Hukum Orang Murtad dan Meninggalkan Solat

Murtad adalah sekeji2 jenis kufur.Murtad di sisi bahasa bermaksud kembali daripada sesuatu kepada selainnya.Dari segi istilah syarak pula bermaksud keluar daripada Islam dengan niat kufur ataupun mengucapkan perbuatan kufur atau melakukan perbuatan kufur seperti sujud kepada berhala.Sama ada dengan mengejek2 ataupun iktiqad.Seperti orang yeng beriktiqad Pencipta(Allah) bersifat baharu.

Sesiapa yang murtad daripada Islam sama ada lelaki mahupun wanita seperti mereka yang mengingkari kewujudan Allah ataupun mendustakan mana2 Rasul ataupun menghalalkan Perkara yang haram dengan ijmak ulama seperti zina,minum arak.Ataupun mengharamkan perkara yang halal dengan ijmak seperti nikah dan jual beli.Terutamanya kaum wanita.Jangan sampai tak sanggup dimadukan mengharamkan amalan poligami yang dihalalkan dengan ijmak.

Dalam perkara di atas semuanya menyebabkan seseorang jadi murtad.Hukumnya, mereka wajib dengan segera diminta bertaubat mengikut pendapat yang asoh dalam mazhab Syafii.Mengikut satu lagi pendapat(muqabil asoh), sunat segera minta taubat bagi yang menghalalkan yang haram dan boleh ditangguh minta taubat bagi yang mengharamkan yang halal.

Tempoh suruh taubat ialah selama 3 hari.Sekiranya mereka bertaubat dan kembali kepada Islam dengan mengucap 2 kalimah syahadah mengikut tertib iaitu beriman kepada Allah dahulu kemudian Rasul.Sekiranya sebliknya(Rasul dahulu) tak sah sebagaimana pendapat Imam Nawawi dalam syarah al-Muhazzab ketika membicarakan niat wuduk.

Sekiranya orang murtad tidak mahu bertaubat maka dibunuh berdasarkan hadis riwayat Bukhari daripada Ibnu Abbas r.anhuma katanya:Sabda Nabi SAW: “Barangsiapa yang menukar agamanya maka kalian bunuhlah ia”.Begitu juga sabda Nabi SAW: “Tidak halal darah seorang Islam kecuali dengan 3…(salah satunya)orang yang berpisah daripada agamanya yang lari daripada jamaah’. Lari daripada jamaah bukan bermasud lompat parti atau jamaah Muslimin macam PAS,JIM,ABIM,Tabligh tapi murtad daripada Islam.

Wajib disuruh bertaubat dan memintanya kembali kepada Islam sebelum dibunuh sebagaimana diriwayatkan oleh ad-Daraqutni daripada Jabir ra: Sesungguhnya seorang perempuan yang dipanggil Ummu Ruman murtad.Maka Nabi SAW menyuruh supaya diajak kembali kepada Islam.Sekiranya bertaubat lepaskan ia dan sekiranyak tidak, maka ia dibunuh”.

Satu lagi dalil yang mengatakan tempoh taubat ialah 3 hari ialah kata2 Saidina Umar ra kepada seorang yang murtad lalu dibunuh serta-merta.Kata beliau: “Adakah kamu telah penjarakannya selama 3 hari dan memberikannya makanan pada setiap hari?Serta kamu minta pula dia bertaubat moga2 dia bertaubat dan kembali kepada perintah Allah?” Kemudian kat Umar lagi: “Ya Allah saksikan aku tak menyuruh dilakukan sedemikian terhadan si polan berkenaan!Dan aku tidak redha dengan apa yang telah terjadi.(rujuk Muwatta’)

Bagi mereka yang mengambil pendapat orang murtad boleh dihukum bunuh dengan serta merta juga mempunyai dalil.Antaranya yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim ketika mana Abu Musa al-Asyari ra ditugaskan menjadi gabenor Yaman.Suatu ketika Muaz b Jabal melawatnya lalu dihamparkan hamparan dan dipersilakan duduk.Lalu Muaz terlihat seorang lelaki yang terikat lalu tanyanya: Apa ini?Dijawab:Beliau asalnya seorang Yahudi kemudian memeluk Islam setelah itu kembali menjadi Yahudi.Kata Muaz: Aku tak akan duduk sehingga lelaki ini dibunuh berdasarkan hokum Allah dan Rasul.Diulanginya 3 kali.Lalu lelaki tersebut dibunuh.

Orang yang layak menjatuhkan hukuman bunuh adalah Imam(pemerintah) sekiranya yang murtad itu merdeka dengan dipancung kepalanya.Tidak boleh dengan cara membakar dan lainnya.Sekiranya bukan Imam yang membunuh orang murtad, maka beliau(yang membunuh murtad) dikenakan takzir oleh Imam.Sekiranya si murtad seorang hamba harus bagi tuannya membunuhnya mengikut pendapat yang asoh.

Setelah dibunuh, mayat si murtad tak boleh dimandikan, disolatkan, atau ditanam di perkuburan muslimin keran dia telah terkeluar daripada kaum muslimin.Firman Allah: “Dan sesiapa yang murtad di kalangan kamu daripada agamanya lalu ia mati maka ia tergolong orang yang kafir”(al-Baqarah:217)

Bagi mereka yang meninggalkan solat 5 waktu pula terbahagi kepada 2.Pertama mereka yang meninggalkan solat sedangkan ia mukallaf serta menafikan hokum wajib solat.Maka hukumnya adalah murtad dan sama halnya seperti yang telah disebut di atas.

Kedua orang yang meninggalkan solat kerana malas sampai terkeluar waktu solat dal keadaan beliau tetap mengakui kewajipan solat.Maka dia wajib disuruh bertaubat. Sekiranya dia bertaubat dan melakukan solat maka dilepaskan daripada hukuman. Sekiranya tak bertaubat maka dia dibunuh sebagi hokum hudud sebagai balasan meninggalkan solat fardhu.

Dalilnya, riwayat Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Umar Ranhuma sesungguhnya Baginda bersabda: “Aku disuruh untuk memerangi manusia sehinggalah mereka mengucap 2 kalimah syahadah, mendirikan solat,membayar zakat.Apabila mereka melakukan perkara tersebut terpelihara daripadaku darah dan harta mereka kecuali dengan haq Islam.Dan hisab mereka urusan Allah”.

Hadis ini menunjukkan sesiapa yang mengakui 2 kalimah syahadah tetap diperangi sekiranya tidak melaksanakan solat.Tetapi mereka tidak kafir dengan dalil hadis riwayat Abu Daud daripada Ubadah b as-Somit ra katanya:Aku dengar sabda Baginda: “5 fardhu solat diwajibkan oleh Allah ke atas hambaNya.Sesiapa yang melaksanakannya dan tidak melengahkannya serta menjaga haqnya,maka baginya suatu janji daripada Allah untuk memasukkannya dalam syurga.Manakala sesiapa yang tidak melaksanakannya tidak mendapat janji Allah yang tersebut.Sekiranya dikehendaki Allah diazabnya dan sekiranya dikehendaki Allah dimasukkannya ke dalam syurga”.

Hadis ini menunjukkan orang yang meninggalkan solat tidak kafir kerana kalau ia kafir sudah tentu tidak dapat masuk syurga secara qat’i.Maka ditanggungkan hadis ini kepada orang yang meninggalkan solat kerana malas.

Jadi orang yang meninggalkan solat kerana malas dihukum hudud bunuh bukan kerana kafir.Maka hukumnya tetap seperti jenazah muslim yag lain iaitu ditanam di perkuburan oaring Islam, dimandikan, dikafankan dan disolatkan ke atasnya kerana ia tidak terkeluar daripada agama Islam.

Comments

Popular posts from this blog

Biografi Ringkas Imam an-Nawawi رحمه الله

Makrifah Tauhid Bagi Jazam

Aurat Lelaki Ketika Solat