah semata-mata, tetapi menghayati sifat-sifat ketuhanan dalam kehidupan mereka melalui kasyaf dan makrifatullah.
Mrk menumpukan usaha pada mujahadah hawa nafsu, memperbanyakkan zikir dan ketaatan serta merai kehambaan diri mereka kepada Allah s.w.t..
Akhirnya, Allah s.w.t. memberi anugerah musyahadah Allah dengan mata hati tanpa perlu bergantung kepada perbahasan2 teoritikal dn akal. Tauhid mereka adalah tauhid amali (praktikal).
Namun, kebanyakkan ahli sufi ini bermula dengan mempelajari ilmu tauhid secara asasnya dengan pendekatan nazhori yng disusun oleh samada golongan Al-Asya'irah (sifat 20) ataupun golongan Al-Maturidiyyah.
Setelah itu, dengan anugerah Allah s.w.t., setelah mrk melalui perjalanan hati menuju Allah s.w.t., mrk akhirnya dibukakan hijab hati mereka sehingga mencapai proses fana' dalam syuhud mereka samada pada perbuatan-perbuatan Allah, sifat-sifat Allah dan sebagainya. Mereka menghayati lapisan yang lebih dalam daripada yang sekadar difahami oleh golongan ahli kalam yg sekadar bergantung kepada akal tanpa melalui proses penyucian jiwa ini. Mrk tidak lagi bergantung kpd pendekatan utk mengenal Allah s.w.t., tetapi bertolak terus dalam lautan penghayatan mengenaiNya.
Sebahagian daripada mereka menyembunyikan penghayatan mereka tentang tauhid yg mereka kecapi dan sebahagian yang lain berkongsi secebis penghayatan mrk kpd sesama melalui penulisan dan sebagainya.
Daripada prbahasan mrk (para muhaqqiqin) yg berkongsi penghayatan mrk inilah, perbahasan mrk tentang tauhid ini dikenali sebagai "martabat tujuh". "wahdatul-wujud", wahdatus-syuhud dan sebagainya.
Imam Al-Akbar dalam perbahasan ini adalah Imam Ibn 'Arabi r.a.. Lalu, perbahasan tauhid melalui penghayatan beliau dikembangkan oleh beberapa ulama' muhaqqiqin setelah beliau seperti Imam Abdul Karim Al-Jili (dalam buku Al-Insan Al-Kamil, Al-Isfar, Qoba Al-Qausain dan sebagainya), Imam Abdul Ghani An-Nabulusi (dalam buku Khamratul Khan, Fath Al-Rahman, Idhohul Maqsud, Kitab Al-Wujud dan sebagainya) , Imam Ibn 'Atho'illah As-Sakandari (dalam buku Hatk Al-Astar), Imam Abdul Wahab As-Sya'rani (dalam buku Al-Kibrit Al-Ahmar dll) dan seterusnya dikembangkan oleh para ulama' muhaqqiqin di Nusantara.
Memang benar, sebagaimana yg dibahaskan secara jelas oleh Imam Abdul Ghani An-Nabulusi dlm kitabnya "Al-Wujud" setebal hampir 300 m/s, yg hanya membahaskn tntng "sifat wujud" itu sendiri, adanya perselisihan pendapat dan pandangan sesama para ulama' mengenai "wujud" itu sendiri, hatta sesama para ahli sufi yg menghuraikan ilmu tauhid jenis ini juga, namun perbezaan itu adalah berkait rapat dengan pandangan atau penghayatan mereka daripada sebahagian sudut yg Allah s.w.t. bukakan kpd mrk, yg tidak saling "bercanggah" pun antara satu dengan yg lain jika dihayati dengan syuhud yang sempurna.
Perbahasan tentang "wujud" itu hal bagi zat Allah, atau 'ain Allah itu sendiri, atau sifat iktibari bgi Allah dll adalah perbahasan sesama ulama' yg kembali kepada maksud mereka terhadap istilah-istilah yg mereka gunakan itu sendiri.
Kalau kita teliti perbahasan mrk, hanya yg membezakan mrk adalah "kefahaman" mrk tentang "lafaz-lafaz" yg mereka gunakan, padahal penyaksian mrk adalah sama dari sudut yg utama, walaupun berbeza dari sudut kepelbagaian. Oleh yg demikian, kalau seseorang lihat takrif setiap para ulama' yg berselisih dalam perbahasan wujud Allah, ia bermula daripada perbezaan mrk mntakrifkan setiap istilah yg mereka gunakan itu sendiri.
Apa yg penting adalah, harapan kita agar Allah s.w.t. memberi kesempatan kepada kita dengan limpah anugerahNya utk diterima oleh Allah s.w.t. dengan menyempurnakan kehambaan kita kepadaNya, di sisiNya, keranaNya dan denganNya. Itulah kemuncak cita-cita kekasih agung kita iaitulah Saidina Rasulullah s.a.w. dalam setiap doa Baginda s.a.w..
Wallahu a'lam..

Sifat 20

Ulama Al-Asya'irah menetapkan 20 sifat bagi Allah s.w.t. yang wajib diketahui dan diimani oleh kita, kerana ianya tekandung dalam dalil-dalil qot'ie (yang kuat lagi jelas) samada dalil tersebut adalah dalil naqli (dari Al-Qur'an dan As-Sunnah) mahupun dalil aqli (dari hukum akal yang sejahtera/waras).
20 sifat yang asas tersebut merupakan sifat bagi zat Allah s.w.t., samada dalam bentuk sifat wujudiyah, sifat-sifat salbiyah, sifat-sifat ma'ani dan sifat-sifat ma'nawiyah. Adapun selain daripada sifat-sifat yang 20 tersebut, yang disebutkan dalam Al-Qur'an, maka samada ianya kembali kepada 20 sifat asas tersebut (seperti sifat redha dan murka kembali kepada sifat iradah itu sendiri) ataupun merupakan sifat-sifat perbuatan (sifat af'aal) bagi Allah s.w.t. seperti Maha Mencipta dan sebagainya.
Adapun hakikat Allah s.w.t., nama-namaNya dan sifat-sifatNya tiada penghujungNya dan tiada siapa yang mampu menjangkau keseluruhan hakikat Nya dan sifat-sifatNya.
(rujuk Syarh As-Sanusiyyah ala Ummil Barahin)
Segala sifat-sifat yang dua puluh tersebut pada hakikatnya merupakan sifat-sifat maknawi samada dari sudut iktibar akal semata-mata, yang mana sifat-sifat tersebut tidak membawa kepada yang bersifat dengan sifat-sifat tersebut kepada "mempunyai rupa dan bentuk".
Sifat wujud itu adalah sifat iktibari yang difahami oleh akal, namun tidak mempunyai bentuk dan tidak membawa kepada yang bersifat dengan sifat-sifat tersebut sebagai berupa dan sebagainya. Begitu jugalah dengan sifat-sifat yang lain.
Allah s.w.t. itu wujud tanpa bentuk, rupa, tanpa dibatasi oleh masa dan tidak bertempat.
Tempat, masa, rupa dan sebagainya semuanya adalah sifat-sifat makhluk sedangkan Allah s.w.t. tidak menyerupai makhluk sama sekali. Inilah yang dijelaskan di dalam Al-Qur'an itu sendiri.
Adapun Allah s.w.t. itu Maha Nyata (Az-Zahir) bukanlah dengan bentuk, rupa dan sebagainya kerana Allah s.w.t. itu Maha Nyata dalam setiap kewujudan kerana setiap kewujudan alam ini ataupun diri kita sendiri, menunjukkan kepada kewujudan Allah s.w.t.. Ini kerana, mustahil alam ini wujud tanpa yang mewujudkan dan yang mewujudkan itu adalah AL-Wajib Al-Wujud yang tidak ada permulaan bagi kewujudanNya. Maka, terzahirlah wujud Allah s.w.t. dalam petunjuk daripada alam ini.
Adapun makna zauqi berkenaan dengan makna Allah yang Maha Nyata ini ada dalam buku-buku para sufi seperti Buku HIkam Ibn 'Atho'illah dan sebagainya.
Allah s.w.t. menzahirkan diriNya dalam hati-hati para waliNya tanpa bentuk, rupa dan sebagainya, sepertimana Dia mendekati para waliNya tanpa jarak, tempat dan sebagainya. Hanya yang merasainyalah yang menghayatinya, sedangkan selain daripada mereka, cukuplah sekadar menafikan sifat-sifat yang tidak layak bagi Allah s.w.t..
Ilmu Aqidah ini hanyalah pintu bagi permulaan perjalanan seseorang menujuNya dengan bantuanNya. Apa yang penting adalah menterjemahkan ilmu kepada penghayatan dengan melalui jalan tarbiah sufiyah seperti zikir, mujahadah dan sebagainya di bawah bimbingan para mursyid yang kamil.
Wallahu a'lam...